You are on page 1of 12

PENGGUNAAN “MODEL CERAKIN BERWARNA” DALAM

MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI PENDARABAN


NOMBOR DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT

Oleh:
Nur Azirah Binti Zakaria, Tengku Zawawi bin Tengku Zainal, Ph.D
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
azirahzakaria@gmail.com, tzz@ipgmkdri.edu.my 
 

ABSTRAK

Refleksi terhadap PdP mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran


untuk melakukan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Pelbagai jenis
kesilapan dapat dikesan melalui pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen
seperti lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Oleh itu, kajian tindakan
ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid lemah
tahun 4 dalam topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Peserta kajian
dibimbing untuk menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit
menggunakan Model Cerakin Berwarna. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian
diagnostik. Pengumpulan data dianalisis decara deskriptif mengikut peserta kajian.
Kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta
kajian menguasai kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Warna
yang menarik dan mesra pengguna adalah kekuatan utama Model Cerakin
Berwarna. Di samping itu, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh ditambah
baik untuk kajian akan datang.

Kata kunci: Model Cerakin Berwarna, Pendaraban nombor dua digit dengan dua
digit.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Kompleks


Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar murid
Tahun 4 Cerdas yang merupakan kelas kedua daripada tiga kelas. Kebanyakan murid di dalam
kelas ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai latar belakang sederhana. Sepanjang
proses PdP berjalan, pengkaji dapat membuat rumusan bahawa murid Tahun 4 Cerdas di
sekolah ini mempunyai masalah dalam topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.
Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka apabila melibatkan topik ini.
Sebagai contoh, bagi item di dalam Rajah 1, pengkaji mendapati murid tidak meletakkan sifar
pada hasil pendaraban nilai tempat puluh. Pengkaji juga mendapati bahawa tulisan murid
tersebut kurang kemas kerana saiz tulisan yang tidak sama.


 
Rajah 1: Kesilapan
n murid dalam meletakkaan sifar

Bagi item di dalam


B d Rajah 2 pula, didaapati murid melakukan
m keesilapan apabbila mengalam mi
keekeliruan meendarab menggikut nilai teempat yang betul.
b Walauppun murid dapat
d mendaraab
noombor dua diigit dengan saatu digit iaitu 27 dengan 5,, namun muriid tidak meng getahui langkaah
seeterusnya di mana
m murid perlu
p mendaraab dengan diggit 4 yang mew wakili nilai teempat puluh.

Rajah
R 2: Kesiilapan mendarab mengik
kut nilai temp
pat yang betu
ul

Di samping itu
D u juga didapati murid meelakukan kesiilapan sewakktu mendarab. Kesilapan ini i
daapat dilihat pada
p item di dalam Rajahh 3. Apabila 8 didarab dengan 2, muriid memberikaan
jaawapan 2. Jikka dilihat darii segi penulissan pula, penngkaji mendappati murid malas
m memadaam
jaawapan yang salah. Hal inii telah menyebbabkan kertass jawapan meereka menjadii kotor.

R
Rajah 3: Kesilapan sewak
ktu mendaraab

SOROTAN LITER
RATUR

Darab digunakkan untuk menggandakann, memperbessar, memperbbanyak sesuattu jumlah ataau


D
biilangan (Dew wan Bahasa & Pustakaa, 2005). Opperasi asas seperti penddaraban serinng
m
menimbulkan m
masalah teruttama kepada murid sekolaah rendah. Meereka tidak daapat menguassai
keemahiran unttuk mendarabb. Mengikut Tause (2009 9), pendaraban adalah salaah satu prinssip
assas dan peratuuran asas unttuk menyelesaaikan soalan yang melibattkan operasi darab
d mahupuun
baahagi. Pendarraban juga meerupakan salaah satu kemahhiran asas mattematik yang sering menjaadi

2
masalah kepada murid sekolah rendah. Manakala menurut Barmby (2009), konsep pendaraban
adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolakan
nombor. Ini disebabkan proses mendarab melibatkan proses yang lebih kompleks dan rumit.

