You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN

SEKOLAH TRANSFORMASI KPM 4.0


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PROGRAM SEKOLAH
SATELIT
PRASEKOLAH
PROJEK HIJAU
2022

1
1. Tajuk
Projek Hijau Prasekolah

2. JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat Pegawai PPDT

Pengerusi En. Suhaimi Bin Saad

Timbalan Pengerusi I Pn. Norazmah Binti Mohd Azmi

Timbalan Pengerusi II En. Suhardi Bin Abdul Talib

Timbalan Pengerusi III En. Mahadzir Bin Tahir

Penyelaras Pn. Mullaimalar A/P Govindasamy

Setiausaha Pn. Lim Wan Ying

Pn. Rusnah Binti Che Wan

Pn. Wahisyarlina Binti Abd Wahid


AJK
Kerja
Pn. Suhaila Binti Abdul Aziz

Pn. Noor Hafiza Saiedin

3. Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Taman Impian

4. Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Taman Impian ditubuhkan pada 2008. Dahulunya, Sekolah
Kebangsaan Taman Impian yang dibina di atas tapak seluas 5 ekar yang asalnya
adalah sebuah paya dan ladang kelapa sawit di Taman Impian Ria. Pada tahun
2010, 2 kelas prasekolah diwujudkan dan satu kelas perluasan pada 2013 dengan
binaan bangunan baru. Pada tahun tersebut, bilangan murid seramai 75 orang.
Guru besar pertama En. Mohd Nasir B A. Rahim.
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Impian mengalami kekurangan murid
disebabkan oleh persaingan daripada sekolah lain yang berdekatan dan masalah
ibu bapa terpaksa berpindah kerana kos sara hidup.

2
5. PELAKSANAAN PROJEK

5.1 PENGENALAN
Kaedah projek memberi peluang kepada murid melakukan penerokaan dan menimba ilmu
pengetahuan. Murid-murid akan berminat untuk menghasilkan penanaman tumbuh-
tumbuhan dengan bimbingan guru. Murid-murid bekerjasama untuk menjalankan
aktiviti seperti penyemai, menyiram, membaja dan menuai hasil.

5.2 ANALISIS KEPERLUAN PROJEK


Kejayaan yang dikecapi oleh SK Taman Impian menjadikan ibu bapa berminat untuk
mendaftarkan anak mereka ke Prasekolah SK Taman Impian. Berdasarkan Penyata
Enrolmen Murid Prasekolah, berlaku peningkatan jumlah murid dari semasa ke semasa.

Tahun Jumlah Murid Catatan


2020 72
2021 61 Akibat Pandemik Covid-19
2022 69 Projek Hijau, diwar-war dalam
Facebook sekolah

5.3 OBJEKTIF
a. Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dalam tunjang Sains Awal dengan tema
tumbuh-tumbuhan.
b. Menyayangi alam sekitar dengan menghargai anugerah alam.
c. Memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
d. Mengindahkan persekitaran sekolah dengan tumbuh-tumbuhan herba.
e. Kelestarian keadaan persekitaran yang bersih dan bebas Aedes dan penyakit Denggi

3
5.4 STRATEGI PERLAKSAAN

AKTIVITI PELAKSANAAN TEMPOH


1. Projek Hijau - Menanam pelbagai jenis tanaman herba April - Disember
- Murid-murid diberi peluang merasai 2022
pengalaman menghasilkan menyiram,
membaja dan menjaga tanaman.
- bekerjasama dalam kumpulan
- Menceritakan hasil dan proses kerja
- penjualan hasil tanaman
- penglibatan ibu bapa dengan memberi
sumbangan pokok dan pasu
- Sokongan daripada Eminent School (ES)
pihak pentadbir, rakan guru dan ibu bapa
2. Kuiz, Nyanyian - Murid menjawab kuiz Jun - Disember
lagu dan Buku - Murid menyanyi lagu berkaitan tumbuh- 2022
Skrap tumbuhan
- Murid menghasilkan buku skrap dengan
bimbingan ibu bapa
- Pemberian hadiah

ANALISIS MAKLUMAT/ DATA YANG TERKUMPUL


Daripada dapatan dan data yang diperolehi, prasekolah SK Taman Impian telah berjaya
mencapai kejayaan dan pengiktirafan berkaitan dengan program Projek Hijau.

4
CABARAN YANG DIHADAPI
a. Murid tiada pengalaman sedia ada kerana murid tinggal di rumah pangsa dan tiada
tanah untuk bercucuk tanah.
b. Murid baru sahaja melangkah ke alam persekolahan.
c. Kekangan masa guru-guru untuk membimbing murid-murid.

PENYELESAIAN
a. Pihak sekolah mencari dana untuk menyediakan pasu kepada setiap murid.
b. Murid menonton video berkaitan penanaman pokok.
c. Guru-guru membuat aktiviti penanaman pada waktu pagi mengikut jadual.

6. IMPAK/ PENCAPAIAN/KEKUATAN PROJEK


a. Menceriakan persekitaran sekolah dengan tanaman.
b. Peningkatan jumlah murid prasekolah.
c. Murid menunjukkan minat terhadap tumbuh-tumbuhan dan mengenali keperluan dan
bahagian tumbuh-tumbuhan.
d. Membantu guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
e. Murid lebih menghargai alam sekitar.

7. PENAMBAHBAIKAN
a. Mengadakan program kitar semula daripada bahan-bahan terbuang untuk bekas
tanam-tanaman.
b. Membuat baja kompos daripada sisa makanan,buah-buahan dan sayur-sayuran
dengan bantuan rakan sekolah yang terlibat dendan sekolah hijau.
c. Lawatan penanda aras ke sekolah lain untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci.
d. Hebahan aktiviti-aktiviti yang melibatkan program prasekolah dalam Facebook
Sekolah.

8. PENUTUP
Projek Hijau Prasekolah bukan sahaja dapat mendedahkan ilmu pengetahuan
tentang tumbuh-tumbuhan kepada murid, malah dapat mewujudkan persekitaran
prasekolah dalam keadaan hijau, ceria dan kondusif. Selain itu, projek ini juga dapat
melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap bertanggungjawab,
bekerjasama serta cinta sayang. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat
diperlukan dalam menjayakan projek ini. Projek ini berjaya meningkatkan pengetahuan
kepada murid dan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
Malahan, berlaku peningkatan kepada enrolmen murid.

5
9. LAMPIRAN

Murid menjalankan Projek Hijau Prasekolah

Lawatan ke Eminent School Bimbingan daripada Sekolah Hijau

You might also like