You are on page 1of 20

DIPLOMA KEWANGAN SYARIAH

SEMESTER 5 SESI 1 2017/2018


PENGENALAN PELABURAN (KWK3033)

TAJUK: PELABURAN OPSYEN DAN WARAN

NAMA PENSYARAH :
PN. ZANARIAH BINTI ARIPIN

DISEDIAKAN OLEH:
NUR HAFIZAH BINTI AZMAN (D1510591)
NURUL NABILAH BINTI REBUAN (D1510862)
NORAYU WAHIDA BINTI ISMAIL (D1510186)
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN ...................................................................................................................................... 1
2. DEFINISI ................................................................................................................................................. 2
2.1 DEFINISI PELABURAN OPSYEN ............................................................................................... 2
2.1.1 JENIS-JENIS OPSYEN .......................................................................................................... 2
2.1.2 CIRI OPSYEN ........................................................................................................................... 3
2.2 DEFINISI PELABURAN WARAN ................................................................................................ 4
2.2.1 JENIS-JENIS WARAN ............................................................................................................ 4
2.2.2 CIRI WARAN ............................................................................................................................ 4
3. OPERASI ................................................................................................................................................ 5
3.1 PENERBITAN .................................................................................................................................. 5
3.2 NIAGA ............................................................................................................................................... 5
4. HARGA.................................................................................................................................................... 7
4.1 HARGA OPSYEN. .......................................................................................................................... 7
4.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA DALAM URUSNIAGA
OPSYEN SEMASA. ............................................................................................................................ 8
4.2 HARGA WARAN ............................................................................................................................ 9
4.2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA DALAM URUSNIAGA
WARAN SEMASA. .......................................................................................................................... 10
5. KELEBIHAN/KEKURANGAN PELABURAN OPSYEN DAN WARAN ..................................... 11
5.1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN OPSYEN ......................................................................... 11
5.2 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN WARAN........................................................................... 11
6. LAMPIRAN ........................................................................................................................................... 13
1

1. PENGENALAN
Pelaburan adalah suatu bentuk penggunaan wang atau dana bagi aktiviti tertentu
yang diharapkan akan menghasilkan pulangan yang lebih pada masa hadapan.
Pelaburan melalui unit amanah adalah pelaburan yang dilindungi bagi memberi
kesempatan kepada orang yang kurang kemampuan dan kurang pengetahuan tentang
pelaburan untuk berkongsi pasaran dengan pelabur-pelabur besar dan professional lain
di pasaran saham. Ismail (1994) pula mentakrifkan pelaburan yang telah dilihat daripada
dua sudut, iaitu sosial dan ekonomi. Pelaburan daripada sudut sosial bermaksud sumber
kekayaan dengan merujuk kepada pertambahan pelaburan sebagai menunjukkan
kekayaa. Manakala daripada sudut ekonomi pula, pelaburan bermaksud penglihatan
dana pada masa sekarang bagi memperolehi pendapatan pada masa hadapan. Daripada
takrifan tersebut, konsep pelaburan yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada
penggunaan wang yang dimiliki oleh seseorang individu untuk membiayai aktiviti seperti
pembelian saham yang diharapkan memberi pulangan yang sewajarnya.
Secara umumnya, pelaburan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pembelian apa
juga aset sama ada aset benar atau aset kewangan yang menawarkan jangkaan
pendapatan atau keuntungan modal atau kedua-duanya sekali. Pelaburan juga
didefinasikan sebagai komitmen kewangan hari ini bagi satu temph masa bertujuan
mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
2

2. DEFINISI
2.1 DEFINISI PELABURAN OPSYEN
Kontrak opsyen adalah salah satu insrumen daripada kontrak derivatif. Derivatif
adalah instrumen kewangan yang nilainya adalah bergantung kepada nilai aset
pendasarnya seperti komoditi, saham, kadar faedah dan mata wang asing

