You are on page 1of 1

3.

0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kebolehan murid memotong kayu dengan kemas dan
mengikut ukuran yang telah ditanda dalam tajuk penghasilan projek papan tanda elektronik di
bawah standard kandungan Penghasilan Projek murid Tahun 5 dengan menggunakan “Smart
Saw Kit” di bengkel sekolah. Terdapat tiga objektif khusus kajian yang ingin dicapai pada akhir
kajian supaya lebih berfokuskan terhadap kajian yang akan dijalankan. Secara khususnya
objektif kajian ini adalah untuk :

i. Meningkatkan kebolehan murid Tahun 5 menggergaji kayu mengikut ukuran yang


telah ditanda dalam penghasilan projek papan tanda elektronik dengan menggunakan
“Smart Saw Kit”.
ii. Meningkatkan hasil kerja murid Tahun 5 yang berkualiti terhadap kerja menggergaji
kayu dengan menggunakan “Smart Saw Kit”.
iii. Meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam melaksanakan amali menggergaji kayu
dalam penghasilan papan tanda elektronik melalui “Smart Saw Kit”.

3.2 SOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan yang telah menjadi fokus semasa menjalankan kajian ini. Antaranya
:

i. Adakah penggunaan “Smart Saw Kit” dapat meningkatkan kebolehan murid Tahun 5
menggergaji kayu mengikut ukuran yang telah ditanda dalam penghasilan projek
papan tanda elektronik?
ii. Adakah penggunaan “Smart Saw Kit” dapat meningkatkan hasil kerja murid Tahun 5
yang berkualiti terhadap kerja menggergaji kayu dalam penghasilan projek papan
tanda elektronik?
iii. Adakah penggunaan “Smart Saw Kit” dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam
melaksanakan amali menggergaji kayu dalam penghasilan projek papan tanda
elektronik?

You might also like