You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP DAN LAPORAN HARI

KOKURIKULUM
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : KANTHAROA A/L SUPEREMANY
NO KAD PENGENALAN : 680805-08-5315
PROGRAM : PGSR MUZIK AMBILAN 2008
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA
NAMA PROJEK : HARI KOKURIKULUM 2012
TEMPOH PELAKSANAAN: 03 SEPTEMBER –30 SEPTEMBER 2012

1. Objektif
1.1 Melengkapkan salah satu projek internship yang telah diamanahkan
Kepada peserta internship PGSR MU AMBILAN 2008.
1.2 Menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti
Kokurikulum yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun
Pihak tertentu .Antaranya ialah:
1.2.1 Memupuk semangat bersatupadu bekerja dalam satu
kumpulan sama ada Persatuan ,kelab atau unit beruniform.
1.2.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta
mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
1.2.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan
serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.
1.2.4 Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak
sekolah demi kebaikan anak mereka.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

2.1 Guru-guru dipanggil untuk bermesyuarat pada 5 September untuk


membincangkan tentang Hari Kokurikulum.
2.2 Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru
besar.
2.3 Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru pada10 September
2012 dan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Induk ,Ahli
Jawatankuasa Kerja,Agensi luar yang terlibat dan membentangkan
kerja serta aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan pada Hari
Kokurikulum.
2.4 Berjumpa dan menghantar surat jemputan kepada agensi luar pada
10 September 2012.
2.5 Mengumumkan tarikh latihan kawad kaki serta mengedarkan
borang arahan kawad kaki kepada semua ketua unit beruniform.
2.6 Menyediakan barangan keperluan.
2.7 Mesyuarat kali ke tiga dengan guru-guru untuk bertanyakan
persediaan unit masing-masing.
2.8 Setelah segala persediaan didapati sempurna maka Hari
Kokurikulum telah diadakan seperti yang dirancang.

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek
Setelah selesai menjalankan projek Hari kokurikulum ,saya dapati terdapat
banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik
sekali.Diantara kekuatannya ialah kebolehan saya dalam mengndalikan mesyuarat
bersama guru sebanyak tiga kali dengan baik setelah mentor saya menyerahkan
segala tugasan sebelum beliau berangkat ke tanah suci (Mekah).Maka saya boleh
menambhkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat serta dapat
menjalankan dengan baik suatu aktiviti tahunan yang penting.
Saya juga dapat berkenalan dengan agensi-agensi luar seperti Jabatan
Peratahanan Awan dan Bomba serta prosedur-prosedur yang patut diikuti untuk
menjemput mereka membuat persembahan.
Selain daripada itu,saya juga dapat mengenali secara mendalam tentang guru-
guru,guru besar,para pentadbir dan pekerja di sekolah ini amat bekerjasama dan
memberi komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek ini.Ahli jawatankuasa
yang dilantik telah melaksanakan tugas mereka dngan baik.Tugas-tugas yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan baik sekali kerana kesema guru yang terdapat
di sekolah ini mempunyai kemahiran yang tertentu dalam bidang masing-
masing.Daripada tugas persiapan tempat hinggalah ke disiplin mrid dapat dikawal
dengan begitu baik sekali.
Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk
menjalankan aktiviti serti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan untuk
membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam
menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan
kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.

Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya pertandingan


seperti ini ia akan melahirkan pelajar yang berani dan yakin pada diri sendiri dengan
tindakan mereka.Bukan mudah untuk membina keyakinan diri.Dengan adanya
pertandingan seperti ini sudah tentu akan memberi ruang kepada pelajar untuk
menampilkan diri di hadapan khalayak ramai dan secara tidak langsungnya akan
membina keyakinan diri murid tersebut ketika itu dan seterusnya pada masa akan
datang.
Melalui projek ini saya juga dapat mengenalpasti terdapat ramai murid
sekolah ini yang berbakat di dalam suatu permainan yang tertentu dan berkawad kaki
memberi arahan (Komanden).Ini mungkin adalah kerana mereka ini sering
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh para guru yang dijalankan
pada waktu kokurikulum.
b )Kelemahan Projek
Walaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia juga
terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki.Antaranya ialah dari segi tempat
persembahan agensi luar iaitu kali ini telah diadakan di dataran perdana yang mana
selepas pertandingan kawad kaki tamat pada pukul 10.00 pagi maka murid-muird
merasa agak panas stelah matahari muncul.Mereka pula kurang selesa dan mula
bising.Kedaan ini juga telah mengurangkan keselesaan tempat duduk para penonton
yang mana dalam kalangan murid-murid terpaksa duduk sekeliling tapak
perhimpunan manakala guru dan ibu–bapa duduk di bangku di kaki lima yang telah
disediakan.
Selain daripada itu, dari segi tempoh latihan yang agak terhad,iaitu hanya dua
hari sahaja kerana gangguan hujan lebat pada waktu petang.Ini ditambahkan pula
murid-murid tidak dibenarkan berlatih pada waktu pagi.Perkara ini telah menyebabkan
kekakangan masa terhadap peserta yang mana kehadiran mereka pada waktu petang
adalah terhad kerana sebahagian daripada mereka tinggal agak jauh dari sekolah dan
tidak mempunyai pengangkutan ke sekolah.
Kelemahan yang terakhir ialah penghafalan arahan oleh Komanden.Pelajar
yang dipilih sebagi komanden agak sukar untuk menghafal arahan kerana waktu yang
diberi tidak mencukupi.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut pertamanya pemeberian


