You are on page 1of 1

LAPORAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SK SERI LANGKAP
“TEMA : PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS”

PENGENALAN
Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan
kepada murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka
PPKI Sekolah Kebangsaan Seri Langkap telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Seri Kembangan.

PELAKSANAAN PROGRAM
Tempat : kilang Coklat Berly’s dan Farm in The City
Tarikh : 18.04.2018
Hari : Rabu
Masa : 7 pagi – 7 malam

KUMPULAN SASARAN
 Murid – murid PPKI
 Guru dan PPM PPKI
 Ibubapa dan Penjaga Murid PPKI

DAPATAN PROGRAM
 Murid – murid dapat merasai cara – cara pembuatan coklat.
 Murid – murid dapat berinteraksi dengan flora dan fauna.
 Ibubapa dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang program
 Kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur telah mengakibatkan perjalanan program
mengambil masa lebih lagi.
 Segelintir guru – guru tidak dapat menyertai lawatan kerana kekangan masalah
kewangan dan terlibat dengan program luar.

PENAMBAHBAIKAN
 Penglibatan semua guru dan ppm perlu dititikberatkan dalam program – program akan
datang.
 Pengurusan masa dan pentadbiran dalam lawatan perlu diberi perhatian dengan rapi.

PENUTUP
Secara kesimpulannya , lawatan sambil belajar telah dijalankan dengan baik walaupun
tidak sempurna dengan sokongan dari guru, ppm dan ibubapa yang telah menyertai program
ini. Program – program yang melibatkan murid dan ibubapa perlu diperbanyakkan lagi agar
ibubapa dapat mengetahui lagi secara mendalam mengenai program Pendidikan Khas.

You might also like