You are on page 1of 2

Sistem Pertahanan Badan

Pengenalan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj
(macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement
system).

Sel dendretik – berfungsi untuk menangkap dan memperkenalkan antigen kepada sel CD4 +dan sel limposit
T bagi merangsangkan permulaan sistem pertahanan badan dan memusnahkan antigen. Sel dendritik akan
berkurangan bila usia meningkat.

Makrofaj – berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel. Kehadiran bakteria
akan menyebabkan makrofaj mengeluarkan sejumlah bahan kimia dan sitokin serta merangsang
pengaktifan sel T. Untuk melawan sesuatu penyakit berlaku, sum-sum tulang menghasilkan sel B dan
kelenjar thymus menghasilkan sel T. Sehingga umur 45 hingga 50 tahun seseorang dewasa hanya
mempunyai 5-10% kelenjar thymus berbanding semasa peringkat puberti. Bila usia meningkat, kebolehan
untuk menghasilkan antibodi makin berkurangan dan sel T hilang keupayaan untuk mengenal sel-sel asing
dalam badan.

Sel pembunuh semula jadi – sel ini akan membunuh sel yang tertentu dengan spontan dan terlibat sebagai
tuan rumah sistem pertahanan kepada berbagai tumor dan jangkitan infeksi. Fungsi sel ini tidak berubah
mengikut umur.

Sistem komplimen – terdiri daripada plasma protein yang penting dalam pertahanan semula jadi badan.
Warga emas yang sihat mempunyai paras komponen komplimen sedikit rendah berbanding dengan warga
yang lebih muda. Paras komplimen akan meningkat dengan tinggi pada warga muda jika ada jangkitan
kuman berlaku tetapi peningkatan ini tidak berlaku dalam warga emas.

Gejala dan Tanda

Kesan klinikal kekurangan sistem pertahanan badan:

 Penyakit berjangkit – pengaktifan semula penyakit berjangkit seperti herpes zoster di mana insiden
meningkat 5 kali ganda di antara umur 45 ke 85 tahun.disebabkan kehilangan sistem pertahanan selular
badan terhadap virus varicella-zoster.

 Tindakbalas terhadap pelalian ( imunisasi) – pengeluaran antibodi yang spesifik kepada antigen dalam
vaksin berkurangan dalam warga emas menyebabkan pelalian yang diberi berkemungkinan kurang
berkesan.

 Kanser – disebabkan sistem pertahanan badan berkurangan, ia tidak dapat mengenal dan
menghapuskan sel kanser seperti kronik limpositik leukaemia (CLL).

 Penyakit degenerasi akibat penuaan – ini berkaitan dengan fungsi sistem pertahanan yang berkurangan.
Pengeluaran auto antibodi bercenderung untuk meningkat dalam penyakit kronik seperti hypothyroidism,
diabetes mellitus, dan hypopituitarism.

Komplikasi
Bila usia meningkat,berlaku kekurangan pengeluaran antibodi yang spesifik terhadap sesuatu jangkitani
dan ini akan menyebabkan peningkatan insiden kematian berkaitan dengan pneumonia, influenza,
infectious endocarditis dan tetanus (kancing gigi) di kalangan warga emas.

Rawatan/ Pencegahan

Amalkan cara hidup sihat melalui:

 Senaman yang mencukupi kerana senaman boleh menggalakkan system imun

 Makan makanan yang sihat untuk menguatkan system imun

 Tidak merokok dan elakan atau hadkan pengambilan alcohol kerana ini boleh melemahkan lagi system
imun

 Sentiasa berwaspada dan mengambil ciri-ciri keselamatan untuk mencegah dari terjatuh dan kecederaan.
Sistem imun yang lemah akan melambatkan proses kelegaan.

 Berjumpa doktor dengan segera jika jatuh sakit.

 Mengambil vaksin untuk penyakit tertentu atas nasihat doktor.contohnya vaksin untuk influenza dan
pneumonia atau vaksin-vaksin lain yang dianjurkan oleh pihak kesihatan.

You might also like