You are on page 1of 2

Tajuk : KITA RAKYAT MALAYSIA

SK : Kaum dan Etnik di Malaysia


SP : 11.1.3 –menerangkan alat muzik dan tarian tradisional dalam
kehidupan masyarakat

SOALAN KAJIAN
Sejauh manakah Tarian Hadrah memainkan peranan dalam kehidupan
masyarakat di Negeri Kedah .

OBJEKTIF
i) Murid mengetahui asal usul tarian Hadrah
ii) Murid dapat mengetahui alat muzik yang digunakan dalam tarian
Hadrah
iii) Peranan tarian Hadrah dalam masyarakat melayu kedah

Kaedah Kajian
i) Sumber Pertama – Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri
Kedah, Muzium Negeri Kedah, Arkib Negeri Kedah
ii) Sumber kedua : Tulisan , Internet dan temubual penari-penari
Kelab Kebudayaan Tarian Hadrah
TEMPOH KAJIAN
i. Sebulan/tugasan individu
ii. Laporan dalam bentuk folio.

Soalan:
a) Bincangkan asal usul tarian Hadrah
b) sejauhmanakah tarian hadrah dapat memainkan peranan
dalam kehidupan masyarakat melayu di Negeri Kedah .
c) Sejauhmanakah alat muzik membantu dalam persembahan tarian
ini?
d) Apakah alat-alat ang digunakan dalam tarian Hadrah?
SUMBER INTERNET

TARIAN HADRAH

Asal Daerah / Negeri : Kedah


Kaum : Melayu

Asal tarian ini adalah dari negeri Parsi. Tarian Hadrah terdapat di negeri
Kedah. Penari dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan
mengandungi antara 15 hingga 30 orang dan mereka ini keluar dahulu, lalu
menyanyi dan menari sambil memukul kompang. Satu kumpulan lagi yang
terdiri dari dua orang penari lelaki dewasa berpakaian wanita akan keluar
menyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini. Begitulah
selanjutnya dua kumpulan ini akan menari dan menyanyi berganti-ganti.
Antara pantun yang dinyanyikan adalah: Kande jo noge — kande naria Ri
atoni a — Kande naria. dipercayai bahawa Tarian Hadrah adalah berasal
dari kisah penebang-penebang kayu yang telah sesat dan terpisah dengan
kumpulan yang satu lagi. Untuk berkumpul kembali, mereka yang sesat
memukul pohon dengan buluh sambil berdoa sehinggalah penebang-
penebang kayu tersebut bertemu kembali. Kegembiraan mereka dibawa ke
kampung dan dari peristiwa ini lahirlah Tarian Hadrah yang diiringi oleh
ketukan buluh berserta dengan doa-doa yang tertentu.

You might also like