You are on page 1of 3

SEJARAH PENGAKAP

Sejarah Pengasas Pengakap

Nama penuh pengasas pengakap ialah Lord Robert Stephenson Smith Baden
Powell.

Dilahirkan di Hyde Park, London pada 22 Februari 1857. Bapanya bernama H.G.
Baden Powell manakala ibunya N.T. Smith.

Semasa muda, beliau seorang perajurit di

India ( 1876 ) dan Afrika ( 1884 ).

Pada 1887, BP berada di Afrika untuk berperang melawan bangsa Zulu, Ashanti dan
Matahela. Pihak tentera menugaskan beliau untuk mengesan musuh-musuh dan
membuat rancangan serangan yang dipanggil berpengakap.

Beliau menjadi seorang kolonel di Mafeking, Afrika pada masa beliau dan askar-
askarnya dikepung selama 217 hari iaitu bermula 13 Oktober 1899 hinggalah
datangnya bantuan pada 18 Mei 1900.

Dengan bantuan beberapa orang dewasa dan budak-budak tempatan dari


pekan itu, BP berjaya menyelamatkan Mafeking daripada jatuh ke tangan musuh.
Walaupun dalam keadaan lapar dan bahaya, BP tetap riang dan berani.

Ini telah menjadi salah satu undang-undang pengakap.

Apabila beliau balik ke England, BP telah mengarang sebuah buku yang berjudul
‘Aids to Scouting’ dan kemudian sebuah buku lagi iaitu ‘Scouting for Boys’.

Pada awal tahun 1907, BP telah membawa sekumpulan budak-budak berkhemah


di Brownsea Island, England. Tahun inilah dianggap tahun permulaan pengakap.
Pada 22 Februari 1908, beliau telah menubuhkan pengakap secara rasmi.

Beliau bersara daripada tentera dan menjadi ‘Chief Scout’ seluruh dunia,
sehinggalah BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Pada masa itu beliau
berumur 84 tahun dan dikebumikan di Kenya, Afrika.

Tarikh-Tarikh Penting

1907 ~ Perkhemahan pertama di Brownsea Island.

1908 ~ Buku Scouting for Boys diterbitkan.

1909 ~ BP dianugerahkan pangkat ‘Knight Duke’ oleh Raja England, King Edward ke
VII.
1910 ~ BP menumpukan sepenuh perhatian kepada pengakap. Bancian pada
masa itu berjumlah 109,000.

1912 ~ Beliau mengelilingi dunia untuk mengeratkan lagi perhubungan pengakap


seluruh dunia.

1916 ~ Pengakap Kanak-kanak ditubuhkan.

1918 ~ Pengakap Kelana ditubuhkan.

1919 ~ Gilwell Park mula dibuka.

1920 ~ Perhimpunan Agung Pengakap & Jambori Dunia Pertama diadakan di


Olympia. BP digelar ‘Bapa Pengakap’

1941 ~ BP meninggal dunia. Lord Somer menjadi Ketua Pengakap Sedunia ke 2.

1946 ~ Pengakap Remaja ditubuhkan.

Sejarah Pengakap Malaysia

1908 ~ Pasukan Pengakap percubaan bermula di Pulau Pinang, tetapi tidak


berjaya.

1909 ~ Selangor memulakan pasukan percubaan, namun kurang aktif dan lenyap.

1910 ~ FC Sands menubuhkan pengakap di Singapura dan berjaya berkembang.

1912 ~ Pengakap ditubuhkan di Pahang.

1913 ~ Negeri Sabah.

1915 ~ Di Pulau Pinang & Sarawak.

1920 ~ Pengakap bertapak di Perak.

1922 ~ Negeri Kedah & Perlis.

1925 ~ Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

1926 ~ Di Selangor & Terengganu.

1928 ~ Di negeri Kelantan.

( ** Kecuali Sabah & Sarawak, negeri lain adalah cawangan pengakap Great
Britain ** )

1945 ~ Tanah Melayu & Singapura berpecah menjadi cawangan Great Britain yang
tersendiri.
1957 ~ Terputus daripada cawangan Great Britain dan bermula Persekutuan
Pengakap Tanah Melayu.

1964 ~ Persekutuan Budak-budak Pengakap dimulakan ( Singapura, Tanah Melayu,


Sabah & Sarawak bergabung )

1965 ~ Singapura berpisah dari Malaysia. Menjadi pergerakan pengakap sendiri.


Pada masa itu, Pergerakan Pengakap diubah menjadi Persekutuan Pengakap
Malaysia.

1967 ~ Jambori pertama diadakan di Pulau Pinang.

1971 ~ Jambori kedua di Melaka.

1975 ~ Jambori ketiga di Johor.

1978 ~ Jambori keempat di Sarawak.

1982 ~ Jambori kelima di Kelantan.

1986 ~ Jambori keenam di Pahang.

1989 ~ Jambori ketujuh di Perak.

1992 ~ Jambori kelapan di Sabah.

1997 ~ Jambori kesembilan di Terengganu.

2002 ~ Jambori kesepuluh di Kedah.

2006 ~ Jambori kesebelas di Negeri Sembilan.

2011 ~ Jambori keduabelas di Terengganu

2016~ Jambori Ketigabelas Kuala Lumpur

You might also like