You are on page 1of 8

Bahagian Psikologi & Kaunseling

Vol : 1/ 2018

Tahun 2018 merupakan tahun


ke-10 penubuhan BPsK. Sehubungan
dengan itu BPsK mengambil inisiatif
untuk meraikan Sambutan Sedekad
BPsK pada 7-8 Mac 2018.

Sambutan Sedekad BPsK dengan tema


“Peneraju Kesejahteraan Insan” dilihat dapat memberi impak kepada seluruh warga
KPM tentang keperluan dan kepentingan kaunseling dan psikologi dalam kehidupan
individu. Stigma berjumpa kaunselor merupakan individu bermasalah harus di
singkirkan, malah ianya satu keperluan dalam membangunkan kecemerlangan
organisasi dan seterusnya mewujudkan modal insan yang berjiwa besar, cintakan
negara dan mempunyai kekuatan emosi, jasmani dan rohani.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid merasmikan Majlis Sambutaj Sedekad
BPsK di Auditorium E, Putrajaya pada 8 Mac 2018 bersama Kaunselor Organisasi KPM
seluruh Malaysia.

Makan Malam Sedekad BPsK bertema “Tradisional & Etnik”


“Menelusuri Transformasi Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling”
Ahli Panel : “Generasi Rabbani : Tanggungjawab Kita”
1. YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Nordin B. Kardi, Ustaz Don Daniyal B. Don Biyajid
Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2. YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim B. Mohd. Hussin,
Presiden PERKAMA International
3. YBhg. Dato’ Dr. Ismail B. Alias’ “Keperluan Psikologi & Komunikasi Individu
Berkeperluan Khas”
Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), JPA
En. Muhammad Sazali B. Shaari (MFD)
Encik Muhammad Fazli B. Che Yusof (PERTIS)

“Disiplin Psikologi Klinikal Dalam Transformasi Perkhidmatan


Kaunseling”

YBrs. Dr. Mahadir B. Ahmad


Program Psikologi Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

“DSMV : Fungsi dan Peranan Dalam P_erkhidmatan Kaunseling”


Tn. Hj. Hairol Kamal B. Ab. Rahman,
Hospital Rehabilitasi Cheras
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi
pemimpin kamu, bukan aku yang terbaik dalam kalangan kamu.
Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku.
Benar itu adalah amanah , bohong itu adalah khianat”
Saidina Abu Bakar.

Pada 19 Januari 2018, Mesyuarat Agung Kelab BPsK KPM telah


diadakan bagi membubarkan jawatankuasa kelab sesi 2016/2017 dan
melantik ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2018/2019. Kelab BPsK KPM telah ditubuhkan dengan
tujuan memajukan dan memelihara hal ehwal kebajikan ahlinya yang merupakan pegawai dan staf
BPsK KPM disamping mengeratkan hubungan di antara ahli kelab melalui aktiviti yang dianjurkan.
Mesyuarat Agung kali ini telah menyaksikan bahawa En. Mohd. Supian bin Taharim dilantik sebagai
presiden, Dr. Norisham bt. Abd. Ghani sebagai Naib Presiden, Pn. Nor Hafizah Bt. Mohammad Hanafi
sebagai Setiausaha, Pn. Dhiya Husni Bt. Husin sebagai Naib Setiausaha dan Pn. Nurul Zahirah Bt. Abu
Bakar sebagai Bendahari Kelab.

Aktiviti penutup tirai yang dianjurkan kelab sesi 2016/2017 adalah Majlis Makan Malam Kelab BPsK
yang telah diadakan di PICC Putrajaya juga pada hari yang sama. Majlis telah dirasmikan oleh Puan
Normazwin bt. Yahya, Setiausaha Bahagian, BPsK KPM. Bertemakan makanan steamboat dan grill, majlis
telah berjalan dengan meriah dan harmoni. Antara pengisian majlis adalah ucapan daripada wakil AJK
Kelab sesi lepas dan juga ucapan Penaung Kelab. Sesi penghargaan kepada semua AJK kelab sesi yang
lepas juga turut diadakan dengan menyampaikan sebuah beg luggage kepada semua ahli jawatankuasa.
Majlis diselangselikan dengan dengan acara yang penuh
debaran iaitu acara cabutan bertuah yang terdiri daripada
pelbagai hadiah yang menarik. Acara akhir pada majlis
tersebut adalah dengan penyampaian cenderahati kepada
semua ahli kelab iaitu set cadar patchwork sebagai tanda
ingatan dan kenangan. Sesi bergambar di akhir majlis juga
cukup meriah dengan pelbagai gaya yang dilakukan bersama
-sama. Semoga jalinan ukhwah
sesama ahli kelab akan terus
berkekalan dan mampu
menjadikan tempat kerja sebagai satu tempat yang harmoni dan
produktif. Teruskan perjuangan buat AJK Kelab yang baru diberikan
mandat dan amanah untuk terus menjaga kebajikan ahli dan menjadi
medan sosial yang sihat.
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
ORANG ASLI

Terengganu, 27-29 Mac 2018 : Bertempat di Telltrack IPG Kampus


Dato’ Razali, BPsK bersama beberapa Tok Batin, GBK dan Kaunselor
Organisasi dari beberapa negeri telah menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Program di Bawah Inisiatif #57 Transformasi
Pendidikan Orang Asli.

Selain itu, beberapa aktiviti dijalankan untuk meningkatkan minda


orang asli dalam pendidikan serta menguatkan ukhwah bersama
mereka. Di bawah merupakan tarikh dan sekolah yang dirancang
untuk murid dan masyarakat orang asli yang terpilih.

