You are on page 1of 10

4.

4 Pengujian Hipotesis

Dalam menganalisis data yang diperolehi dengan menggunakan Alat Ukuran MAS,

ujian-t telah digunakan. Keputusan dapatan kajian adalah menguji hipotesis yang

telah dikemukakan mengikut urutan. Ujian-t digunakan bagi mengukuhkan lagi

kebarangkalian nilai p yang diukur di mana nilai p yang kecil paras signifikannya

akan menolak hipotesis nol. Paras signifikan 0.05 atau 5% menunjukkan pengkaji

mempunyai paras keyakinan 0.95 atau 95% semasa membuat keputusan menerima

hipotesis nol yang benar. Paras signifikan juga menunjukkan kawasan penolakan

sesuatu hipotesis nol dan menerima alternatif. Manakala, jika nilai p kurang daripada

0.05, maka pengkaji menolak hipotesis nol dan menerima alternatif. Manakala, jika

nilai p yang diperoleh melebihi nilai 0.05, maka pengkaji tidak akan menolak

hipotesis nol. Sebaliknya menerima hipotesis tersebut. Oleh itu, bagi mencapai

objektif kajian ini, empat hipotesis kajian akan diuji dan mengikut pembolehubah

motivasi pencapaian seperti berikut :


107

Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan pos

ujian motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan rawatan.

Hipotesis 3: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan

pos-ujian motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan kawalan.

Hipotesis 4: Terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pos-ujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

4.4.1 Perbezaan Dalam Bacaan Min Pra-Ujian Motivasi Pencapaian

Antara Kumpulan Rawatan Dengan Kumpulan Kawalan

Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.


108

Jadual 4.4 : Ujian-t melihat perbezaan pembolehubah kajian dalam ukuran pra
ujian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan

Pembolehubah Kumpulan Min Sisihan DK Nilai t Nilai p

Piawai (N-2)

R 113.13 23.19

Motivasi 14 .612 .735

Pencapaian K 116.75 18.47

Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05

Berdasarkan jadual 4.4 di atas, min motivasi pencapaian pra-ujian bagi kumpulan

rawatan adalah 113.13, manakala min motivasi pencapaian bagi kumpulan kawalan

adalah 116.75, dan perbezaan min bagi kedua-duanya ialah 3.62 poin. Suatu ujian-t

dikatakan signifikan apabila nilai kebarangkalian p adalah kurang daripada nilai aras

alpha (α). Keputusan ujian menunjukkan nilai kebarangkalian p adalah .735 dan nilai

aras signifikan alpha (α) ialah 0.05. Jadi nilai kebarangkalian p didapati lebih tinggi

daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu .735>.05. Maka, keputusan kajian

mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, hipotesis

pertama iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian

motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah

diterima. Secara statistiknya juga, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan
109

min pra-ujian motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan

kawalan.

4.4.2 Perbezaan Dalam Bacaan Min Pra-Ujian Dengan Pos-Ujian Motivasi

Pencapaian Dalam Kalangan Kumpulan Rawatan.

Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan posujian

motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan rawatan.

Jadual 4.5 : Ujian-t melihat perbezaan pembolehubah kajian dalam ukuran pra-
ujian dan pos-ujian kumpulan rawatan

Pembolehubah Jenis Ujian Min Sisihan Piawai DK Nilai t Nilai p

(N-1)

Pra 113.13 23.19

Motivasi 7 .001 .000

Pencapaian Pos 173.50 19.99

Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05

Berdasarkan jadual 4.5 di atas, min motivasi pencapaian pra-ujian bagi kumpulan

rawatan adalah 113.13, manakala min motivasi pencapaian pos-ujian bagi kumpulan

rawatan adalah 173.50, dan perbezaan min bagi kedua-duanya ialah 60.37 poin. Suatu
110

ujian-t dikatakan signifikan apabila nilai kebarangkalian p adalah kurang daripada

nilai aras alpha (α). Keputusan ujian menunjukkan nilai kebarangkalian p adalah .000

dan nilai aras signifikan alpha (α) ialah 0.05. Jadi nilai kebarangkalian p didapati

lebih rendah daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu .000<.05. Maka, keputusan

kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan

pos-ujian motivasi pencapaian dalam kumpulan rawatan. Oleh itu, hipotesis kedua

iaitu terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan pos ujian

motivasi pencapaian dalam kumpulan rawatan adalah diterima. Secara statistiknya,

bacaan min pra-ujian dengan bacaan min pos ujian motivasi pencapaian dalam

kumpulan rawatan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 60.37 poin.

4.4.3 Perbezaan Dalam Bacaan Min Pra-Ujian Dengan Pos-Ujian Motivasi

Pencapaian Dalam Kalangan Kumpulan Kawalan.

