You are on page 1of 7

“SISTEM PERUNDANGAN DALAM TAMADUN INDIA”

NAMA SUBJEK: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PENGENALAN

Tamadun India wujud di antara tahun 2500-1800 S.M. Tamadun Indus telah mengalami
keruntuhan selepas tempoh itu. Perkara ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kedatangan orang
Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Tamadun Indus
dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman ini merupakan permulaan bagi kehidupan beragama
masyarakat kerana agama hindu lahir ketika zaman tersebut. Menjelang abad ketujuh sebelum
Masihi, perhatian masyarakat beralih dari Lembah Indus ke Lembah Ganges.

Tamadun ini juga dibahagikan kepada dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-
Arya yang berpusat di India Utara dan Dravida yang berpusat di India Selatan. Suatu yang
menarik mengenai tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan Tamadun Parsi di
sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani Tamadun Cina.

Keadaan geografi juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan
kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi rupa
bentuk fizikal, budaya, bahasa dan amalan-amalan keagamaan.

Pada zaman ini juga terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
Tamadun ini juga terdapat dua bentuk kerajaan iaitu Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada
(kerajaan besar). Kerajaan-kerajaan kecil telah disatukan di bawah pemerintahan Chandagupta
Maurya.

Empayar yang pertama di India telah dilahirkan pada 321 S.M. Ini berlaku apabila
seluruh India Utara telah disatukan di bawah pemerintahan Dinasti Maurya. Dinasti mencapai
zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Asoka.

1
SISTEM PERUNDANGAN

Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Undang-undang juga merupakan peraturan sesebuah negara. Jika peraturan yang
telah ditetapkan dilanggar, individu atau kumpulan tersebut akan dihukum atau didenda oleh
mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya
boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga
dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh satu sistem mahkamah dimana hakim
kadangkala dengan bantuan juri atau ‘lay magistrate’ mendengar pertikaian diantara pihak, dan
mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Undang-undang
yang dilaksanakan dikenali sebagai sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut
adat-adat sendiri sesebuah negara.

Dalam tamadun India, perundangan merupakan aspek penting untuk melihat perjalanan
kerajaan dan keberkesanan pentadbiran. Semasa pemerintahan Asoka pada zaman dinasti
Maurya sistem perundangan telah dilaksanakan. Raja dipertanggunjawabkan untuk memelihara
kesucian dan kedaulatan undang-undang. Raja merupakan tunggak perkembangan tamadun.
Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung
kepada keseriusan kesalahan tersebut. Selain raja, golongan Brahmin menjadi dominan dalam
bidang atau urusan undang-undang, kerana mereka mahir tentang hukum-hakam terutama yang
berkaitan dengan keagamaan. Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling
tua. Kitab ini dihasilkan antara abad ke-6 hingga ke-2 S.M.

Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan
perintah diraja. Segala perintah diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya
undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka. Hal ini
demikian kerana tiang ini didirikan pada zaman pemerintahan dinasti Maurya sebagai satu
simbolik yang pentadbiran yang kuat dan mantap.

2
Antara undang-undang yang terdapat pada Tiang Batu Asoka ialah larangan terhadap
penyembelihan haiwan termasuk dalam upacara korban. Raja juga diumpamakan sebagai bapa
oleh masyarakat. Larangan ini adalah berkait rapat dengan pegangan dan ajaran agama Hindu
yang dititikberatkan oleh Asoka semasa pemerintahan beliau. Pada tahun 1947, selepas
kemerdekaan India, kepala Tiang Asoka dijadikan cap mohor negara India.

Kesimpulannya, Dinasti Maurya berkembang pesat dibawah pemerintahan Asoka kerana


Asoka merupakan seorang pemerintah yang adil dan sentiasa berpegang kepada konsep
kesejahteraan rakyat.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH ASOKA UNTUK MENGUKUHKAN


EMPAYAR MAURYA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN

Empayar Maurya telah diasaskan Chandragupta Maurya pada abad ke 321SM dan pusat
pemerintahan kerajaan ini berpusat di Pataliputra. Selepas kemangkatan Bindusara, Asoka telah
mewarisi takhta pemerintahan dan mula memegang takhta sepenuhnya sebagai pemerintahan.
Beliau telah menjalankan pelbagai usaha untuk menguatkan dan mengekalkan empayar Maurya
selama 41 tahun beliau mentadbir empayar ini.

