You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKUS

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


36750 CHIKUS, PERAK

KERTAS CADANGAN
KELAS ABAD KE 21
Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan


kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan
untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara
meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak
kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih
kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad
ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan


dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera
padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh
semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

Sasaran :

1. Semua guru SK Chikus


2. Semua murid SK Chikus
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan
penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunatur bagi
kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di
dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui
penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan
pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu
merangsang pemikiran murid.
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi


akan meningkatkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari internet
dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu murid-murid
mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid-murid ya ng agak mahir
tentunya dapat pula membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya
meringankan bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara-
perkara yang lebih penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat
mememudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya
menguasai setiap kemahiran dengan cepat. Setiap kelas di SK Chikus telah dilengkapi
dengan sebuah TV. Walau bagaimanapun, saiz TV yang agak kecil menyebabkan murid
yang berada di belakang kelas tidak dapat melihat dengan jelas. Sehubungan dengan
itu, penggunaan projector LCD mini diharapkan dapat membantu mengatasi masalah
ini.

Aggaran Perbelanjaan

1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Keceriaan kelas ( 6 kelas x RM100) RM600

2 Langsir (6 kelas x RM100) RM600

Jumlah RM1200

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Kit i-THINK (6 kelas x RM50) RM300

2 Bekas peta i-THINK (6 kelas x RM40) RM240

3 Papan i–Think (6 kelas x RM20) RM120

4 Carta i-THINK RM300

Jumlah RM920
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Mini LCD projector (6 kelas x RM350) RM2100

2 Kabel HDMI 5m (6 kelas x RM60) RM360

3 Speaker (6 kelas x RM 80) RM480

Jumlah RM2940

Jumlah keseluruhan : RM1200 + RM920 + RM2940 = RM5060

Penutup :

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan
kerjasama daripada agensi-agensi luar terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat.
Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Chikus ke arah mencapai Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti
setempat.
Surat memohon sumbangan

Bagi menyahut cabaran ini, pihak sekolah telah mengorak langkah ke hadapan untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran kelas abad ke-21. Pihak sekolah telah mencapai status
Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014 dan telah diangkat sebagai salah satu calon
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2015. Selain daripada itu, SK Chikus juga telah dipilih
sebagai sekolah penanda aras kelas abad ke 21 bagi daerah Hilir Perak.

You might also like