You are on page 1of 4

BBAP4103 Analisis Pelaburan

Chapter 1 : Pasaran Pelaburan 1.1 Definisi Pelaburan Pelaburan ialah sumber semasa khususnya wang yang diharapkan akan meningkatk pada masa akan datang peningkatan nilai pada masa akan datang Menangguhkan penggunaan semasa wang dan hanya akan dapat digunakan selepas sesuatu tempoh Contoh : Abu bercadang untuk menggunakan RM50,000 yang dimiliki untuk membeli kereta baru atau membeli saham. Sekiranya Abu memilih untuk melabur wangnya dengan mendapatkan sejumlah saham, maka Abu harus menangguhkan niatnya untuk membeli kereta baru. Jenis Pelaburan Terdapat dua jenis pelaburan iaitu pelaburan dalam Real Asset (Real Insutrumen) atau Financial Instrumen Real Instrumen : Pelaburan yang dilakukan dalam mendapatkan aset nampat seperti bangunan, kereta dll Financial Instrumen : Pelaburan dalam mendapatkan instrumen kewangan seperti saham, bon, bil perbendaharaan dll bertujuan untuk mendapatkan pulangan (return) sama ada dalam bentuk dividen, peningkatan nilai wang dll Jenis Pelaburan Kewangan a) Instrumen Hutang (Debt Instrumen) Bond adalah salah satu instrumern hutang yang paling popular. Bond : Pelabur membayar sejumlah wang tertentu, pada kadar faedah/kupon tertentu, dan mempunyai tenpoh matang tertentu serta mempunyai nilai muka (par value) Pulangan Bond : Dalam bentuk kadar kupon (coupon rate) yang ditentukan oleh tempoh matang instrumen Tempoh Matang : Pelabur tidak boleh menjual bond bagi mendapatkan semula wang mereka (principal & coupon rate) selagi bond tersebut belum matang. Sekiranya pelabur menjual bond tersebut sebelum tempoh matang, maka pelabur tidak akan mendapat pulangan (coupon rate) Harga Bond : Sesetengah instrumen hutang dijual pada harga yang lebih rendah daripada nilai mukanya atau dijual pada harga diskaun. Contohnya, Bond Cagamas yang mempunyai nilai muka RM1,000 dijual dengan harga RM950 dengan tempoh matang selama 3 tahun. Selepas 3 tahun, pelabur boleh menebus bond tersebut dengan nilai RM1,000 dan akan memperoleh untung sebanyak RM50 (RM1,000 RM950) Bond memberikan pulangan yang stabil kepada pelabur

1.2

1.3

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP4103 Analisis Pelaburan

Contoh bond : Bond Kerajaan (T-Bill) dan Sijil Deposit b) Instrumen Ekuiti (Equity Instrumen) Pelaburan dalam bentuk ekuiti bermakna bahawa pelabur mempunyai pegangan saham dalam sesebuah syarikat Pulangan : Tidak tetap yang bergantung pada keuntungan sesebuah syarikat yang akan mengishtiharkan %dividen yang akan diberi kepada pemegang saham. Kalau syarikat rugi, berkemungkinan tidak ada dividen Nilai/harga ekuiti sentiasa turun naik. Lebih berisiko daripada Bond c) Instrumen Derivatif (Derivative Instrumen) Adalah instrumen yang digunakan untuk memindahkan risiko kepada pihak ketiga. Contohnya seperti Future Contract, Forward Contract, Hedging dan Option d) Hybrid Security Instrumen yang mempunyai kedua-dua ciri instrumen ekuiti dan instrumen bond. Loan Stock iaitu salah satu instrumen hutang yang boleh ditukar kepada instrumen ekuiti (saham) dalam sesuatu tempoh. Pulangan : Dalam bentuk kadar faedah atau kadar kupon Contoh Instrumen : Irredeemable Convertible Unsecured Loan Stock (ICULS) 1.4 Pasaran Kewangan Ialah tempat urus niaga pertukaran instrumen kewangan sama ada membeli atau menjual instrumen kewangan seperti Bursa Malaysia, New York Stock Exchange Membolehkan pelabur mendagangkan instrumen kewangan mereka sama ada instrumen hutang atau instrumen ekuiti Tiga cara untuk mengenal pasti pasaran kewangan o Jenis instrumen kewangan sama ada untuk instrumen hutang (fixed dollar amount) atau untuk instrumen ekuiti (residual dollar amount) o Pasaran juga boleh ditentukan berdasarkan di mana dan bila sesuatu instumen diperolehi o Berdasarkan tempoh matang sekuriti Jenis2 Pasaran a) Pasaran Hutang Vs Pasaran Ekuiti o Instrumen hutang seperti bond akan dipasarkan dalam Pasaran Hutang dan instrumen ekuiti akan dipasarkan dalam Pasaran Saham/Ekuiti.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP4103 Analisis Pelaburan