Menurut Bahagian Pendidikan Guru (1998), pendaraban pada amnya mempunyai empat
konsep yang berbeza. Kesemua konsep ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mencari
jumlah objek yang terlibat. Konsep-konsep pendaraban tersebut ialah konsep tambah
berulang, konsep kali atau ganda, konsep baris dan lajur atau tata susunan dan konsep
kombinasi. Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru seharusnya menyampaikan
konsep yang paling mudah terlebih dahulu, iaitu konsep tambah berulang. Apabila murid
sudah menguasai sesuatu konsep, barulah konsep tersebut disampaikan sebagai pengayaan
dan penyesuaian dengan situasi yang berbeza. Penyampaian konsep ini hendaklah
menggunakan prinsip daripada mudah kepada yang lebih sukar dan daripada konkrit kepada
abstrak.

Menurut Bahagian Pendidikan Guru (1998) lagi, antara kaedah yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi topik pendaraban nombor dua digit
dengan nombor dua digit adalah dengan menggunakan model segi empat. Sebagai contoh bagi
soalan 23 × 17, guru boleh menggunakan model segi empat yang terdiri daripada 23 baris dan
setiap baris mengandungi 17 segi empat sama. Seterusnya, model ini akan dipindahkan ke
dalam bentuk lazim yang mengandungi bahagian-bahagian tertentu. Kaedah pendaraban yang
lain adalah seperti kaedah kekisi dan kaedah “ Russian Peasant”. Kaedah kekisi merupakan
kaedah yang memerlukan penambahan hasil darab dari kanan ke kiri mengikut pepenjuru.
Bagi kaedah “Russian Peasant” pula, murid perlu menggandakan nombor di sebelah kiri
manakala nombor di sebelah kanan dibahagikan dengan dua. Seterusnya abaikan baki dan
berhenti apabila nombor di sebelah kiri bersamaan 1. Murid perlu menghapuskan nombor
genap di sebelah kanan dan nombor sepadan di sebelah kiri. Akhir sekali, murid perlu
menjumlahkan nombor di sebelah kiri yang tertinggal. Menyentuh tentang isu kaedah
pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda (2008) ada menyatakan bahawa penggunaan
bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman pelajar selain dapat merangsang minat dan sikap
yang lebih positif. Namun begitu masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar
menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ (Nooriza, 2001). Keadaan ini mengakibatkan
pelajar menjadi bosan dan pengajaran kurang memuaskan. Sebagai guru, mereka haruslah
memilih kaedah yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Ini bagi memastikan bukan sahaja
minat pelajar kepada topik atau subjek meningkat tetapi memudahkan proses pemahaman
mereka.

Terdapat beberapa inovasi sedia ada yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas berkaitan
dengan topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Antaranya adalah Teknik
“Latizim” oleh Muhammad Hafizuddin (2013), teknik “Balloon” oleh Mohd Zarul Arifin
(2013) dan kaedah Diag-Box oleh Aina Khalisah (2013). Walaupun teknik serta kaedah yang
dijalankan oleh pengkaji ini didapati dapat membantu murid dalam pembelajaran, namun
terdapat banyak langkah yang perlu dihafal oleh murid untuk menyelesaikan satu soalan
pendaraban. Namun begitu, pengkaji telah memberi fokus terhadap kaedah My Car Method
oleh Mohd Fida’iy (2012). Kaedah ini memerlukan murid untuk mencerakinkan nombor
terlebih dahulu dan diselesaikan dalam model segi empat. Sebelum langkah tersebut
dilaksanakan, murid perlu melukis gambar kereta. Akhir sekali, murid akan mewarna kereta
tersebut. Pengkaji mendapati bahawa kaedah ini sememangnya dapat menarik minat murid
namun murid akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu soalan. Hal ini adalah
kerana mereka perlu melukis dan mewarna. Oleh itu, bagi mengatasi segala kelemahan dalam
kajian lepas berkaitan topik ini, saya telah memperkenalkan kaedah “Model Cerakin
Berwarna” bagi membantu murid tahun 4 menguasai pendaraban nombor dua digit dengan
dua digit.


