You are on page 1of 1

USUL MESYURAT PIBG

BI
USUL IBU BAPA
L
1 Pihak sekolah memohon kebenaran ibu bapa secara bertulis apabila anak
murid terlibat dengan mana-mana latihan di sekolah selepas waktu
persekolahan.
- Nor Khairul Nizam bin Nordin

2 Pihak sekolah diminta


i. meningkatkan pengawasan ketika murid pulang dari sekolah.
ii. mengadakan aktiviti atau pertandingan bagi murid-murid untuk
meningkatkan prestasi pembelajaran.
- Siti Norshuhada binti Mohd. Zaini

3 Mengadakan perjumpaan rasmi sebulan sekali bersama ibu bapa murid


agar dapat berkongsi masalah murid bersama.
- Faridah Hanim binti Haji Awang

4 i. Mengurangkan kerja sekolah kerana waktu persekolahan sudah


cukup panjang diikuti dengan sekolah agama pada waktu petang
dan kelas mengaji al-quran pada waktu malam. Murid tidak fokus
kepada kerja sekolah dan sering kali tertidur sewaktu menyiapkan
kerja sekolah kerana keletihan.
ii. Menerangkan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada ibu
bapa supaya ibu bapa dapat mengenal pasti kemajuan anak-anak
memandangkan sistem ini tidak menjadikan peperiksaan sebagai
kayu pengukur kejayaan bagi seseorang murid.
- Ghani bin Din

5 Pihak sekolah diminta agar tidak membenarkan murid-murid keluar dari


pagar sekolah sebelum ibu bapa datang kerana pernah terjadi murid
terjatuh ke dalam longkang.
- Janariah binti Jelani

6 i. Cadangan supaya menyediakan tempat berteduh untuk ibu bapa


sementara menunggu anak-anak.
ii. Pengawal keselamatan haruslah memerhati murid-murid apabila
tamat sesi persekolahan supaya murid tidak bermain di longkang
besar bersebelahan dengan sekolah.
- Mohd. Rizal bin Alimi

7 Saya sangat menyokong dengan tindakan guru-guru pra sekolah yang


begitu prihatin tentang keselamatan murid-murid dengan menghantar ke
pintu pagar dan menunggu sehingga ibu bapa tiba.
- Maznah binti Abdullah

You might also like