Secara literal opsyen ialah pilihan, kebebasan atau hak untuk memilih. Webster
Dictionary mendefinisikan opsyen sebagai palaksanaan kuasa memilih, kuasa untuk
memilih atau hak membuat pilihan. Opsyen didefinisikan juga sebagai satu penentuan
hak untuk membeli atau menjual harta, sekuriti atau komoditi tertentu pada harga dan
dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Encyelopedia of Banking and Finance mendefinisikan opsyen sebagai hak untuk


membeli atau menjual sekuriti atau komoditi tertentu dalam bilangan, harga dan tempoh
tertentu. Stanley S. C. Huang dan Maury R. Randali menjelaskan bahawa opseyn adalah
merujuk kepada satu kontrak yang memberi hak kepada pemegang kontrak untuk
membeli atau menjual sejumlah saham tertentu pada harga yang telah ditetapkan dalam
tempoh masa tertentu. Manakala Kamus Kewangan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
menyatakan opsyen adalah hak untuk membeli atau menjual sekuriti, instrument
kewangan, komoditi atau matawang pada harga dan jangka masa tertentu.

2.1.1 JENIS-JENIS OPSYEN


Terdapat dua jenis opsyen, iaitu Opsyen Pangilan (Call Option) dan Opsyen Jualan
(Put Options). Opsyen panggilan adalah satu kontrak yang dibeli oleh seseorang pelabur
yang memberinya hak untuk membeli saham sesebuah syarikat pada suatu harga yang
telah ditetapkan (harga guna hak) dalam suatu tempoh jangka masa tertentu. Pelabur
dalam Opsyen Panggilan biasanya menjangkakan harga saham akan naik. Opsyen
Panggilan mempunyai risiko yang terhad dan potensi upward yang tidak mempunyai limit.

Opsyen Jualan pula adalah satu kontrak yang dibeli oleh seseorang pelabur yang
memberinya hak untuk menjual bagi saham sesebuah syarikat pada suatu harga yang
telah ditetapkan atau dalam suatu jangka masa tertentu. Opsyen Jualan boleh diibaratkan
seperti insurans kerana pemegangnya boleh menjual pada harga tertentu jika aset
pendasar dijangka turun.
3

Sebagai contoh, Encik Muhamad merasakan bahawa harga saham akan naik dalam
masa tiga bulan nanti. Katakan harga saham XYZ hari ini ialah RM10. Untuk mengambil
manfaat daripada jangkaan peningkatan harga saham tersebut Encik Muhamad membeli
opsyen panggilan saham XYZ bulan Julai berharga RM1.50 dengan harga laksana
RM13.00. Encik Muhamad akan membuat untung sekirannya harga saham meningkat
melebihi RM14.50. Walau bagaimanapun, sekirannya harga saham jatuh di bawah aras
RM13 maka beliau tidak akan melaksanakan opsyen dan akan mengalami kerugian
sebanyak RM1.50, iaitu 100% daripada jumlah pelaburannya.

2.1.2 CIRI OPSYEN


Pertama, hak dan tanggungjawab iaitu pemegang opsyen akan menerima hak,
bukannya tanggungawab. Jenis hak yang diterima bergantung kepada jenis kontrak
opsyen yang dimasuki. Pemegang opsyen boleh memilih sama ada untuk melaksanakan
hak tersebut ataupun tidak. Ciri opsyen yang kedua ialah premium opsyen iaitu harga
opsyen (kos opsyen). Premium dikenakan kepada pembeli untuk menarik atau
menggalakkan penulis opsyen menawarkan sesuatu opsyen. Pada umumnya, premium
ditetapkan berdasarkan risiko yang ditanggung. Semakin tinggi risiko semakin tinggi
premium opsyen.

