You are on page 1of 16

29 JUNE 2007

Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru

Berita Harian

Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung


pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei
tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes
diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan.

Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan
seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah
Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan
ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian
(enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu
peratus).

Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes),
turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10
kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun
pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir
Kasran (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit
pelbagai kesalahan dan jenis tindakan.
Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata,
menerusi Bahagian Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan,
pihaknya mengguna pakai Program 3P (Perkembangan, Pencegahan dan
Pemulihan) bagi memastikan tahap profesionalisme guru.

"Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada


cawangan itu untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat
penyesuaian diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi,"
katanya.

Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai
guru dari Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman,
terutama di Sabah dan Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut
arahan dianggap sebagai ingkar perintah.

"Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar
perintah kerana membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum
semua kakitangan, termasuk guru adalah penjawat awam yang perlu menurut
perintah dan berkhidmat untuk negara," katanya.

Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata,


kementerian berkuasa menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk
mengajar.

"Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang
lebih, ini mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu
kementerian membuat pertimbangan semula berhubung penempatan mereka
sebelum ini.

"Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu


keperluan guru. Jika guru mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan
dalam keluarga dan membuat rayuan, kita sedia pertimbangkan," katanya.

P OS TED BY C IVIL SERVAN T AT 3 :06 PM


Kes berkaitan ‘cikgu ganas’ dilaporkan akhbar sepanjang 2007

26 April 2007:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat
lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan
ganja.

Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu


Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu,
yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif
dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang
pengawal keselamatan.

26 April 2007:

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya,


seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat
Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin.

Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul
kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek.

7 April 2007:

SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah


Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana
bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.

Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di
sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur
menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.

Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40


murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

6 April 2007:

PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang
mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu
bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini.

Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah
Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul
guru terbabit, petang kelmarin.

Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas


aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka
beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.
6 Mac 2007:

BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari
pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan
buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.

Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains
berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini.

26 Februari 2007:

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang


Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas
didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita,
semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu
kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita
berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa
Inggeris.

Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul


guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa
dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

14 Januari 2007:

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40


kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya
hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.

Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu


bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak
membawa buku latihan.

10 Januari 2007:

GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin


sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya
kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai
tidak bertamadun dan mengaibkan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya
merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih
dulu.
"

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)


mahu guru muda tidak terlalu beremosi ketika mengendalikan masalah disiplin
membabitkan pelajar hingga cenderung menjatuhkan hukuman di luar jangkaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata guru berkenaan perlu profesional
apabila menghadapi tekanan membabitkan disiplin pelajar supaya tindakan yang
diambil tidak akan menjejaskan profesionalisme perguruan secara keseluruhan.

“Tidak dinafikan guru muda sekarang ada yang tidak sabar dan mahukan
sesuatu perkara dengan cepat hingga kadang-kadang murid susah nak ikut.

“Kita juga perlu faham kerana kadangkala keadaan persekitaran sekolah boleh
mendorong mereka bertindak seperti itu... sesuatu yang tidak dijangka (jatuhkan
hukuman),” katanya dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan guru warden wanita Sekolah Menengah


Kebangsaan Bawang Assan, Sibu, Wee Yim Pien, 27, merendam 200 pelajar
perempuan dalam kolam hampir sejam berikutan seorang daripada mereka
enggan mengakui kesalahan membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas.
Bagaimanapun, guru terbabit dibenarkan kembali bertugas kelmarin dan terlepas
daripada dikenakan tindakan disiplin selepas memohon maaf kepada ibu bapa
pelajar berkenaan, selain 60 pelajar yang menghantar petisyen memaafkannya.
Tindakan guru berkenaan mendapat liputan meluas apabila Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Jimmy Kiu mendedahkan gambar
kejadian kepada media.
Walaupun kebelakangan ini tindakan guru menjatuhkan hukuman luar jangkaan
mendapat reaksi pelbagai pihak, Lok tetap mempertahankan guru secara
keseluruhan kerana yang terbabit hanya segelintir.
Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, Lok berkata, guru muda perlu bijak
menangani masalah membabitkan pelajar supaya golongan itu tidak menjadi
sasaran kecaman.

