Sejarah Dan Perkembangan

You might also like

You are on page 1of 8

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

LOKASI
Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku
Mahmud atau nama
ringkasnya SMKTM
terletak di daerah Besut,
Terengganu. SMKTM
berada di tengah-tengah
perjalanan dari bandar
Jerteh 8 km dan daru pekan
Kuala Besut 10 km.
SMKTM berada di tepi
jalan besar berhadapan
masjid kampung Alor
Lintang. Di utara SMKTM, Sekolah Rendah Kebangsaan
Tengku Mahmud, di selatan Sekolah Nasiruddin Shah dan
di timur, Sekolah Menengah Tengku Mahmud II.
Ia terletak di atas tapak seluas 40.25 ekar.
SEJARAH PERKEMBANGAN SMTM
Sekolah Menengah Tengku Mahmud atau ringkasnya
SMTM telah diasaskan dalam tahun 1954. Ia adalah hasil
daripada desakan penduduk-penduduk Besut yang inginkan
pendidikan Inggeris bagi anak-anak mereka.
Dalam tahun 1953, beberapa orang wakil penduduk daerah
Besut telah menemui pegawai pentadbir Besut, Encik
Abdul Rahman bin Mat bagi membincangkan hasrat
mereka untuk membina sebuah sekolah Inggeris.
Satu kempen memungut derma untuk pembinaan sekolah
dilancarkan. Salah seorang daripada wakil, Allahyarham
Dato' Bentara Luar, Encik Ismail bin Yusof (JP) berjaya
mendapatkan sebidang tanah di kampung Alor Lintang.
Encik Abdul Rahman pula berusaha untuk mendapatkan
kebenaran dan peruntukan dari pihak atasan. Segala usaha
membuahkan hasil dan pada 9 Januari 1954 terasaslah
Sekolah Menengah Tengku Mahmud.
Seramai 40 orang murid dipilih untuk memasuki darjah
satu. Cik Fatimah Ahmad, seorang guru lepasan Maktab
Perguruan Kirby, England dilantik menjadi guru besar
pertama. Beliau dibantu oleh seorang guru penolong, Cik
Faridah Akmal bt. Abdul Rani dan seorang tukang kebun.
Pada mulanya murid-murid SMTM menumpang di Sekolah
Pertukangan Besut dan hanya dalam bulan Ogos 1955
barulah siap sebuah bangunan kayu yang mengandungi tiga
buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat
kecil.
Pada 14 Ogos 1954, upacara pembukaan rasmi Sekolah
Menengah Tengku Mahmud dilakukan oleh Duli Yang
Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Sultan diiringi oleh Yang Dipertuan Muda, Tengku
Mahmud. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Tuan
Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu, Mr. A. Halliday,
Pegawai Daerah Besut, M.I.M. Edye, pembesar-pembesar
negeri dan juga ibu bapa.
Bersempena upacara ini, nama sekolah telah diubah dari
'Besut Government English School kepada Sekolah
Menengah Tengku Mahmud sempena nama peribadi Duli
Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda ketika itu.
Kelahiran Sekolah Menengah Tengku Mahmud bukan
sahaja merupakan sekolah Inggeris pertama tetapi juga
sebagai anak tangga pertama ke arah pendidikan peringkat
menengah di daerah Besut.
SEJARAH PERKEMBANGAN

Perkembangan Fizikal (bangunan)

1954 - Bangunan pertama siap. Bangunan kayu terdiri


dari tiga bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah
pejabat.
1957 - Dua buah blok Sekolah Menengah siap dibina.
(BLOK A & BLOK B).
1960 - Bangunan untuk Sekolah Menengah (BLOK E) dan
Asrama Putera siap dibina.
1961 - Bangunan Makmal Sains siap dibina (BLOK H).
1963 - Bangunan 2 tingakat untuk bilik darjah dan pejabat
siap dibina (BLOK G).
1967 - Bangunan tambahan 2 tingkat siap dibina untuk
bilik Masakan dan jahitan dan beberapa buah kelas
(BLOK J).
1979 - Bangunan 2 tingkat untuk Makmal Sains Tulin dan
Perpustakaan siap dibina (BLOK D).
1987 - Surai siap dibina.
1989 - Bangunan KBSM siap dibina (BLOK J)
1990 - Dewan terbuka siap dibina.
1991 - Bangunan baru 3 tingkat siap dibina (BLOK P)
1992 - Pondok jaga siap dibina.
1993 - Balai Serbaguna siap dibina. Balai ini merupakan
sumbangan Dato' Dr. Yusof bin Mohd Noor.
1994 - Bangunan Dewan Fatimah siap dibina.
- Mercu tanda Sambutan 40 tahun siap dibina
sempena sambutan 40 tahun SMKTM.
1996 - Perletakan batu asas masjid SMK Tengku Mahmud
disempurnakan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Ismail
Haji Abdullah pada 9 Januari 1996.
1997 - Masjid baru SMK Tengku Mahmud siap
sepenuhnya. Acara naik masjid disempurnakan
oleh Ustaz Haji Abdul Rahman pada 19 Oktober
1997.
1999 - Bangunan tambahan baru tingkatan satu dan dua
siap dibina memuatkan 3 kelas.
2000 - Kantin baru SMKTM yang menelan belanja RM 80
ribu siap dibina dengan kantin yang lebih luas dan
selesa bagi menggantikan kantin lama yang amat
kecil dan lebih berbentuk tuck shop.
PERISTIWA BERSEJARAH 1954-1999

