You are on page 1of 10

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Erti Dua Kalimah Syahadah


Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
Pesuruh Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rukun Islam

* Mengucap Dua kalimah Syahadah.


* Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
* Mengeluarkan zakat.
* Berpuasa bulan Ramadhan.
* Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah:


Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan
Nabi Muhammad SAW.

Solat lima waktu ialah:


Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri
dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.

Mengeluarkan Zakat:
Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang
tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Berpuasa bulan Ramadhan ialah:


Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari
terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan
dalam bulan Ramadhan.

Menunaikan haji bagi yang berkuasa:


Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu,
dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

RUKUN IMAN
Beriman kepada Allah.
Beriman Kepada Malaikat.
Beriman kepada Kitab.
Beriman kepada Rasul.
Beriman kepada Hari Akhirat.
Beriman kepada Qada dan Qadar.

Beriman kepada Allah?


Mengaku bahawa Allah SWT ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

Beriman kepada
Malaikat
Kitab
Rasul
Hari Akhirat
Qada dan Qadar

Beriman kepada malaikat:


Mempercayai bahawa malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak
bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah SWT.

Beriman kepada Kitab:


ialah mempercayai bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya.
Kitab-kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.

Beriman kepada Rasul:


Mengakui bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lekai-laki dan mendapat wahyu daripada Allah
SWT untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.

Beriman kepada Hari Akhirat ialah:


Meyakini bahawa alam ini akan musnah, selepas itu manusia akan dihidupkan semula. Orang
yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang engkar perintah Allah ditempatkan
di neraka.

Beriman kepada Qada dan Qadar:


Meyakini bahawa semua yang berlaku ke atas diri kita bahkan seluruh alam ini telah ditentukan
oleh Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Beristinjak
Cara beristinjak dengan menggunakan batu.

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan
yang kesat sehingga diyakini bersih.

cara beristinjak dengan air


Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih

--------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

Kain ini terkena najis Mukhoffafah : cara bagaimana menyucikan kain ini.
* Percikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis.

Kaki anda terkena najis Mutawassitah : cara menyucikannya.

* Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh bahagian yang
terkena najis itu dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasanya.

Dilantai ini terdapat najis Mughollazah : cara bagaimana menyucikannya.

* Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh tujuh kali. Basuhan
yang pertama dengan air tanah dan enam kali berikutnya dengan air mutlak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA BERWUDUK

cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.


Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
Berkumur tiga kali
Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:
* Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: "sahaja aku
mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".
* Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke
siku, tiga kali.
* Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
* Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
* Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke
buku lali, tiga kali.
* Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA BERTAYAMUM

Cara bertayamum ialah:


* Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
* Mengadap kiblat.
* Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
* Menyebut lafaz niat tayamum seperti

* Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum
untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu
muka.
* Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar
tempat debu yang disediakan.
* Menyapu debu kemuka.

Catatan:
* Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak
telinga kiri.
* Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
* Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka,
kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
* Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari
tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan
digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak
tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan
dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
Seterusnya melurutkan ibu jari kiri ke belakang ibu jari kanan.
Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari
tangan kiri. Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan
digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan
ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari
kiri.
Menyelati jari kanan dan kiri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA MANDI WAJIB

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah;


* keluar mani
* haid
* Janabah (bersetubuh)
* Wiladah (bersalin)
* Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
* Mati, selain mati syahid

Cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

* Bersihkan badan daripada segala kekotoran.


* Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
* Ambil wuduk.
* Sebut lafaz niat
* Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota
kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas *
Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu
atasku kerana Allah Taala"
* Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota
badan sebelah kiri tiga kali.
* Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air
sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir
seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan
mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah
lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga
supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan
wuduknya batal.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PUASA

Lafaz niat puasa ramadhan:


“Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala”

Perkara yang membatalkan puasa.

(1) Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja.


(2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
(3) Muntah dengan sengaja.
(4) Melakukan persetubuhan pada siang hari.
(5) Mengeluarkan mani dengan sengaja
(6) Keluar darah haid dan nifas
(7) Gila
(8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
(9) Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
(10)Murtad.

Antara hikmat puasa ialah:


* Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah SWT.
* Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan bersyukur.
* Dapat menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan.
* Mendatangkan kesihatan dan kecerdasan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:

(a) Mengandung
(b) Melahirkan
(c) Menyusukan
(d) Mengasuh
(e) Mendidik
(f) Memberi nafkah
(g) Mengasihi

Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang.

Cara menghormati ibu bapa:

(a) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga
perasaan mereka.
(b) Mendoakan mereka.
(c) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.
(d) Menghormati sahabat-sahabat mereka.

Cara mentaati ibu bapa ialah:

(a) Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
(b) Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa.

Cara berbakti kepada ibu bapa ialah:

(a) Memberi sumbangan kebendaan, terutama katika mereka dalam keadaan susah.
(b) Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian.
(c) Merawati mereka ketika sakit.
(d) Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk.
(e) Menjaga mereka ketika tidak berupaya.
Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada
Allah SWT di dunia dan di akhirat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------

IHSAN

maksudkan dengan ihsan.

* Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah atau
sesungguhnya Allah melihat kamu.
* Dengan perkataan lain bahawa:
* Allah melihat apa yang anda lakukan
* Allah mendengar apa yang anda perkatakan
* Allah mengetahui apa yang anda fikirkan.

Sifat utama dalam ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah.

Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang-orang yang berbuat ihsan?.

Kebaikan yang diperolehinya ialah:


Allah sentiasa mengasihinya.
Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
Allah mengampuni dosanya.
Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.
Allah memberi ganjaran pahala.
Jaminan masuk kesyurga.

Konsep ihsan ialah:


Melakukan sesuatu ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul, dengan
cara yang terbaik, mengikut peraturan serta IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia. Menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan
harmoni.

maksud ihsan;
dalam ibadat
dalam pekerjaan
terhadap diri sendiri
terhadap sesama insan
terhadap binatang
terhadap alam sekitar
Ihsan dalam ibadat ialah:
Bersungguh-sungguh dan khusyu' dalam mengerjakan ibadat seperti bangun di tengah malam
untuk melakukan solat tahajud.

Ihsan dalam pekerjaan ialah:


Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya
menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti.

Ihsan terhadap diri sendiri ialah:


Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri
dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak,
mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad.

Ihsan terhadap sesama ihsan ialah:


Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas
kasihan dan berperi kemanusiaan.

Ihsan terhadap binatang ialah:


Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas dalam nature dan habitatnya. Jika
melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti menggunakan pisau yang
tajam.

Ihsan terhadap alam sekitar ialah:


Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih dari segala bentuk kekotoran,
pencemaran dan kerosakkan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan
indah untuk dinikmati dan didiami.

You might also like