You are on page 1of 8

ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pendidikan jasmani & Sukan


1) Pengajaran dan pembelajaran
2) Peralatan
3) Guru berkelayakan
4 ) Politik dalam sukan
5) Penggunaan dadah dalam sukan

ISU PERTAMA : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani


Kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif terhadap subjek pendidikan
jasmani. Kebanyakan pendidik mengangap pendidikan jasmani sebagai subjek main-main dan
hanya berbentuk ko-kurikulum yang tidak berbentuk akademik. Maka pendidikan jasmani tidak
diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya.
Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik
dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat
terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani di sekolah dan menganggap semua guru mampu
mengajarnya.
Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar
pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan
pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf,
pertumbuhan organan, pertumbuhan sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan
persefahaman dikalangan pelajar.
LANGKAH PENYELESAIAN

➢ Bagi mengatasi masalah ini, jurang akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani dengan
subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan.
➢ Strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani ialah mesti
melaksanakan proses pengajaran dan pendidikan yang betul oleh guru yang berkelayakan.
➢ Subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses penilaian yang berterusan dari semua
aspek melalui peperiksaan dan kad kemajuan pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik.
➢ Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai subjek yang mempunyai
akauntabiliti akademik sebagaimana subjek-subjek lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan
objektif tersendiri.
➢ Guru pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dengan betul dan tepat.

ISU KEDUA : PERALATAN

Kemudahan fizikal dan alatan


Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani.
Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas
memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh
sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor
nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah
menyediakan kemudahan agak terhad.
Sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan
peralatan. Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar, jumlah peruntukan untuk
membeli peralatan sering digunakan untuk pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa
menggunakan peralatan yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk
digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang berminat dalam bidang sukan, maka
tumpuan yang agak kurang diberikan, begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan
kreativiti masing-masing dalam pengajaran mereka bagi menarik minat pelajar.
Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang sedia
ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan
peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini
menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam
pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani.
LANGKAH PENYELESAIN

➢ Pertama sekali setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap.
➢ Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap
sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah
tersebut.
➢ Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan.
➢ Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu
dititikberatkan.
➢ Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang
lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada.
➢ Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan
Jasmani ini di sekolah.
➢ Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan
dalam proses pembelajaran mereka.
➢ Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan
tersebut.
➢ Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam
dan merasai cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri.
➢ Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih
banyak jenis permainan sukan.
➢ Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti PJ, pihak sekolah
perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan
kos.
➢ Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya peralatan dan kemudahan yang
ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya.

ISU KETIGA : GURU BERKELAYAKAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya diajar oleh


guru-guru yang berkelayakan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru opsyen)
kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam kursus
pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan dalam bidang Pendidikan
Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan opsyen) diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut.
Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah
menengah.
Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani
boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan
mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka
menimba pembelajaran yang berkesan Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya.
Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya
ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten
sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik
mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat
memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti Pendidikan Jasmani.
Shanker (1985), telah melaporkan bahawa guru di Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan
kemahiran profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan kaedah
pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang mana guru merasakan
mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan
ilmu konten daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar
di sekolah.
Pissanos & Temple (1990), melaporkan bahawa guru opsyen Pendidikan Jasmani merasa
kecewa dengan kualiti pengajaran guru bukan opsyen kerana pengajaran mereka bersifat “ikut apa
yang cikgu suruh buat” daripada pengajaran yang berpusatkan ‘bagaimana nak lakukan dan
mengapa perlu lakukan kemahiran itu”. Harris (1992), menegaskan bahawa peranan guru
Pendidikan Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan sikap
melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal dalam membudayakan sukan untuk
kesihatan dan kecergasan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) pula menjelaskan bahawa
peranan guru bestari ialah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
sebagai aspek penting bagi menjamin tercapainya matlamat pendidikan negara seterusnya
wawasan negara.
LANGKAH PENYELESAIAN
➢ Menempatkan lebih ramai graduan PJ di setiap sekolah, sekurang-kurangnya empat orang guru -
dua guru lelaki dan dua guru wanita - bagi sekolah yang ada pelajar perempuan
➢ Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititikberatkan bagi membentuk guru yang mempunyai
pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.
➢ Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan bahawa guru yang berkelayakan(guru opsyen) yang
mengajar pendidikan jasmani bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih mendalam.