masa yang mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya mereka betul-
betul bersedia dalam pertandingan tersebut dan secara langsungnya akan memberi
saingan yang sengit dalam pertandingan akan datang.Para pelajar juga harus
berusaha sendiri demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan bukannya hanya
bergantung pada guru semata-mata.

Penambaikan yang seterusnya ialah pihak pentadbir haruslah memberi


persetujuan untuk mengadakan latihan pada waktu pagi selama satu atau dua jam.Ini
akan dapat membantu para penasihat dalam melatih peserta meraka jika latihanya
tidak dapat dijalnkan pada waktu petang.
Penambahbaikan yang saya rasa boelh dilakukan lagi ialah dari segi
penyertaan.Pada masa akan datang pihak penganjur boleh memperluaskan lagi
penyertaan dengan menjemput peserta-peserta dari sekolah yang berdekatan untuk
sama-sama menyertai dalam pertandingan mahupun pertandingan permainan
ataupun kawad kaki ini supaya akan memberi satu saingan yang lebih menarik dan
lebih meriah.

5. KESIMPULAN
Kesimpulannya,pada keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun
terdapat serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh dipertingkatkan
lagi.projek ini telah banyak memberi manfaat kepada saya serta semua pelajar di
sekolah ini sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.Sebagai peserta
sudah tentu mereka akan terasa diri mereka teruja dengan berkawad kaki di khalayak
ramai.Ada yang merupakan kali pertama terlibat di khalayak ramai dan ini sudah tentu
akan memberi satu kenangan yang tidak dapat lupakan sepanjang hayat mereka.
Sebagai penonton pula,mereka juga sudah tentu bercita-cita ingin menjadi
seperti peserta yang bertanding dan akan menimba pengalaman baru seterusnya
akan mendorong mereka menceburi serta lebih meminati dalam aktiviti kokurikulum
lebih-lebih lagi dalam pasukan beruniform.Keadaan ini sudah tentu akan
meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam aktiviti kokurikulum di peringkat
sekolah,daerah mahupun peringkat kebangsaan.

LAPORAN PROJEK ‘HARI KOKURIKULUM’