Ciri yang ketiga ialah aset pendasar iaitu aset yang menjadi subjek dalam kontrak
opsyen. Misalnya opsyen panggilan saham IBM memberi hak kepada pemilik opsyen
untuk membeli saham IBM. Yang keempat ialah harga laksana (exercise/strike price) dan
harga pasaran atau juga disebut sebagai harga guna hak. Harga laksana ialah harga
untuk memperolehi aset pendasar. Harga ini ditetapkan semasa kontrak opsyen dibuat.
Harga pasaran ialah harga semasa bagi aset pendasar. Harga ini sentiasa berubah-ubah,
bergantung kepada keadaan pasaran. Ciri yang terakhir ialah tempoh guna hak
(expiration date or maturity) adalah tempoh atau tarikh terakhir untuk menggunakan hak
opsyen. Biasanya hak opsyen ditulis untuk tempoh 30, 60, 90, 180 hari atau satu
tahun.Pemegang opsyen boleh melaksanakan haknya pada bila-bila masa, sebelum atau
pada tarikh matang.
4

2.2 DEFINISI PELABURAN WARAN

Waran ialah satu opsyen yang biasanya ditawarkan oleh sesebuah institusi dan yang
mungkin kemudiannya disenaraikan dan diniagakan di sesebuah bursa.

2.2.1 JENIS-JENIS WARAN


Terdapat dua jenis waran iaitu waran panggilan dan waran jual. Waran panggilan
memberikan hak, tetapi bukan obligasi, untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatu aset
(seperti syer) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad. Waran jual pula
memberikan hak, tetapi bukan obligasi, untuk menjual sesuatu aset dengan harga
tertentu dalam tempoh masa terhad.

2.2.2 CIRI WARAN


Terdapat tiga ciri waran panggilan , pertamanya ialah aset pendasar. Waran panggilan
diterbitkan bagi set pendasar seperti syer sesebuah syarikat. Waran ini memberikan
pemegang waran hak tetapi bukan obligasi, untuk membeli daripada penerbit sebilangan
tertentu syer dalam syarikat pendasar dengan harga yang dipersetujui sebelum atau
pada suatu tarikh yang akan datang. Ciri yang kedua ialah harga guna hak iaitu harga
pada mana pemegang waran panggilan boleh memilih untuk menggunakan hak bagi
membeli syer pendasar. Harga guna hak ditetapkan pada masa waran itu dterbitkan.

Ciri yang terakhir ialah tempoh guna hak. Waran panggilan hanya boleh diguna hak
dalam satu tempoh terhad di mana pada akhir tempoh itu waran tersebut akan luput.
Tarikh peluputan waran itu juga dikenali sebagai ‘tarikh matang’
5

3. OPERASI
3.1 PENERBITAN

OPSYEN
Perkembangan terpenting dalam urusniaga opsyen adalah apabila sebuah sebuah
bursa opsyen, Chicago Board of Options Exchange (CBOE) ditubuhkan pada 26 April
1973. CBOE telah melakukan pelbagai inovasi sehingga industri opsyen di Amerika
berkembang dengan pesat melebihi jangkaan.

Semenjak penubuhan CBOE dan OCC, perdagangan opsyen menjadi lebih teratur
dan sistematik. OCC bertindak sebagai orang tengah di antara pembeli dan penjual
opsyen. Penjual opsyen tidak lagi perlu mencari pembeli opsyen, sebaliknya hanya perlu
berurusan dengan OCC dan begitu juga dengan pembeli opsyen. Semua urusan yang
berkaitan akan diuruskan oleh OCC.

WARAN
Waran diterbitkan oleh syarikat yang menerbitkan saham berkenaan. Penerbitan
waran bergantung kepada keperluan kewanagan sesuatu syarikat. Waran digunakan
untuk menambah pengeluaran saham syarikat. Pada 6 Disember 1994, Suruhanjaya
Sekuriti telah menyiarkan garis panduannya bagi terbitan waran panggilan (garis
panduan). Di bawah Garis Panduan itu, waran panggilan yang diterbitkan atau
ditawarkan di Malaysia hendaklah sekurang-kurangnya memenuhi syarat-syarat.