ISU KEEMPAT : POLITIK DALAM SUKAN

Politik memainkan peranan besar dalam perkembangan sukan samada dalam atau di luar
negara. Oleh sebab kerajaan ingin melihat sukan sebagai ejen sosialisasi dalam memartabatkan
negara, Kementerian Belia dan Sukan diberi tanggungjawab tersebut. Kementerian Belia dan
Sukan menjadi penaung kepada badan-badan induk iaitu Majlis Sukan Negara dan Olimpik
Malaysia. Di bawah badan induk ini, terdapat pula gabungan badan sukan kecil. Kebanyakkan
badan ini dipimpin oleh mereka yang berpengruh. Keadaan ini adalah satu fenomena yang sihat.
Walau bagaimanapun isu yang sering berlaku dalam sukan negara kita ialah perebutan jawatan
tertinggi dalam sesuatu badan sukan.
Apabila mesyuarat agung dilakukan, sering berlaku perebutan kuasa untuk memimpin
persatuan tersebut. Terdapat beberapa keistimewaan sekiranya seseorang itu berjaya menjawat
jawatan penting dalam sesebuah badan sukan. Antaranya ialah menaikkan nama dan populariti
pemimpin persatuan tersebut disamping berjaya memperoleh habuan yang istimewa jika pasukan
di bawah naungannya berjaya.
Ada pihak yang sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk wang, lobi-melobi dan
mencari publisiti murahan untuk memenangi jawatan tersebut. Berita pertelingkahan atau
perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai dalam sesuatu badan sukan sering dipaparkan dalam
akhbar. Terdapat juga perbezaan pendapat antara presiden sesuatu badan sukan dengan pegawai
badan induk sukan. Isu-isu perbezan pendapat atau pertelingkahan ini banyak berkisar mengenai
pemilihan atlet, prestasi atlet yang merosot, elaun atlet, pelantikan jurulatih serta disiplin atlet dan
pegawai. Keadaan ini memberi kesan yang tidak baik kepada atlet negara. Jalan penyelesaian bagi
isu-isu ini juga sering melibatkan pemimpin politik seperti Perdana Menteri dan Menteri Belia dan
Sukan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN POLITIK DALAM SUKAN


➢ Kurangkan politik dalam persatuan sukan, banyakkan program sukan di peringkat akar umbi dan
dedahkan atlet dengan ilmu akademik supaya mereka bijak berfikir ketika beraksi di gelanggang,
bukannya semata-mata bergantung kepada bakat.
➢ Pemimpin persatuan bijak menyusun atur program dan pengurusan dan membantu altet menguatkan
minda dan mental yang cukup bersedia untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
➢ Penekanan harus diberikan kepada isu bagaimana menstabilkan pemimpin persatuan serta
meningkatkan hubungan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara
(MSN) supaya dapat bekerjasama lebih baik.
➢ Pemimpin persatuan sukan harus dipilih daripada mereka yang berkaliber, tiada kepentingan
peribadi serta meminta soal gaji, kebajikan dan masa depan atlet diutamakan.
➢ Sukan boleh ditukar kepada industri sukan masa hadapan yang dikawal selia jawatankuasa Institut
Sukan Negara bersama jurulatih negeri masing-masing.

ISU KELIMA : PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan
oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit.
Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional
mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan
dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar
kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet,
bahan bercetak atau hubungan peribadi.
KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan
dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah
ini.Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan
(atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna
keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan
memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah
berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak
awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu
nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama
dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang
memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat
ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang.
CONTOH PENYALAH GUNAAN DADAH OLEH ATLET
1) Sebagai bukti, petikan artikel Berita Harian bertarikh 09 September 2009 menyatakan bahawa
pelumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi mengambil dadah terlarang (dadah
rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroid anabolik ) kerana ingin berada pada tahap
kesihatan yang terbaik selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program latihan elit
skuad trek negara di Australia.
2) Fauzan, 23 dalam petikan akhbar menyatakan beliau sebenarnya mengalami kecederaan otot lutut
kiri yang membuatkan dia bertindak mengambil keputusan untuk mencari kaedah perubatan yang
lain tanpa menyedari ubat yang diambil telah diuji positif sewaktu Mini Olimpik.
3) Trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Badrini juga
terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahan terlarang apabila didapati mengambil dadah jenis
propranonol bertujuan bagi mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept
2009) oleh Norbakti Alias.

LANGKAH PENYELESAIAN
➢ Dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan perkara ini perlu
dilakukan pada peringkat bawahan.

➢ Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran dan sebagainya
kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras dalam mencapai sesuatu kejayaan.

➢ Selain itu, para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa sahaja makanan
yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan
mereka sepanjang masa.

➢ Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara
(ISN) untuk memastikan `kebersihannya daripada dadah larangan.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui
pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga pelajar
diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan ,memupuk sikap positif dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui mata prlajaran Pendidikan Jasmanim, pelajar dapat
mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor dengan
menguasai kemahiran asasa pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Pelajar dapat
melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melalui Pendidikan Jasmani
juga,pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin. Selain itu,pelajar dapat seimbang dari sedi
jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

Sukan merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecergasan dan
kemahiran dalam sesuatu permainan. Malaysia juga dapat melahirkan atlet sukan yang cemerlang
di peringkat dunia eperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam
dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan.
Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan peluang yang
berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Oleh sebab itu, pihak
kerajaan mahupun masyarakat perlu bekerjasama mempertingkatkan mata pelajaran pendidikan
jasmani dan sukan di Malaysia daripada perkara-perkara yang dapat menjatuhkan nama Negara
kita dipersada dunia.

You might also like