9 Jan 1954 - Sekolah Tengku Mahmud dibuka.


14 Ogos 1954 - Pembukaan rasmi Sekolah Tengku Mahmud oleh
DYMM Sultan Terengganu, Sutan Ismail Nasiruddin
Shah.
3 Ogos 1954 - Perasmian bangunan kekal BLOK A dan BLOK B
oleh Raja Muda Terengganu, iaitu Tengku Mahmud.
1958 - "FORM ONE" dimulakan dan ini telah mengubah
taraf sekolah daripada Sekolah Rendah Inggeris
kepada sebuah Sekolah Menengah Inggeris.
3 Mac 1959 - Lawatan DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku
Ampuan Besar ke Sekolah Tengku Mahmud.
20 Julai 1960 - Pembukaan rasmi bangunan tambahan (BLOK E)
dan Asrama Putera.
- Sekolah menawarkan pencalonan pertama bagi
peperiksaan "LOWER CERTIFICATE OF
EDUCATION" (LCE)
14 Sept 1961 - Perasmian Makmal Sains pertama oleh DYMM
Tuanku Al-Sultan.
- Pertukaran Guru Besar pertama Cik Fatimah
Ahmad.
1962 - Encik T.N. Varughese mengambil alih sebagai guru
besar kedua.
- Form V dimulakan dan buat pertama kali Sekolah
menawarkan peperiksaan Oversea School
Certificate dan Federation of Malaya Certificate of
Education.
- Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang
pertama diadakan. Penyampaian hadiah oleh Duli
Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda.
1965 - Pentadbiran sekolah dipecahkan kepada dua
bahagian.
- Bahagian Menengah di bawah En. T.N. Varughese.
- Bahagian ke-2 iaitu bahagian Sekolah Rendah di
bawah Mr. Lau Kuan Jin.
- Murid-murid aliran Melayu yang menumpang mulai
1963 berpindah ke sekolah sendiri, Sekolah
Menengah Kebangsaan Besut yang kemudiannya
menjadi Sekolah Nasiruddin Shah.
1972 - En. T.N. Varughese bertukar ke Sekolah Menengah
Sultan Omar, Dungun dan tempat beliau diganti
oleh En. Yusof Ngah, Guru Besar ke 3.
25 April 1981 - Perasmian bangunan tambahan Makmal Sains
Tulen dan Perpustakaan oleh DYMM Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
1984 - Pasukan Pancaragam Sekolah diwujudkan.
31 Dis 1985 - Pengetua ke 4, Wan Ismail Wan Ahmad yang
bertugas mulai 1 Januari 1975 telah bertukar ke
Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Baru
Kelantan.
- Tingkatan 6 Aliran Sains dimulakan.
- Koperasi SMTM ditubuhkan.
1987 - Mesyuarat Agong Koperasi SMTM kali pertama.
1988 - CAHAYA KEMAJUAN, MAJALAH SEKOLAH
diterbitkan semula setelah diberhentikan selama 9
tahun.
14-15 Mei 1994 - Sambutan Ulang Tahun ke-40 SMKTM dan Seminar
Usahawan Remaja Sekolah-sekolah Terengganu
dengan dirasmikan oleh YB Menteri Perusahaan
Utama Malaysia, Dato' Dr. Mohd Yusof bin Mohd
Noor.
1995 - SMKTM menjadi johan Pertandingan 3K
(Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)
Peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Dalam
Bandar.
- Nur Sapinah Ngah, pelajar tingkatan 3SE2 mewakili
Malaysia ke Pertandingan Hoki Asia di Singapura.
9 Jan 1996 - Perletakan batu asas masjid SMKTM dilakukan oleh
Ustaz Haji Ismail HAji Abdullah.
- Nurul Kamimah Kamaruddin dipilih sebagai Duta
Kecil Terengganu ke Amerika Syarikat.
- Mohd Shamsul Zamri mewakili Terengganu ke
Jambori Asia Pasifik di Korea.
29 Julai1996 - Pasukan Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam
SMKTM menyertai Perkhemahan Jambori Asia
Pasifik di Bukit Keluang yang berakhir pada 8
Ogos.
19 Okt. 1997 - Naik masjid SMKTM disempurnakan oleh Ustaz Haji
Abdul Rahman Haji Ibrahim.
1998 - Kali pertama SMKTM mendapat keputusan 100
peratus dalam peperiksaan STPM.
1999 - Sekali lagi SMKTM mendapat keputusan 100
peratus dalam peperiksaan STPM dengan
pencapaian pelajar yang mendapat 5P dan 4P
sebanyak 80 peratus lebih.
Kerja kursus Sejarah tingkatan 1
2018
SITI NURFADILA HUSNA BINTI AZMAN

You might also like