You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN GOTONG-ROYONG PERDANA PSS

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA


PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2014
1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar merupakan sebuah tempat menyediakan
kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara
sistematik.
Persekitaran Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih memberi
keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan
warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi
meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
emosi, rohani dan intelek.
3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang
bersih,ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu
selaras Visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
4.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan
pelajar.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
AJK : Encik Mohd Nazir Bin Majid
Pn Zalina Binti Mohamad
Pengawas Pusat Sumber
7.0 AKTIVITI PAMERAN
7.1 Pendaftaran
7.2 Taklimat ringkas
7.3 Pembahagian kumpulan:
i. Proses Teknik Bahan Buku
ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv. Menampal kata-kata hikmah
v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
7.4 Jamuan makan
8.0 TEMPAT PAMERAN
8.1 Pusat Sumber Sekolah
9.0 PERALATAN
Banner, liminate, dan plastik alas meja
10.0 TARIKH
4 Januari 2014 – Sabtu (8.00 pagi – 11.30 pagi)
11.00 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Bahan Jumlah

1. 1 Makanan dan minuman RM50.00

10 orang murid x RM 5.00 = RM50.00

2. Gambar RM 30.00

3. Dokumentasi RM 20.00

4. Banner Kata-kata Hikmah RM 150.00

Jumlah RM 250.00

12.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat


pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.
13.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa dapat diterima dan akan
berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada
semua pihak.

You might also like