Ketokohan yang dimiliki oleh Asoka telah menyebabkan empayar Maurya muncul
sebagai satu badan kuasa yang unggul dan kuat. Keberanian dalam kepimpinan beliau semasa
pentadbirannya telah berjaya menumpaskan perebutan kuasa yang telah berlaku semasa zaman
pemerintahan ayahnya.

Asoka telah menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya. Hal ini demikian
kerana perang saudara dikalangan ahli keluarganya telah berlaku untuk merebut takhta dan kuasa
sesama mereka. Sebagai contoh, Asoka Maurya telah membunuh seramai 98 orang anggota
keluarga yang berebut untuk mendapatkan kuasa. Pertelingkahan yang berlaku di dalam anggota
keluarga ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil. Tambahan pula, keberanian

3
Asoka yang menamatkan perang saudara ini telah memberi impak yang besar terhadap empayar
Maurya untuk terus kekal sebagai satu kuasa baru yang kuat.

Usaha yang telah dilakukan oleh Asoka Maurya dalam mengukuhkan empayar Maurya
dari segi politik ialah beliau telah menyatukan wilayah-wilayah di bawah tawanan empayar
Maurya untuk membentuk satu pentadbiran yang kukuh dan cekap. Hal ini demikian kerana
Asoka telah berpendapat bahawa Empayar yang kuat bermula dari sistem pentabiran yang kukuh
dan cekap. Kebijaksaan beliau dalam menggabungkan wilayah-wilayah kecil dan wilayah
tawanan beliau ini telah membentuk satu pentadbiran yang unggul. Bahkan, Asoka telah bersifat
adil dalam memberikan tugas serta kuasa kepada pegawai-pegawai kerajaannya. Sebagai contoh,
sesetengah wilayah telah diberikan kuasa autonomi dalam bidang pentadbiran.

Pemberian kuasa ini adalah sebagai satu simbol kepercayaannya kepada pegawai
kerajaan bagi membantu beliau dalam melicinkan pemerintahan. Kecekapakan sistem
pentadbiran Empayar Maurya menjadi salah satu usaha yang dititikberatkan oleh Asoka dalam
mengekalkan pentadbiran wilayah beliau. Malahan, wilayah-wilayah lain juga telah diberikan
kuasa oleh wizurai (panglima kerajaan) untuk membantu menjalankan pentadbiran. Oleh hal
yang demikian, budaya dan bahasa Prakit dapat disebarkan dengan meluas.

Asoka juga telah melatih angkatan tentera untuk menjadi lebih mantap dan penuh disiplin
untuk membentuk satu angkatan tentera yang berani dan kuat. Angkatan tentera yang kuat dan
dilatih penuh disiplin telah menghasil anggota tentera yang berani dan tidak gentar musuh.
Bukan itu sahaja, Asoka telah mengetuai beberapa peperangan semasa bertempur dengan musuh
dan berjaya menawan wilayah dan negeri musuh.

Sebagai contoh, Asoka Maurya telah melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga pada
tahun 292 SM. Hal ini demikian kerana jumlah penduduk yang ramai dan kuat telah memberi
ancaman terhadap Asoka dalam pemerintahan beliau. Semasa peperangan meletus, seramai 30
000 orang penduduk negeri Kalinga telah ditawan dan seramai 10 000 orang telah terkorban.
Keberanian Asoka dalam pemerintahan beliau sebagai ketua angkatan tentera telah berjaya
menawan beberapa negeri-negeri yang terletak di Utara dan Timur India. Bahkan, kehebatan
Asoka ini telah menyebabkan empayar Maurya digeruni.

4
Asoka juga mengutamakan kebajikan rakyatnya dan meningkatkan nilai-nilai moral
untuk menjamin kesejahteraan rakyatnya. Hal ini demikian kerana, bagi mengekalkan
kesejahteraan rakyat dan penduduk-penduduk taklukannya, Asoka telah memperkuatkan ajaran
dan penyebaran ajaran agama Buddha.

Beliau juga telah membina pelbagai kemudahan untuk memudahkan rakyatnya. Sebagai
contoh, Asoka Maurya telah membina Hospital Haiwan dan Manusia, membina pusat
pendidikan, rumah istirehat, dan menanam tanaman di sepanjang jalan. Keprihatinan Asoka
dalam menjaga kebajikan rakyatnya telah menyebabkan beliau disayangi dan dihormati sebagai
pemimpin yang berkaliber.