 
TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk cadangan intervensi proses pengajaran
dan pembelajaran murid lemah Tahun 4 Cerdas dalam tajuk pendaraban nombor dua digit
dengan dua digit.

Objektif Kajian

Menentukan bagaimana “Model Cerakin Berwarna” dapat membantu murid lemah tahun 4 SK
Kompleks Mengabang Telipot menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah “Model Cerakin Berwarna” dapat membantu murid lemah tahun 4 SK


Kompleks Mengabang Telipot menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan seramai empat orang peserta kajian yang terdiri daripada tiga
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kesemua murid ini dipilih berdasarkan
pencapaian yang lemah dalam ujian diagnostik. Manakala instrumen yang digunakan bagi
pengumpulan data dalam kajian tindakan ini adalah pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen. Data kualitatif dalam kajian tindakan ini pula dianalisis secara deskriptif iaitu
mengikut peserta kajian.

Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap kesemua
peserta kajian. Pemerhatian dijalankan bagi menyokong hasil dapatan kajian. Hasil
pemerhatian dalam kajian tindakan ini dicatat pada Borang Senarai Semak Pemerhatian.
Terdapat pelbagai item yang dititiberatkan dalam borang senarai semak ini. Antaranya adalah
kesilapan yang dilakukan sewaktu proses pendaraban nombor dua digit dengan dua digit,
penguasaan peserta kajian terhadap kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji serta tingkah
laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang sesi intervensi dijalankan.

Selain pemerhatian, temu bual juga merupakan instrumen yang digunakan untuk menyokong
hasil dapatan kajian. Temu bual tidak berstruktur diadakan sepanjang sesi intervensi
dijalankan. Temu bual yang dijalankan ke atas peserta kajian ditulis di dalam transkrip bagi
membolehkan pengkaji memahami dan membuat analisis terhadap peserta kajian. Setiap
soalan temu bual mempunyai kaitan dengan sesi intervensi yang dijalankan. Selain daripada
untuk membantu murid menguasai kemahiran, temu bual juga dijalankan bagi mengetahui
dengan lebih lanjut berkenaan tingkah laku mereka terhadap kaedah yang digunakan.

Instrumen yang seterusnya adalah analisis dokumen. Analisis dokumen yang digunakan
sepanjang kajian tindakan ini dijalankan adalah seperti lembaran kerja, soalan latihan serta
Ujian Pra dan Ujian Pos. Melalui hasil dapatan daripada analisis dokumen ini, pengkaji dapat
mengetahui dengan lebih jelas tentang penguasaan murid dalam topik pendaraban nombor dua
digit dengan dua digit. Pengkaji akan membuat analsis setiap kesilapan yang dilakukan di
dalam analisis dokumen tersebut. Ujian Pra dan Ujian Pos pula dilaksanakan untuk
menyokong hasil dapatan kajian di mana pengkaji dapat melihat perbandingan penguasaan
peserta kajian sama ada sebelum dengan selepas sesi intervensi berjalan.


 
SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji telah menggunakan “Model Cerakin Berwarna” untuk membantu murid menguasai
pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. “Model Cerakin Berwarna” ini dihasilkan
daripada mounting board dan beberapa helai kertas A4 yang berwarna-warni untuk dijadikan
petak yang berwarna. Rajah 4 menunjukkan “Model Cerakin Berwarna” yang digunakan oleh
pengkaji sepanjang sesi intervensi berlangsung.

Rajah 4: Model Cerakin Berwarna

Berikut merupakan contoh penggunaan Model Cerakin Berwarna. Soalan yang diberi adalah
72 × 14.

Rajah 5: Langkah 1

Murid dikehendaki mencerakinkan nombor 72 kepada 70 dan 2 serta nombor 14


kepada 10 dan 4. Nombor 72 perlu ditulis pada bahagian atas manakala nombor 14
pada bahagian kiri.

