You are on page 1of 1

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem Pendidikan

Negara

Implikasi terhadap kurikulum


Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Negara . Ini meliputi :
 Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
 Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran.
 Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis.
 Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
 Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang
positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
 Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya
yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, berketrampilan serta
berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi :
 Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial, secara menyeluruh dan seimbang.
 Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai murni dalam
jiwa pelajar.
Kesimpulannya, jika para pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan
kebangsaan dalam melaksanakan tugas mereka, maka sudah pasti matlamat dasar
pendidikan negara akan menjadi kenyataan.

You might also like