3.2 NIAGA

OPSYEN
Opsyen panggilan dalam kedudukan opsyen dapat wang (in-the money) iaitu
kedudukan yang menguntungkan apabila harga pasaran naik melebihi harga laksana.
Pelabur akan melaksanakan opsyen pada harga laksana dan menjual kembali saham
berkenaan pada harga pasaran. Semakin tinggi harga pasaran berbanding dengan harga
laksana, semakin banyak keuntungan (deeper in-the-money) diperolehi.
6

Akan tetapi, jika pelabur ini melaksanakan opsyen apabila harga pasaran naik ke
paras setakat cukup untuk menutupi premium, maka keuntungan adalah sifar. Pembeli
opsyen melaksanakan opsyen mungkin kerana beliau menjangkakan harga tidak akan
naik lagi.

WARAN

Sebarang penjualan atau pembelian waran panggilan yang disenaraikan di Bursa


Saham Kuala Lumpur hendaklah diselesaikn melalui sistem penyerahan dan
penyelesaian tetap (Fixed Delivery and Settlement System atau FDSS) yang
dikendalikan oleh SCANS dengan cara yang sama seperti penyelesaian urus niaga syer
pada masa sekarang
7

4. HARGA
4.1 HARGA OPSYEN.
Nilai opsyen atau premium opsyen ditentukan oleh pasaran berdasarkan faktor
permintaan dan penawaran. Pada dasarnya, permintaan yang tinggi terhadap opsyen
panggilan akan meningkatkan nilai premium manakala permintaan yang rendah terhadap
opsyen panggilan menyebabkan nilai opsyen jatuh. Namun, permintaan dan penawaran
terhadap opsyen bergantung kepada tanggapan terhadap instrument pendasar. Dengan
kata lain, premium opsyen panggilan mempunyai hubungan positif dengan harga asset
pendasar, manakala premium opsyen jual mempunyai hubungan negatif dengan harga
asset pendasar. Premium opsyen bertindak bagi menyeimbangkan di antara permintaan
dan penawaran. Nilai opsyen terdiri daripada dua elemen iaitu nilai intrinsik dan nilai
masa. Nilai intrinsik dapat digambarkan sebagai jumlah keuntungan yang boleh
diperolehi apabila opsyen dilaksanakaan dengan segera. Jika melaksanakan opsyen
tidak menguntungkan, maka ini bermakna nilai intrinsic bersamaan dengan sifar. Dengan
kata lain, nilai intrinsic menunjukkan sesuatu opsyen itu berada dalam kedudukan dapat
wang (in-the money). Nilai ini dikira berdasarkan perbezaan antara harga laksana dan
harga saham. Semakin tinggi harga pasaran berbanding dengan harga laksana, maka
semakin tinggilah nilai intrinsic opsyen tersebut dan semakin banyaklah keuntungan
(deep in the money).

Nilai masa adalah merujuk kepada nilai yang terhasil daripada kemungkinan opsyen
akan menguntungkan dalam tempoh masa sebulan matang. Ia merupakan perbezaan
antara premium dan nilai intrinsic sesuatu opsyen. Semakin lama tempoh sesuatu
opsyen, semakin tinggi nilai masa dan premium opsyen berkenaan. Walau
bagaimanapun nilai masa semakin berkurang apabila menghampiri tempoh matang
sehingga nilainya sifar pada tempoh matang opsyen. Oleh itu, premium opsyen tidak
boleh menjadi sifar walaupun dalam kedudukan out-of money selagi mana tempohnya
belum maatang. Opsyen sebegini memperolehi nilainya daripada nilai masa. Namun
pada tempoh matang , opsyen at or out-of money menjadi wasting asset kerana nilai
premiumnya mencecah sifar memandangkan ia kini tidak lagi mempunyai nilai masa.
Kesimpulannya, semua opsyen sebelum tempoh matang mempunyai nilai masa. Walau
bagaimanapun hanya opsyen in-the money mempunyai nilai intrinsic.
8

Antara contoh kesan tiga harga pasaran saham terhadap opsyen panggilan bagi
saham XY yang berharga RM2.50 dengan harga laksana RM9. Contoh pertama : Harga
saham XY RM10. Apabila harga saham XY RM10, maka nilai instrinsik opsyen panggilan
ini ialah RM1 (10-9) iaitu dalam kedudukan in-the money. Nilai masa pula ialah RM1.50
(2.50-1). Contoh kedua : Harga saham XY RM9 atau RM8. Apabila harga saham
bersamaan atau jatuh di bawah paras harga laksana opsyen ini tidak mempunyai nilai
instrinsik. Oleh itu ia tidak akan dilaksanakan.