PROGRAM KESEDARAN KERJAYA MURID & KARNIVAL KOMUNITI PENDIDIKAN ORANG ASLI
1 JOHOR SK SAYONG PINANG, KULAI (3 JULAI 2018)
SK SEGAMAT KECIL, SEGAMAT (5 JULAI 2018)
2 KELANTAN SK PASIR LINGGI, GUA MUSANG (7 MEI 2018)
SK BIHAR, GUA MUSANG (9 MEI 2018)
3 NEGERI SEMBILAN SK TEKIR, SEREMBAN (3 JULAI 2018)
SK SG. SAMPO, JEMPOL (10 JULAI 2018)
4 PAHANG SK TITOM, KUALA LIPIS (17 APR 2018)
SK LANAI, KUALA LIPIS (18 APR 2018)
5 PERAK SK SG. TIANG, HULU PERAK (26 JUN 2018)
SK CHENDERONG KELUBI, PERAK TENGAH (28 JUN 2018)
6 SELANGOR SK TUN ABDUL RAZAK, HULU SELANGOR (4 JULAI 20118)
SK BUKIT KEMANDUL (ASLI), KUALA LANGAT (5 JULAI 2018)
7 TERENGGANU SK SG. PERGAM, KEMAMAN (26 JUN 2018)
SK SG. BERUA, HULU TERENGGANU (28 JUN 2018)
“Energizer” dan membuat aktiviti bersama orang asli.

DI Telltrac IPG Kampus Dato’ Razali, Batu Karit, Terengganu


pada 27-29 Mac 2018
Tanggal 14 Februari 2018, Rabu, buat julung-julung kalinya dalam sejarah Sedekad
BPsK , 16 orang Guru Bimbingan Kaunseling, GBK dan Guru Pendidikan Khas , GPK
dikumpulkan bagi mengadakan sesi sumbang saran bertujuan memantapkan lagi jalinan
kerjasama . Pertemuan yang dijalankan oleh Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK ini
bermatlamat untuk memperkasakan kebolehupayaan GBK bagi memberikan perkhidmatan
terbaik kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK).

Seramai 14 orang GBK dan GPK dari 7 buah sekolah di zon tengah terdiri dari negeri
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah hadir menyumbangkan buah fikiran untuk
memantapkan jalinan kedua-dua unit ini sekaligus membeikan manfaat kepada murid-murid
pendidikan khas.

Antara idea yang disepakati adalah supaya diadakan kursus asas pendidikan khas
kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling, memberikan latihan asas kaunseling kepada Guru
Pendidikan Khas, mewujudkan jawatan Guru Bimbingan Kaunseling khusus untuk murid
bekeperluan khas dan pelbagai lagi saranan.

Pertemuan ini merupakan siri pertama dimana siri kedua akan dijalankan pada 27-29
Mac 2018 melibatkan 40 orang Guru Bimbingan Dan Kaunseling (GBK) dan Kaunselor Organ-
isasi (KO) dan seterusnya siri ketiga pada 29-30 Ogos 2018 yang juga merupakan sesi
terakhir. Semoga agenda ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang digariskan.
PROGRAM BICARA SANTAI :
DASAR-DASAR BAHARU KPM
Pada 6 April 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor,
BPsK telah menjalankan program Bicara Santai pertama
dengan topik Dasar-Dasar Baharu KPM bertempat di bilik
mesyuarat BPsK. Seramai 39 peserta menghadiri slot
tersebut terdiri dari kaunselor dan AKP.

Slot ini disampaikan oleh En. Thalahuddin Abdullah


dan Pn. Salwana Khairullah dari Unit Kajian Dan
Gubalan Dasar EPRD KPM. Peserta dijelaskan dengan
proses sesuatu dasar itu digubal yang mengambil kira
aspek politik dan keperluan rakyat. Perbezaan antara akta,
dasar dan pelan pembangunan pendidikan juga dihuraikan
dalam slot ini.

Rumusannya, slot ini berjaya menambah input baru


kepada warga BPsK disamping menambah kefahaman
tentang kepentingan dasar yang menjadi kerja buat warga
KPM amnya.

KURSUS ASAS PENDIDIKAN KHAS :


BAGI PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pada 27-29 Mac 2018, Unit Profesionalisme


Kaunselor, BPsK telah menjalankan Kursus Asas
Pendidikan Khas kepada 39 orang kaunselor. Kursus
ini adalah anjuran bersama BPsK dengan BPKhas KPM.

Matlamat kursus ini adalah untuk memberikan


pengetahuan asas tentang kepelbagaian pendidikan
khas yang dijalankan di SMPKhas, Program PPKI dan
Program Inklusif. Melalui kursus ini peserta diberikan
input tentang jenis-jenis Murid Berkeperluan Khas
(MBK), karektor dan psikologi MBK, cara
berkomunikasi dengan mereka dan slot khas
mempelajari asas bahasa isyarat.

Berkesinambungan dari kursus ini peserta akan


menjalankan kajian tindakan selama 5 bulan memberikan
fokus dalam bidang disiplin dan sahsiah murid, psikososial
dan kerjaya MBK. Peserta akan berkampung semula pada
29-30 Ogos 2018 untuk membentangkan hasil kajian masing
- masing. Semoga program ini mendatangkan impak positif yang besar kepada pendidikan
negara.

You might also like