Asoka Maurya telah melakukan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha. Asoka
Maurya merupakan seorang yang mementingkan pegangan agama. Melalui penaklukan dalam
setiap peperangan, wilayah tawanan empayar maurya akan menerima ajaran dan sebaran agama
Hindu yang dibawa oleh sami-sami yang telah dipertanggugjawabkan. Sebagai contoh,
penyebaran kitab Dharma dalam kalangan rakyat adalah untuk mengawal nafsu, bertimbang rasa
dan membantu golongan miskin telah menlahirkan masyarakat yang sihat dan positif dalam nilai
kehidupan.

Tambahan pula, penyebaran agama ini telah meningkatkan nilai kehidupan yang positif.
Anak-anak kecil didedahkan dengan pembelajaran kitab-kitab agama Hindu dan kuil-kuil telah
dibina di setiap kawasan taklukan empayar Maurya. Percetakkan kitab-kitab Hindu seperti kitab
Veda telah diperluaskan dan dipasarkan. Kesannya, keutuhan Empayar Maurya menjadi lebih
teguh dan mantap.

KESIMPULAN

Sistem perundangan amat penting dan diperlukan dalam masyarakat yang besar untuk
memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Hal ini kerana apabila saiz
sesebuah masyarakat bertambah besar, peraturan atau sistem tertentu perlu diwujudkan untuk
mengawal segala tindakan mereka untuk mengelakkan timbulnya masalah. Undang-undang ini
mula ditulis dan disebarkan untuk pengetahuan ramai.

5
Melalui sistem perundangan dalam tamadun India, setiap kesalahan yang dilakukan akan
dikenakan hukuman. Setiap hukuman pula dikenakan berdasarkan tahap kesalahan yang
dilakukan. Kesan daripada undang undang ini, setiap penduduk akan mengelakkan diri dari
melakukan kesalahan kerana bimbang dijatuhkan hukuman. Oleh itu, kadar kesalahan dapat
dikurangkan rakyat hidup aman dan sejahtera. Selain dari itu, antara undang undang yang
terdapat pada tiang asoka adalah larangan penyembelihan haiwan kecuali pada upacara korban
sahaja. Justeru, penduduk tidak dibenarkan untuk menyembelih mana mana haiwan mengikut
kehendak mereka sendiri kecuali pada upacara korban sahaja. Melalui perkara ini, haiwan-
haiwan tidak akan diseksa atau dibunuh sesuka hati oleh para penduduk dan sekiranya ada yang
berbuat demikian,mereka akan dikenakan hukuman.

Akhir sekali, tiang asoka itu dibina ditepi jalan untuk memudahkan untuk dibaca oleh
rakyat dan tiang tersebut adalah berkonsepkan kesejahteraan rakyat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, segala undang-undang yang tertulis pada tiang asoka adalah untuk menjamin
kesejahteraan rakyat.

Kesimpulannya, terdapat banyak pelajaran yang boleh dipelajari melalui sistem


perundangan tamadun India. Ternyata, segala undang-undang yang diciptakan mempunya nilai-
nilai murni yang tersendiri. Tamadun india ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak
aspek seperti agama, spiritualisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi
dan sebagainya. Perkembangan setiap era seterusnya memperlihatkan kehebatan pencapaian
dalam pelbagai aspek ketamadunan. Sumbangan tamadun india dalam pelbagai bidang telah
menjadikan tamadun ini sebagai sebuah tamadun yang hebat dan mampu bertahan hingga ke
dekad ini.

6
RUJUKAN

BUKU

1. Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (2013). Modul Pengajian Tamadun Islam
dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya.

INTERNET

1. http://sejarahtingkatan4pcghs.blogspot.my/2015/07/sejarah-tingkatan-4-bab-2-
perundangan-1.html
2. http://cikgujchekjah.blogspot.my/2013/02/tamadun-india_13.html
3. http://sejarahsmkstteresa.blogspot.my/2012/02/nota-bab-2-tingkatan-4.html
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang
5. https://id.wikipedia.org/wiki/Dharma_(disambiguasi)
6. http://sejarahtingkatan4pcghs.blogspot.my/2015/07/perluasan-kuasa_5.html
7. https://russlanssvs.wordpress.com/2012/04/25/huraikan-usaha-usaha-yang-telah-dibuat-
oleh-asoka-bagi-mengukuhkan-empayar-maurya/

You might also like