4.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA DALAM URUSNIAGA


OPSYEN SEMASA.
Terdapat beberapa faktor tertentu yang mempengaruhi premium opsyen. Antara
kesan faktor-faktor ini terhadap premium opsyen adalah hubung kait dengan tingkat risiko
sesuatu opsyen. Semakin tinggi risiko sesuatu opsyen maka semakin tinggi premiumnya.
Faktor-faktor tersebut adalah harga pasaran, harga laksana, tempoh kematangan
opsyen, kemeruwapan saham dan kadar faedah.

Pertama sekali adalah harga pasaran. Bagi saham yang berharga tinggi, premium
opsyen akan menjadi lebih tinggi berbanding saham yang rendah kerana kerugian yang
harus ditanggung olehnya lebih besar berbanding saham yang rendah. Contohnya, jika
terdapat 30% kejatuhan harga bagi saham yang bernilai RM2, maka nilainya akan
berkurangan sebanyak RM0.60 (RM2 x 30%). Manakala kejatuhan sebanyak 30% bagi
saham yang bernilai RM10 ialah RM3 (RM10 x 30%). Kemudian, faktor yang seterusnya
adalah harga laksana. Kesan harga laksana terhadap premium opsyen hanya dapat
dilihat apabila dibuat perbandingan dengan harga pasaran. Ini disebabkan kerana harga
pasaran dan harga laksana menentukan kedudukan sesuatu opsyen. Jika harga saham
lebih rendah daripadaa harga laksana premiumnya semakin berkurangan kerana nilainya
juga semakin rendah. Sebaliknya apabila harga saham lebih tinggi daripada harga
laksana premiumnya adalah tinggi kerana opsyen panggilan berkenaan mempunyai nilai
yang tinggi. Faktor seterusnya adalah tempoh kematangan opsyen. Semakin panjang
tempoh masa sesuatu opsyen, semakin tinggi premium opsyen kerana tempoh masa
untuk kemungkinan memperolehi keuntungan adalah lebih lama. Bagi pembeli opsyen,
semakin lama tempoh opsyen, semakin besar kemungkinan harga saham melonjak naik
9

untuk memberi keuntungan kepada mereka. Dengan itu mereka sanggup membayar
premium yang tinggi kerana pulangannya adalah tinggi. Manakala bagi penjual opsyen,
semakin laama opsyen itu, semakin besar kemungkinan opsyen akan dilaksanakan dan
mereka akan kerugian. Dengan itu mereka meminta premium yang tinggi untuk
menampung kerugian yang bakal ditanggung.

Selain itu, antara faktor yang lain adalah kemeruwapan saham. Apabila volatiliti
saham pendasar itu lebih tinggi, maka lebih tinggilah pula nilai premium opsyen.
Kemeruwapan yang tinggi menggambarkan peluang yang tinggi kepada pemegang
opsyen mendapat keuntungan. Sebaliknya pula penulis opsyen mempunyai
kemungkinan kerugian yang besar. Akhir sekali untuk faktor-faktornya adalah kadar
faedah. Kadar faedah yang lebih tinggi memungkinkan premium yang lebih tinggi bagi
opsyen panggilan tetapi menurunkan premium opsyen jual. Pemegang opsyen panggilan
merupakan pembayar (apabila opsyen dilaksanakan) manakala pemegang opsyen jual
adalah penerima wang (apabila opsyen dilaksanakan). Kadar faedah yang tinggi
mengurangkan nilai kini aliran tunai masa depan. Bagi pemegang opsyen panggilan hal
ini akaan mengurangkan pembayaran pada masa depan dan menjadikan nilai opsyen
bertambah. Bagi pemegang opsyen jual pula, hal sedemikian mengurangkan penerimaan
wang pada masa depan. Keadaan ini mengurangkan nilai opsyen berkenaan.