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA

Hari kokurikulum Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya


merupakan salah satu aktiviti tahunan yang penting di sekolah ini. Aktiviti seperti
pertandingan permainan,pertandingan kawad kaki dan pertandingan memasang
khemah adalah aktviti yang utama telah dijalankan.Pertandingan-pertandingan ini
telah dijalankan secara dua peringkat iaitu sebelum Hari Kokurikulum pada 19
september 2012 bersamaan dengan hari Khamis,masa 3.30petang diantara kelab-
kelab permainan dan pada 27 September 2012 bersamaan dengan hari Khamis,masa
8.30pagi iaitu pada Hari Kokurikulum pertandingan kawad kaki dan pertandingan
memasang khemah diantara Unit-Unit Beruniform telah diadakan.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan saya merupakan
pengelola Hari kokurikulum tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti projek yang
perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semasa program internship. Pertandingan ini
terbuka kepada semua pelajar dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6 sahaja dari sekolah
ini.
Sebelum memulakan program atau aktiviti ini, saya mendapatkan pandangan
daripada mentor dan pihak pentadbir mengenai cadangan mengadakan program ini.
Saya membuat kertas kerja pertandingan sebagai prosedur yang telah ditetapkan
dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Setelah mendapat persetujuan dan kertas kerja
diluluskan, saya mula mengadakan mesyuarat kali pertama pada 5 September 2012
dengan guru-guru untuk berbicang mengenai Hari Kokurikulum tersebut.Dalam
mesyuarat telah dibincangkan tentang pertandingan-pertandingan yang akan
dijalankan.Pada peringkat ini, saya bekerjasama dengan mentor dalam memberi idea
dan pendapat mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta agensi-agensi luar yang
akan dijemput.
Pada 10 September 2012 guru-guru dipanggil untuk mesyuarat kali
kedua.Mesyuarat kali ini mentor saya mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja dan
saya pula membentangkan Kertas Kerja juga mengumumkan agensi luar yang terlibat
iaitu pasukan dari Jabatan Perthanan Awan dan Pasukan Bomba.Setelah mendapat
pesetujuan daripada semua pihak saya menyediakan surat jemputan kepada agensi
luar dan berjumpa dengan pegawai-pegawai yang berkenaan serta menghantar surat
dengan tangan untuk mendapatkan pesetujuan mereka untuk membuat
persembahan.
Dalam pada itu saya mengedarkan pekeliling kepada semua ketua unit
berkenaan tentang pemberitahuan jadual latihan permainan dan kawad kaki serta
arahan kawad kaki yang perlu diberi pada hari pertandingan.Pada masa yang sama
saya telah menyediakan barangan keperluan dengan bantuan beberapa orang guru
serta pekerja untuk tujuan tersebut.Selain daripada itu,dalam jangka masa seminggu
itu juga saya telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa orang guru untuk
menyiapkan tempat pertandingan bagi pertandingan permainan di padang dan di
dataran perdana bagi pertandingan kawad kaki dan pertandingan perkhemahan.Saya
juga memberi penerangan kepada murid-murid mengenai program yang akan
dijalankan. Saya memberi gambaran kepada murid mengenai keadaan sebenar pada
hari pertandingan.
Sebagaimana dirancangkan pertandingan sebelum Hari Kokurikulum,
Pertandingan permainan berlangsung pada pukul 3.30 petang.Semua peserta yang
hadir telah disusun dalam pasukan masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak takraw dan
bola baling serta diberi penerangan tentang peraturan permainan.Setelah tamat
memberi penerangan setiap pasukan diarahkan beredar ke tempat pertandingan
masing-masing.Pertandingan ini dijalankan secara liga pusingan pertama dan kalah
singkir dalam pusingan kedua.Para penyokong pula duduk sekeliling
padang.Manakala ibu bapa yang hadir disediakan kerusi.Pertandingan telah
dimulakan dengan peniupan wisel oleh ketua pengadil.
Murid-murid yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan masing-
masing iaitu rumah Merah,Biru,Hijau, dan Kuning.
Setelah selesai petandingan permainan pada 19 September 2012 saya
mulalah menyediakan barangan keperluan untuk pertandingan kawad kaki dan
pertandingan perkhemahan yang akan berlangsung pada 27 September 2012.Selain
daripada itu, saya juga berjumpa sekali lagi pihak agensi luar sebelum tiga
hari pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan persembahan mereka.Saya
juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama dengan guru-guru untuk
mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah semua selesai dan puas hati saya
memaklumkan pada mentor.
Sepertimana yang dirancang pada 27 September 2012 bermulalah Hari
Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu rasmi diikuti dengan ucapan Persamian
Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan
beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua unit-unit
beruniform yang terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki dimulakan.Setelah
selesai pertandingan kawad kaki,pertandingan memasang khemah pula
dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan daripada
pihak bomba di adakan iaitu ‘Demonstrasi Memadam Api’ aktiviti ini dapat menarik
perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa keseronokkan semasa api
dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat dalam aktiviti memadam
api.Aktiviti ini telah mengambil masa lebih kurang setengah jam.
Seelepas itu,persembahan daripada Jabatan Pertahanan Awam pula
memeriahkan lagi suasana Hari Kokurikulum dengan pertunjukkan ‘Demonstrasi
Menangkap Ular’.Pihak Jabatan Pertahanan Awam telah membawa dua ekor ular
yang hidup iaitu ular sawa dan ular tedung untuk mempersembahkan pertunjukkan
mereka.Akitiviti ini dapat menarik minat para penonton dikalangan muird,guru dan
juga ibubapa.
Setelah selesai pertunjukkan-pertunjukkan tersebut murid-murid dibenarkan
untuk berehat untuk makan disamping itu murid-murid juga melawat sambil membeli
barangan yang dijual dengan harga yang murah di gerai-gerai jualan seperti ‘Gerai
Pakaian Terpakai’ Gerai buku-buku terpakai’ , ‘Lagu-lagu Permintaan’ dan
sebagainya.
Setelah tamat waktu rehat murid-murid diarahkan masuk dewan supaya acara
penyampaian hadiah serta sijil-sijil akan diadakan.Hadiah-hadiah telah
disampaikan kepada para pemenang dan cenderahati diberikan kepada para tetamu
yang dijemput.Semua hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran sekolah ini dan seterusnya merasmikaan upacara penutup pertandingan
ini.Pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya.
Laporan disediakan oleh Disahkan Oleh

…………………………….................... …………………………
( KANTHAROA A/L SUPEREMANY)

You might also like