You are on page 1of 2

Cara-Cara Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Isu-isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerap menjadi bahan perbincangan dalam
media massa. Paparan kemalangan jalan raya di televisyen dan surat khabar jelas menunjukkan
bahawa kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Pada pendapat saya, isu
kemalangan jalan raya ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana kemalangan jalan
raya banyak mendatangkan masalah. Beberapa langkah patut diambil dengan segera untuk
mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan jika sikap pemandu dapat diubah. Justeru, semua
pemandu kenderaan perlu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Antara peraturan yang
penting dan mesti dipatuhi ialah jangan memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh
undang-undang. Pemandu juga mesti bertolak ansur ketika berada di jalan raya dan berhati-hati
ketika memandu dalam cuaca hujan.Selain itu, pemandu juga mesti memastikan kenderaan
mereka dalam keadaan yang baik.

Keluarga juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di jalan raya. Pada masa
yang sama, anak-anak juga boleh mengingatkan serta menasihati ibu bapa supaya mematuhi
peraturan jalan raya pada setiap masa. Sikap saling menasihati ini pasti dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

Selain itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan. Keupayaan media massa dalam
mempengaruhi sikap masyarakat memamng tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh media
massa seperti stesen televisyen boleh menyiarkan gambar kemalangan jalan raya yang telah
berlaku sebagai peringatan kepada pemandu lain. Manakala surat khabar pula boleh menyiarkan
rencana tentang kesan kemalangan jalan raya.

Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga boleh memainkan peranan. Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang menggunakan
jalan raya dan hanya membenarkan kenderaan yang baik sahaja beroperasi di jalan raya. Manakala
pihak polis boleh membuat perangkap had laju di semua jalan raya dan menyaman kenderaan
yang dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Pemandu yang mempunyai saman kesalahan
jalan raya pula, tidak perlu dibenarkan memandu lagi di jalan raya.

Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kemalangan
jalan raya. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang
jalan raya yang baru. Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan
pelbagai program kesedaran tentang kemalangan jalan raya. Pihak kerajaan juga boleh
mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui stesen televisyen dan radio yang dimiliki
oleh kerajaan.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya. Pihak yang paling penting dalam menangani kemalangan jalan raya
ialah pemandu kenderaan sendiri. Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya pasti dapat
dikurangkan jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing. Denagn kerjasama
semua pihak, jalan raya di MAlaysia pasti dapat menjadi tempat yang selamat untuk semua
pengguna jalan raya.

You might also like