o Di Malaysia, kedua-dua pasaran dilakukan di Bursa Malaysia Mempunyai papan utama, papan kedua dan MESDEQ b) Pasaran Utama Vs Pasaran Kedua o Pasaran Utama : Memasarkan instrumen yang baru diterbitkan. Katakan sesebuah firma ingin mendapatkan modal daripada orang awam dengan menerbitkan sekuriti/instrumen baru (seperti saham). Penerbitan instrumen baru ini akan dipasarkan di Pasaran Utama o Pasaran Kedua : Urus niaga instrumen khususnya saham di antara pelabur. Akan dilakukan dalam pasaran IPO (Initial Public Offering). Dalam pasaran kedua, pelabur yang ingin mendapatkan saham akan pergi ke Firma Broker (FB). FB akan mengenakan kos transaksi c) Pasaran Wang Vs Pasaran Modal o Pasaran Wang : Urus niaga instrumen jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang dari setahun instrumen lebih cair. Contohnya seperti Bil Perbendaharaan, Sijil Deposit dan Nota Bank Negara o Pasaran Modal : Urus niaga instrumen jangka panjang yang mempunyai tempoh matang lebih dari setahun 1.5 Pemain Pasaran a) Firma Adalah peminjan yang akan menerbitkan instrumen sama ada bond atau saham untuk mendpatkan sumber kewangan. Dana yang diperolehi kemudiannya akan dilaburkan bagi mendapatkan keuntungan / pulangan b) Isi Rumah Meneydiakan dana dengan membeli instrumen yang diterbitkan oleh firma atau kerajaan c) Kerajaan Boleh menjadi Peminjam dan Pemberi Pinjam. Kerajaan akan meminjam apabila berlaku defisit dalam KDNK negara dengan menerbitkan instrumen seperti Bil Perbendaharaan. Menjadi pemberi pinjam sekiranya berlaku lebihan dalam KDNK negara dengan membeli instrumen yang diterbitkan oleh firma swasta. Jenis Maklumat Maklumat diperlukan untuk pelabur membuat keputusan pelabruan. Terdapat dua jenis maklumat iaitu:o Maklumat Analitikal : Berkenaan dengan ramalan keadaan ekonomi, kesan sesautu projek kepada saham firma dll o Maklumat Deskriptif : Terdiri daripada maklumat lepas dan maklumat semasa

1.6

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

BBAP4103 Analisis Pelaburan

1.7

Broad Market Measures Petanda sesebuah pasaran diperlukan sebelum pelabur memasuki pasaran tersebut. Sesuatu pasaran bleh diukur dengan menggunakan dua kaedah berikut:o Indeks : Mengukur pencapaian semasa sesuatu saham dengan menilai harga semasa saham tersebut dan membandingkannya dengan nilai asas saham tersebut. o Average : Mengambil harga purata bagi beberapa saham yang dipilih. Maklumat Harga Maklumat harga yang terdapat pada Bursa Malaysia dilaporkan mengikut sektor (mempunyai kod saham dan nama saham) Melaporkan 3 jenis harga iaitu harga tertinggi, harga terendah dan harga penutup (harga terakhir dagangan pada hari sebelumnya). Laporan juga mengandungi perubahan harga dagangan pada hari tersebut Div Yielf pada laporan tersebut bermaksud Dividend Yield (Perolehan Dividen) Seksyen Loan dan Debentur : Mengandungi maklumat loan dan debentur yang belu didagangkan, harga tertinggi, harga terendah, harga penutup, tempoh matang dan tarikh terbitan. Sekiranya harga penutup berada di bawah Nilai Muka (Par Value), ia dikenali sebagai Diskaun Bond. Seksyen Unit Amanah : Mengandungi maklumat tentang belian, jualan nilai aset bersih (Net Asset Value, NAV), harga permulaan dan bayaran tahunan. Harga yang dinyakan dalam ruangan Buy adalah harga unit amanah yang akan diperolehi semula daripada pemegang. Harga pada ruangan Sell ialah harga yang akan dijual kepada pembeli. Harga Sell > Buy

1.8

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

You might also like