4.2 HARGA WARAN

Oleh sebab waran panggilan disenaraikan dan disebut harga di Bursa Saham Kuala
Lumpur, maka proses dagangan dan fee pembrokeran yang dikenaakan adalah sama
dengan yang digunapakai bagi sekuriti ekuiti tersenarai yang lain. Waran panggilan boleh
dipindah milik dalam gandaan intergraf 1000 dengan menyerahkan borang pindah milik
untuk pendaftaran kepada pendaftar bersama-sama sijil waran dan membayar fee yang
dikenakan oleh pendaftar.

Jika seseorang pemegang waran menggunakan hak sesuatu waran semasa dagangan
syer-syer pendasar di bursa saham digantung dan penerbit tidak dapat menyerahkan
syer-syer itu sebagai penyelesaian, maka pemegang waran akan dianggap sebagai telah
menggunakan hak waran itu pada hari pasaran pertama selepas penggantungan itu
10

dibatalkan. Pengantungan dagangan bagi syer pendasar mungkin dilanjutkan melebihi


tarikh matang waran yang menyebabkan tempoh guna hak itu dilanjutkan sehingga
penggantungan itu berakhir. Sekiranya syer pendasar itu dikeluarkan daripada senarai
rasmi bursa saham penerbit boleh membuat pelarasan yang perlu kepada hak-hak yang
ada pada waran panggilan yang terlibat selepas berunding dengan sebuah bank
saudagar berlesen.

Antara contoh untung rugi berhubung sesuatu pelaburan dalam waran panggilan pada
tarikh matang di mana premium yang dibayar ialah RM3 dan harga guna hak ialah RM2.
Keuntungan hanya diperolehi jika harga syer melebihi RM15. Keuntungan ditakrifkan
sebagai [harga syer – (harga guna hak + premium). Jika harga syer adalah di antara
RM12 dengan RM15, maka apabila menggunakan hak pemengang waran akan
mendapat kerugian antara RM0 hingga RM3.

4.2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA DALAM URUSNIAGA


WARAN SEMASA.

Harga waran panggilan dikenali sebagai premium. Harga guna hak bagi sesuatu waran
adalah tetap (tertakluk kepada pelarasn, sebaliknya premium boleh berubah-ubah. Ini
mencerminkan nilai waran tersebut pada sesuatu masa. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi nilai premium sesuatu waran. Di antaranya adalah harga syer pendasar,
volatiliti, tempoh sehingga peluputan, dividen dan kadar fedah. Bagi faktor yang pertama
adalah harga syer pendasar. Harga pasaran bagi syer pendasar merupakan faktor paling
utama yang mempengaruhi premium sesuatu waran. Harga pasaran yang lebih tinggi
akan tercermin dengan premium yang lebih tinggi. Faktor seterusnya adalah volatility.
Volatility menyukat turun naik harga pasran saham pendasar untuk sesuatu tempoh
tertentu. Apabila volatility saham pendasar itu lebih tinggi, maka lebih tinggilah pula nilai
premium bagi waran panggilan kerana ia dapat memberikan peluang yang lebih baik bagi
waran dapat wang (in-the money).

Seterusnya faktor yang ketiga adalah tempoh sehingga peluputan. Semakin panjang
tempoh sebelum peluputan waran, maka lebih tinggi pula nilai premiumnya, kerana
11

terdapat masa yang lebih lama bagi harga syer untuk bergerak ke arah yang betul untuk
meletakkan waran itu dalam keadaan dapat wang. Selain itu, faktor seterusnya adalah
dividen. Dividen tunai biasanya merendahkan harga syer pada tarikh selepas dividen.
Hal ini akan menyebabkan premium bagi waran panggilan menjadi kurang bernilai.
Akhirnya faktor seterusnya ialah kadar faedah. Kadar faedah yang lebih tinggi
memungkinkan premium yang lebih tinggi bagi waran panggilan.

