You are on page 1of 2

KESIMPULAN

Setiap kehidupan bangsa memiliki suatu masa dimana nilai-nilai yang telah ada
menjadi goyah. Hal ini umumnya terjadi kerana adanya tentangan dari nilai-nilai lain
yang baru dan berbeza dengan nilai-nilai yang telah ada sebelumnya. Orang
Mandailing juga dikenali sebagai pengembara yang hebat kerana semakin banyak
Mandailing berpindah ke pelbagai rantau di negara ini dan juga di seluruh dunia.
Kebanyakan Mandailing memainkan peranan penting dalam negara.

Mandailing sangat kaya dengan bahasa di mana mereka mempunyai bunyi


yang baik atau lancar. Oleh itu, Mandailing dikenali sebagai masyarakat yang unik
dari segi bahasa, makanan serta adat cukur jambul mereka. Mandailing klasik daun
ubi tumbuk atau daun tapioka luntur, subur dengan bunga kantan, serai dan rasa
kelapa adalah makanan yang paling terkenal di kalangan Mandailings. Dari segi
peralatan muzik, mereka mempunyai ensembel tradisional drum yang dipanggil
Gordang Sambilan.

Disini dapat dilihat bahawa masyarakat mandailing kini tidak jauh bezanya
dengan kehidupan sekarang. Di mana Mandailing adalah kumpulan budaya
tradisional di Asia Tenggara. Mereka ditemui terutamanya di bahagian utara pulau
Sumatera di Indonesia. Mereka berada di bawah pengaruh Kaum Padri yang
memerintah Minangkabau Tanah Datar. Akibatnya, Mandailing dipengaruhi oleh
budaya Islam dan ditukar kepada Islam. Terdapat juga sekumpulan Mandailing di
Malaysia, terutama di negeri Selangor dan Perak. Mereka berkait rapat dengan
Angkola.

Sebagai konklusi, kepelbagaian budaya dan adat resam hubungan etnik di


Malaysia sememangnya menunjukkan keadaan yang stabil dan masih terkawal.
Segala pergaduhan, salah sangka dan sengketa sesama mereka masih mampu
dibendung dengan menggunakan dan mempraktikkan nilai-nilai kemanusiaan seperti
toleransi serta tidak bersikap diskriminasi dan stereotaip. Namun, isu ini tidak boleh
dipandang remeh kerana ianya mungkin boleh menjadi lebih parah jikalau terjadinya
isu persefahaman sesama kaum dan etnik tidak dapat dicapai.
Etnik Mandailing mengamalkan beberapa adat samada dalam kehidupan
seharian, perkahwinan, cukur jambul, kelahiran, makanan dan sebagainya.
Kebudayaan dan kesenian yang wujud dalam etnik ini juga menjadi tunjang utama
simbol keunikan yang mempamerkan pelbagai aspek positif. Walaupun dunia
semakin mencapai arus peremodenan dan pembangunan yang memacu ke arah
generasi XY, namun etnik-etnik yang masih kukuh tetap masih mengamalkan
beberapa adat resam nenek moyang mereka sehingga kini. Itulah yang
menghubungkan sesuatu etnik tersebut dengan etnik yang lain. Begitu juga sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya memahami budaya kaum dan etnik yang wujud di
Malaysia. Jika tidak boleh memahami secara keseluruhan memadai sekiranya kita
menghormati adat resam dan seni kebudayaan yang mereka amalkan kerana itulah
yang akan menjadi kunci kepada keharmonian dalam kepelbagaian hubungan etnik
di Malaysia.

You might also like