RUJUKAN

http://www.teo-education.com/teophotos/albums/userpics/131_Dasar_dan
%20Pelaksanaan_Sistem%20Pendidikan%20Kebangsaan.pdf

http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E%5B5%5D.pdf

TUGASAN
3

1(a) huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya
(profesion)sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam
masyarakat seperti guaman,akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan,
perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuahkerjaya keguruan, ia tertakluk
kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dansebagainya yang
bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan,
terpujidan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan,
2002)Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen
menjalankan tugassebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga
tahun 2008, sebanyak 41 keskeruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan
(Utusan Malaysia, 18 September 2008)termasuklah perbuatan sumbang mahram
dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru
memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, gurumenyebarkan
ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum
sertamenguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah
laku guru-guru bolehmengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat
pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod
etika perguruan di Malaysia yangmenyatakan guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya gurukepada pelajar, ibu bapa
pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.Dewasa ini, banyak
perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlakudi sekeliling
kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang
kitalihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan
profesional. Antara

bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan,


perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan
profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993),
konsep profesional merujuk kepada ciri ± ciri yang terdapat dalam
kalangan ahli suatu profesion. Antaraciri-ciri yang telah dinyatakan
adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal
tingkah laku ahli.Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini
bermakna guru adalah seorang yangmendapat latihan yang khusus,
berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi
sertaada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang
dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah
kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod
etikakeguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila
semakin banyak isu mengenai salahlaku guru tersiar di internet dan
dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugatmartabat
profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu,
esei ini akanmembincangkan mengenai dua isu salah laku guru
yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa
dan penyalahgunaan wang.Isu pertama adalah berkenaan
penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu
sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga
1.15, iaitu lebih kurang enam jamtidak termasuk aktiviti
kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid ±
muriddan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini
timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru disekolah.
Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media
massa kerana ianya lebihmenjurus kepada hal ehwal dalaman
sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendungisu ini
daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di
sekolah adalah guru tidak

menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran


dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan olehkementerian, guru
tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan
masa disekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan
dengan pendidikan misalnya melayarifacebook, ber¶chatting¶,
bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di
malamhari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam)
hingga menjejaskan produktivitinyadalam menyampaikan P&P di
siang hari dan banyak lagi.Merujuk kepada permasalahan yang
dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapamasalah ini boleh
berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam
konteks ini iaituguru mempunyai sikap yang tidak seperti
mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurangkomitmen
dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang
lemah. Apabila sikapini wujud, maka individu tersebut mengambil
ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakantiada lagi rasa
tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak
bangsa dan apayang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal
diterima pada setiap bulan.Punca seterusnya adalah daripada pihak
pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dankurangnya pemantauan
yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan
ini.Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah,
maka guru-guru menjadi lebih beraniuntuk masa kerana
mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan
mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan
kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada
guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang
bolehdilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi
kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan
memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin

dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari


akan kesan yang akanmenimpa jika permasalahn ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir,rakan
sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi
memastikan permasalahanini tidak terus menular dan menjadi
semakin teruk.Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat
pemantauan dari semasa ke semasaterhadap prestasi kerja guru-
guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara
berterusan,maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di
sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu
berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat
kepadaguru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu,
maka bolehlah merujuk guru tersebutkepada kaunselor. Akhirnya,
pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas
denganmemberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat jika masalahyang dilakukan adalah serius
dan berulang. Dengan cara ini, guru ± guru akan sedar
akankesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan
sejawat juga perlu memainkan peranandalam maenangani masalah
ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya
guruyang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah
dirinya.Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan
peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara
cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasamuhasabah
diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala
kekuatan dankelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga
akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik.
Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang
mampumenjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk
mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai

seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti
supaya tugas dapatdilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada
pembaziran masa.Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan
wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai
penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media
massa.Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak
berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang
mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh
lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti
memaksa murid membeli bukuaktiviti tambahan untuk dapatkan
komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpamengikut
tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang
mengandungi butiranyang palsu, guru mengutip yuran khas
daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah
dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan
diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang
dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapasebab kenapa
masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang
menguruskanwang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam
penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikaptamak dan ingin
hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian
menguasaidiri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak
menggelapkan wang yang telah diamanahkankepadanya. Ini berkait
rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri.
Guruyang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran
dalam hidup dan lemah imannyauntuk menepis godaan syaitan.
Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan
prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut
secara sambil lewa menguruskan wangyang dikutip dan
diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam
menghayatikod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas
tatacara pengurusan kejayanya
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak
pentadbir.Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan
kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran
terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya
pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-
guru menjadi lebih berani untuk menggelapkanwang kerana mereka
tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak
kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur
pengurusan perbelanjaan di sekolahyang menyebabkan guru-guru
mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-
butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika
dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang
lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini,
makalangkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama,
pihak pentadbir perlumempertingkatkan lagi sistem pemantauan
(monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan
dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku
Resit bagimengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan
penyalahgunaan wang sekolah.Seterusnya guru besar hendaklah
mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan
yangdibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan
lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan
pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapiterhadap
guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami
undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan
arahan - arahan yang diedarkan dari masa kesemasa supaya dapat
melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru
besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar
dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di
sekolah.Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam
membendung masalah ini dengancara memberi nasihat kepada
rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan

yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang


kesalahan yang telahdilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat
dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung
kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam
penyalahgunaanwang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup
mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih
kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat
agar dapatterus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas
dan tekad menolak rasuah dengantegas.Secara kesimpulannya,
guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada
kodetika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika
keguruan seperti isu penyalahgunaanmasa dan penyalahgunaan
wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana
ianyamembawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masadepan anak bangsa.Jelasnya,
guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain ituterdapat kes di
mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan
negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang
sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaranyang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan
Malaysia, 18September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion
Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam
menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui
kodetika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin
martabat profesion perguruandipandang mulia. Etika yang
dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
berlandaskanµTatasusila Profesion Perguruan¶. Etika inilah yang
menjadi landasan yang perlu diikuti dandihayati oleh para guru di
Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan

memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan


oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru
yang beretika bergantung kepada sejauh mana gurukomited
dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.Persoalannya sekarang adakah para guru tahu
dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah
merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang
dipersetujui untuk dipatuhioleh guru sekiranya terlibat dalam
profesion perguruan.Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan
profesion guru ialah masalah pencabulan danrogol terhadap murid
di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang
melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah
dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata
masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar
mengenaiisu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk
melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guruini kerana mereka
telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan
jenayah yangtelah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah
dipandang serius oleh setiap lapisanmasyarakat supaya profesion
perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama
baik.Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada
guru itu sendiri dimana guru-gurutidak menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan
sebagaiseorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah
seperti ini kurangnya pendedahanagama yang kuat serta tidak
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik
mereka.Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya
itu adalah sekadar unutk mengajar didalam kelas. Guru merupakan
satu profesion mendidik dan membentuk modal insan
yangcemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di
masa hadapan. Profesion guru bukanuntuk disalah guna dengan
menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah
danmenyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan
adalah merangkumi semua

aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah


kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta
kehancuran kepada anak didik mereka.KUALA LUMPUR: Perlakuan
guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukupmemalukan dan
mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung
KesatuanPerkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim
Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana
guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.³Kejadian ini
amatmemalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan,
oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke
muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa
yangdilakukannya terhadap mangsa,´ katanya. Semalam, Harian
Metro melaporkan mengenaitindakan seorang guru tuisyen yang
mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaanakan
menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai
tubuhnya.Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu
pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini
merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion
perguruandi mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh
dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan
jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang
dilakukanoeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan
dipandang serius. Semua golongantermasuk ibu bapa, masyarakat,
kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab
dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus
berleluasa dimasa akan datang dan dikalangan guru-guru di
Malaysia.

1(b) huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.


Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku,
pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek
tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang
mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas,
sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterimaoleh norma dan nilai
masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra denganorang
lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang
dikatakanmempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada
masalah disiplin, tingkah lakudevian, penyalahgunaan dadah dan memegang
nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengannorma
masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting
terutamanya dalamkonteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut
Abdul Jalil (1998), pembangunansahsiah yang sempurna sebagaimana yang
dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budayadalam masyarakat dengan
pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dannegara.
Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan
aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah
PendidikanKebangsaan.Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa
maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula
ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang
sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga
menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya
denganindividu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah
merujuk kepada

sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang
tersendiri dancara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.
Namun, Abdul Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan
antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuanmanusia.Sahsiah atau
personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumicara
seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam
sekitarnya (Ee AhMeng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada
pembentukan psikologi seseorang individusecara keseluruhan. Ini merangkumi
perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,cita-cita dan nilai-
nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah
organisasidinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan
tingkah laku danfikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati,
dikenalpasti dan diperihalkan (Asmahdan Herman, 1995). Pembangunan
sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusiaitu sendiri sama ada
perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahanyang
positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang
murni.Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi
dan tingkah laku denganmatlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,
intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006). Maka, fokus
pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan samaada
dalaman atau luaran.Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan
pencabulan yang seringdiperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa
sekarang memberikan kesan atau impak yang besar serta menyeluruh dalam
segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesanadalah aspek
profesion perguruan itu sendiri, dimana guru merupakan individu yang
dianggapmulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan
oleh guru, maka profesion

perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan
ragu untuk menghantara nak mereka di persekolahan. Selain itu juga,
masyarakat juga akan memandangserong serta mencurigai apa yang dilakukan
oleh guru terhadap anak-anak murid di persekolahan. Keraguan dan perasaan
tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan inimenyebabkan timbulnya isu
profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien danmenitik beratkan
maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Isu iniakan
mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu
profesion yangmulia.Apabila kita menyebut guru, kepercayaan dan kemuliaan
seorang guru itu terpancar jelasdaripada raut wajag seorang guru, tetapi pada
masa sekarang, guru tidak lagi dianggapsedemikian kerana isu rogol dan
pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masasekarang. Oleh
hal yang demikian, ia memberikan kesan kepada Kementerian
PelajaranMalaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi
mempunyai kriteria yang baik dan jiwa sebagai seorang pendidik. Kementerian
Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat sertaorang awam akan
menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien
dalammenghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Wujud persoalan di
kalangan orang awamyang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka
bertanyakan bahawa adakahKementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan
penjenayah atau melahirkan para pendidik yang berwibawa?. Persoalan seperti
ini akan memberikan impak yang besar kepada KementerianPelajaran Malaysia
sendiri. Oleh hal yang demikian, nama baik serta integriti KementerianPelajaran
Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam
hebatorang masyarakat.

Selain daripada itu, kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah
inimerupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku,
keperibadianseorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru
haruslah sentiasa positif danmenjurus kepada pembangunan dan kejayaan
modal insan murid-murid bukannya kepada satusikap yang negatif. Isu tersebut
akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain dimana
keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan
akan terusdianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan
mengakibatkan pembangunan sahsiahguru tidak akan meningkat dan
berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan
serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru
yangdilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda
masyarakat, perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia
lagi di masa akan datang. Ini akamenjejaskan kejayaan dan pembangunan
dalam bidang pendidikan di negara lita. Oleh hal yangdemikian, isu pencabulan
dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya profesion
perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu.
Gurudiibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak
didiknya, bukanmenjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran
dan kemusnahan kepada anak didik mereka

RUJUKAN
Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan
pelaksanaannya di IPT diMalaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar
Pengurusan Asrama PeringkatKebangsaan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995).
Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan
. Petaling Jaya: Longman.Cloninger, S. (2008). Theories of personality:
Understanding persons (5th Ed.). New Jersey:Pearson Education Inc.Ee Ah
Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Schultz, D &
Schultz, S.E. (2009 ).
T
heories of personality
. (9th ed.). Australia: WadsworthCengage Learning.Siti Fatimah Abdul Rahman
(1993).
Asas-asas masyarakat cemerlang
. Kuala Lumpur: InstitutKefahaman Islam Malaysia.Simanowitz, V. & Pearce, P.
(2003).
Personality development
:
Core concepts in therapy
. GreatBritain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

http://www.scribd.com/doc/62061109/Etika-dalam-profesion-Guru
http://www.utem.edu.my/praktis_utem/doc/tatatertib.pdf

http://www.google.com.my/#hl=en&gs_nf=1&pq=statistik%20pelanggaran
%20peraturan
%20perguruan&cp=0&gs_id=2h&xhr=t&q=pelanggaran+peraturan+perg
uruan&pf=p&s

You might also like