5. KELEBIHAN/KEKURANGAN PELABURAN OPSYEN DAN


WARAN

5.1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN OPSYEN


Antara kelebihan opsyen adalah opsyen merupakan kontrak yang fleksibel kerana
menyediakan satu mekanisme untuk melindungi keadaan yang tidak boleh dilindungi oleh
kontrak hadapan mahupun kontrak niaga hadapan. Menerusi opsyen, peserta pasaran
dapat mengambil faedah daripada apa sahaja keadaan pasaran memandangkan pembeli
tidak terikat dengan obligasi untuk melaksanakan kontrak, sebaliknya obligasi tersebut
hanya di pihak penjual.

5.2 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN WARAN


Terdapat beberapa kelebihan waran yang dapat kita perolehi. Pertamanya adalah
pemilik waran memiliki hak untuk membeli saham baru perusahaan dengan harga yang
lebih rendah daripada harga saham tersebut.di pasar sekunder. Caranya adalah dengan
menukarkan waran yang dimilikinya ketika harga saham perusahaan tersebut melebihi
harga pelaksanaan. Contohnya, jika seorang investor membeli waran pada harga RM20
dengan harga pelaksanaan RM15 dan pada tanggal pelaksanaan harga saham
perusahaan meningkat menjadi RM18 per saham, maka ia akan membeli saham
perusahaan tersebut dengan harga hanya RM25 (RM15 + RM20). Jika ia terus membeli
saham perusahaan tersebut di Pasar Sekunder, ia harus mengeluarkan RM18 per
saham. Keduanya adalah apabila waran diperdagangkan di bursa, maka pemilik waran
12

mempunyai kesempatan untuk memperoleh keuntungan (capital gain), iaitu apabila


harga jual waran tersebut lebih besar daripada harga beli.

Kekurangan peburan waran yang pertama ialah risiko pasaran. Nilai pasaran waran
adalah bergantung kepada situasi yang mempengaruhi permintaan dan penawarannya.
Sekiranya harga daham pendasar jatuh di nawah harga laksana pada tarikh matang
waran, pemegang waran akan mengalami kerugian dalam peburan mereka. Yang kedua
adalah risiko kredit iaitu risiko yang mana penerbit waran tidak mampu memenuhi
tanggungjawab (iaitu untuk mengakses penarafan kredit waran atau jaminan prestasi
syarikat induknya) ketika pelaksanaan waran. Kekurangan yang terakhir adalah jangka
hayat terhad waran. Waran mempunyai tarikh luput pada setiap masa, nilai masa waran
kekurangan. Ktakan semua yang lain adalah sama, lebih banyak masa yang tinggal
sebelum tarikh luput, lebih besar peluang waran menjadi lebih beruntung melalui
pergerakan yang baik pada masa hadapan. Apabila waran hampir luput, ia tidak
mempunyai nilai masa.
13

6. LAMPIRAN

 Nadhirah Nordin,Kontrak Opsyen Islam : Inovasi Dalam Urus Niaga Mata Wang,
Department of Syariah and Economics, Academy of Islamic Studies, Universiti
Malaya (University of Malaya), 50603, Kuala Lumpur, Malaysia.
 Mohd. Fairuz Md. Salleh (2002), Strategi Pelaburan, Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd, No 1 & 3, Jalan 3/91A Taman Shamelin Perkasa, Cheras
56100, Kuala Lumpur
 Zaimah Ramli (2010), Ketersampaian Masyarakat Tani kepada Pelaburan
Saham Amanah.
 Michael D.Joehnk,CFA ( 2005) , Fundamentals Of Investing, Boston
 Shahrul Hilmi Othman(2011), Pasaran Kewangan Perbandingan, Kolej Universiti
Islam Melaka
 Bursa Malaysia, http://www.bursamalaysia.com/market/
 Suruhanjaya Sekuriti, http://www.sc.com.my/wp-
content/uploads/eng/html/resources/inhouse/cwarrantbm.pdf
14
15
16
17
18

You might also like