You are on page 1of 4

Bahagian A: Soalan Objektif (10 markah)

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A. Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan.

2. Antara yang berikut, yang manakah konsep asas perniagaan?


I. Pertukaran nilai
II. Bonus
III. Kebajikan ahli
IV. Barang dan perkhidmatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Pasangan manakah yang tidak benar tentang perbezaan antara barang fizikal dan perkhidmatan?
Barang Fizikal Perkhidmatan
A. Tidak ketara Ketara
B. Boleh disimpan Tidak boleh disimpan
C. Boleh dipisahkan antara pengeluar dan Tidak boleh dipisahkan antara pengeluar
pelanggan dan pelanggan
D. Penghasilan adalah serupa dan seragam Penghasilan tidak seragam dan terdapat
kepelbagaian

4. Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?
A. Akta Kontrak 1950
B. Akta Kawalan Bekalan 1973
C. Akta Perihal Dagangan 1972
D. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
5. Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.
Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu
mengeluarkan modal
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
A. Rakan kongsi lelap
B. Rakan kongsi biasa
C. Rakan kongsi terhad
D. Rakan kongsi dominal

6. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milik perniagaan.


Diubah menjadi

Milikan Tunggal Syarikat Sendirian Berhad

Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan tersebut?
A. Supaya pengurusan bertambah mantap
B. Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C. Dapat menambahkan kawalan perniagaan
D. Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai

7. Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?


A. Jumlah jualan ― Kos stok
B. Jualan kos + Jumlah hasil
C. Jumlah jualan ― Jumlah kos
D. Jumlah hasil + Jumlah kos barang

8. Apakah kelebihan koperasi berbanding dengan syarikat berhad?


A. Tiada beban cukai
B. Pengurusan dan pemilikan terpisah
C. Syer boleh dipindah milik secara bebas
D. Liabiliti ahli terhad kepada modal yang dilaburkan
9. Pemilikan perniagaan manakah mempunyai liability terhad?
I. Kedai Cermin Mata Ling
II. Kedai Kasut Yong Dan Liang
III. Syarikat Mega Sdn. Bhd.
IV. Syarikat Merah Awam Bhd.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang peranan francaisor dalam sesuatu perniagaan
francais makanan segera?
I. Menjalankan aktiviti promosi bersepadu
II. Membantu menyediakan khidmat latihan
III. Menyediakan modal awalan untuk francaisi
IV. Menyediakan bantuan peralatan dan perkakas perniagaan
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Soalan Struktur (20 markah)

1. Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan. [4 markah]


Skala perniagaan

X Antarabangsa
Nyatakan ciri-ciri pada X?

2. Berikan 4 ciri utama terdapat dalam gaya pengurusan laissez-faire. [4 markah]

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan.

Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST)


pada kadar 6 % pada 1 April 2015
Nyatakan faktor luaran tersebut dan huraikan. [4 markah]

4. Huraikan unsur-unsur yang terdapat dalam analisis SWOT. [4 markah]

5. Memberikan 4 kesan perubahan dari aspek pasaran? [4 markah]

SOALAN TAMAT

You might also like