Rajah 6: Langkah 2

Murid perlu melihat pada petak pertama iaitu petak yang berwarna hijau. Kemudian, murid
diberi pilihan untuk mendarab nombor 1 dengan 7 atau 7 dengan 1. Murid juga diingatkan


 
supaya mendarab satu digit dengan satu digit terlebih dahulu di mana murid perlu
mengabaikan nilai sifar. Seterusnya, murid perlu mengira bilangan sifar yang terdapat pada
nombor satu dan tujuh. Sebagai contoh dalam Rajah 6, pada petak berwarna hujau murid
dikehendaki menulis nilai sifar sebanyak dua. Langkah di atas diulang dengan menulis hasil
darab pada petak berwarna biru. Selepas itu, murid perlu mengisi petak berwarna yang lain
agar kesemua petak diisi dengan hasil darab yang betul.

Rajah 7: Langkah 3

Akhir sekali, murid perlu memindahkan jawapan yang terdapat pada keempat-empat petak
berwarna tersebut pada petak berwarna yang menegak iaitu bentuk lazim untuk penambahan.
Murid hanya perlu menyalin semula hasil darab berdasarkan warna yang sama. Setelah itu,
murid perlu menambah kesemua hasil darab tersebut untuk mendapatkan jawapan akhir bagi
pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.

Penambahbaikan:

Bagi mengatasi kelemahan murid dalam sifir, pengkaji telah melakukan penambahbaikan
melalui penggunaan “Piring Sifir” bersama-sama “Model Cerakin Berwarna”. Rajah 8 di
bawah menunjukkan “Piring Sifir” yang dihasilkan oleh pengkaji.

               

Rajah 8: Piring Sifir (Sifir 1 hingga 9) Rajah 9: Piring Sifir (6 × 7)

Rajah 9 menunjukkan satu contoh penggunaan piring sifir. Soalan yang mewakili piring sifir
tersebut adalah 6 × 3. Murid dikehendaki melihat nombor yang pertama iaitu 6. Oleh itu,
murid akan memilih piring sifir yang mengandungi 6 lingkaran. Nombor 3 pula mewakili
jalur hijau. Setelah itu, murid perlu mengira bilangan titik hitam yang terdapat pada jalur
tersebut. Oleh itu, hasil darab 6 dengan 3 adalah 18 kerana bilangan titik hitam adalah 18.


 
Sesi Intervensi dan Objektif

Sebanyak tiga sesi intervensi dijalankan dalam kajian tindakan ini. Bagi sesi intervensi yang
pertama, peserta kajian diperkenalkan dengan cara penggunaan “Model Cerakin Berwarna”
untuk mendapatkan hasil darab nombor dua digit dengan dua digit. Objektif utama sesi
intervensi ini dijalankan adalah untuk membimbing peserta kajian berkenaan cara penggunaan
kaedah tersebut dengan betul di samping dapat menyelesaikan soalan pendaraban yang
diberikan.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji dalam sesi intervensi satu, didapati semua peserta kajian
tidak dapat menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit dengan
menggunakan “ Model Cerakin Berwarna”. Oleh sedemikian, pengkaji telah memperkenalkan
“Piring Sifir” dalam sesi intervensi yang kedua. Tujuan “Piring Sifir” digunakan adalah bagi
membantu peserta kajian supaya tidak melakukan kesilapan sewaktu melakukan pendaraban
yang melibatkan sifir. Dalam sesi intervensi yang kedua ini, peserta kajian perlu menyatakan
cara penggunaan kaedah “Model Cerakin Berwarna” bersama “Piring Sifir” untuk
menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit di samping dapat
menyelesaikan soalan pendaraban betul.

Bagi sesi intervensi yang ketiga pula, peserta kajian dikehendaki menyelesaikan soalan
pendaraban nombor dua digit dengan dua digit dengan betul dan tanpa bantuan alat kaedah
“Model Cerakin Berwarna” dan “Piring Sifir”. Peserta kajian hanya perlu membuat lakaran
kaedah tersebut pada lembaran kerja atau soalan latihan yang diberikan.