Hipotesis 3 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian dengan pos-

ujian motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan kawalan.


111

Jadual 4.6 : Ujian-t melihat perbezaan pembolehubah kajian dalam ukuran pra-
ujian dan pos-ujian kumpulan kawalan

Pembolehubah Jenis Ujian Min Sisihan DK Nilai t Nilai p

Piawai (N-1)

Motivasi Pra 116.75 18.47

Pencapaian 7 .000 .059

Pos 123.00 11.93

Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05

Berdasarkan jadual 4.6 di atas, min motivasi pencapaian pra-ujian bagi kumpulan

kawalan adalah 116.75, manakala motivasi pencapaian pos-ujian bagi kumpulan

kawalan adalah 123.00, dan perbezaan min bagi kedua-duanya ialah 6.25 poin. Suatu

ujian-t dikatakan signifikan apabila nilai kebarangkalian p adalah kurang daripada

nilai aras alpha (α). Keputusan ujian menunjukkan nilai kebarangkalian p adalah .059

dan nilai aras signifikan alpha (α) ialah 0.05. Jadi nilai kebarangkalian p didapati

lebih tinggi daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu .059 <.05. Maka, keputusan

kajian mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian

motivasi pencapaian dengan pos-ujian motivasi pencapaian dalam kumpulan

kawalan. Oleh itu, hipotesis ketiga iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan dalam

bacaan min pra-ujian dengan pos ujian motivasi pencapaian dalam kumpulan kawalan

adalah diterima.
112

4.4.4 Perbezaan Dalam Bacaan Min Pos-Ujian Motivasi Pencapaian Antara

Kumpulan Rawatan Dengan Kumpulan Kawalan.

Hipotesis 4 : Terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pos-ujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

Jadual 4.7 : Ujian-t melihat perbezaan pembolehubah kajian dalam ukuran pos-
ujian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan

Pembolehubah Kumpulan Min Sisihan DK Nilai t Nilai p

Piawai (N-2)

R 173.50 19.99

Motivasi 14 .447 .000

Pencapaian K 123.00 11.93

Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05

Berdasarkan jadual 4.7 di atas, min pos-ujian motivasi pencapaian bagi kumpulan

rawatan adalah 173.50, manakala min pos-ujian motivasi pencapaian bagi kumpulan

kawalan adalah 123.00, dan perbezaan min bagi kedua-duanya ialah 50.50 poin.

Suatu ujian-t dikatakan signifikan apabila nilai kebarangkalian p adalah kurang

daripada nilai aras alpha (α). Keputusan ujian menunjukkan nilai kebarangkalian p

adalah .000 dan nilai aras signifikan alpha (α) ialah 0.05. Jadi nilai kebarangkalian p
113

didapati lebih rendah daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu .000 >.05. Maka,

keputusan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min

pos-ujian motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

Oleh itu, hipotesis keempat iaitu terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pos-

ujian motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan

adalah diterima. Secara statistiknya, bacaan min pra-ujian dengan bacaan min pos

ujian motivasi pencapaian dalam kumpulan rawatan lebih tinggi sebanyak 50.50 poin

berbanding kumpulan kawalan.

4.6 Rumusan Dapatan

Dapatan kajian berdasarkan pengujian hipotesis dan analisis item berdasarkan aspek

tingkah laku untuk melihat min pra dan pos ujian antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Terdapat empat hipotesis dan lima item aspek tingkah laku yang

dianalisis dan skor min pra dan pos ujian diperolehi antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan.

Hipotesis pertama, iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-

ujian motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

Hipotesis ini diterima dengan dibuktikan secara statistik bahawa tidak terdapat

perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-ujian motivasi pencapaian antara

kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.


1
2
1

Hipotesis kedua, iaitu terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min pra-

ujian dengan pos-ujian motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan rawatan.

Hipotesis ini diterima secara statistiknya bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam

bacaan min pra-ujian dengan pos-ujian motivasi pencapaian dalam kalangan

kumpulan rawatan.

Hipotesis ketiga, iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min

pra-ujian dengan pos-ujian motivasi pencapaian dalam kalangan kumpulan kawalan.

Hipotesis ini diterima apabila dibuktikan secara statistiknya tidak terdapat perbezaan

signifikan dalam bacaan min pos-ujian motivasi pencapaian dalam kumpulan

kawalan.

Hipotesis keempat, iaitu terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min posujian motivasi

pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Hipotesis ini

diterima apabila dibuktikan secara statistiknya terdapat perbezaan signifikan dalam

bacaan min pos-ujian motivasi pencapaian antara kumpulan rawatan dengan kumpulan

kawalan.
Secara keseluruhan, rawatan yang dilakukan adalah berkesan untuk meningkatkan motivasi

pencapaian dalam kalangan peserta kajian.

You might also like