DAPATAN KAJIAN

Bagi tujuan penulisan artikel ini, pengkaji telah memilih salah seorang peserta kajian yang
bernama Amisya. Berdasarkan analisis tinjauan awal masalah dan ujian diagnostik, pengkaji
mendapati bahawa Amisya telah melakukan beberapa kesilapan dalam pengiraan. Dalam
Rajah 10 di bawah, Amisya didapati melakukan kesilapan dalam kedudukan nilai tempat dan
penambahan. Berdasarkan item ini, didapati Amisya tidak mempunyai masalah sewaktu
mendarab. Namun Amisya tidak menaikkan nombor 1 di atas 7 apabila 6 didarab dengan 3.
Amisya juga didapati tidak dapat menyelesaiakan penambahan dengan betul. Berdasarkan
Rajah 11 pula, didapati Amisya telah melakukan kesilapan mendarab. Amisya tidak dapat
mendarab nombor 2 dengan 8 dan hanya melakukan penambahan antara nombor 1 dengan 7
sahaja. Selain itu, Amisya juga tidak meletakkan nombor pada nilai tempat yang betul. Dari
segi penulisan pula, Amisya didapati tidak dapat menulis angka 8 dengan baik.

Rajah 10: Kesilapan kedudukan nilai tempat Rajah 11: Kesilapan mendarab


 
Rajah 12 pula menunjukkan bahawa Amisya melakukan kesilapan apabila tidak menulis sifar
pada nilai tempat yang sepatutnya. Di samping itu juga, didapati Amisya tidak yakin dengan
jawapan yang diberikan. Amisya sering memadam jawapan yang diperoleh dan hal ini
menyebabkan tulisannya menjadi tidak kemas. Bagi item dalam Rajah 12 ini, pengkaji telah
bertanya kepada Amisya bagaimanakah dia mendapat jawapan 278. Lalu, Amisya menjawab,
“ Saya buat jela ... 2 x 4 = 8, 6 + 3 = 9, pastu yang bawoh ni letak je sifar pastu 6 x 3 = 18 ...
Last sekali tamboh belaka ...”.

Rajah 12: Kesilapan tidak menulis sifar dengan betul

Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku Amisya, didapati Amisya


merupakan seorang murid yang pasif, pemalu dan mudah berputus asa. Hal ini terbukti
apabila Amisya sering mengeluh sekiranya tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan.

Terdapat tiga sesi intervensi yang dijalankan ke atas Amisya. Kesemua sesi intervensi ini
dijalankan bagi melihat penguasaan Amisya terhadap topik pendaraban nombor dua digit
dengan dua digit. Pada peringkat permulaan sesi intervensi yang pertama ini, Amisya
didedahkan dengan cara penggunaan “Model Cerakin Berwarna” untuk mendapatkan hasil
darab nombor dua digit dengan dua digit. Di awal sesi, Amisya telah menunjukkan bahawa
dia dapat mengaplikasikan penggunaan kaedah tersebut. Buktinya dapat dilihat melalui
jawapan Amisya dalam Rajah 13 Apabila ditanya bagaimanakah dia menggunakan “Model
Cerakin Berwarna” tersebut, Amisya menjawab, “Mula-mula cerakin dulu nombor 36 dengan
12..pastu kira bilangan sifar..pah kira sifar tu tulis jawapan 1 x 3 kat warna biru..yang warna
lain pon buat macam tu..pahtu tamboh semua warna..”. Namun apabila diberikan soalan yang
lain, Amisya didapati melakukan kesilapan dalam sifir. Sebagai contoh, di dalam Rajah 14
apabila 7 × 30, Amisya memberikan jawapan 220. Begitu juga apabila 7 didarab dengan 6,
Amisya menjawab 48. Hal ini membuktikan bahawa Amisya masih kurang mahir dengan
sifir. Bagi item yang seterusnya iaitu pada Rajah 15, Amisya melakukan kecuaian bagi hasil
darab 2 dengan 4. Hal ini menyebabkan Amisya tidak dapat memberikan jawapan yang betul.

Rajah 13: Item 1 Rajah 14: Item 2 Rajah 15: Item 3


 
Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah melakukan penambahbaikan dengan menyediakan
“Piring Sifir” yang terdiri daripada sifir satu hingga sembilan. Tujuan penyediaan “Piring
Sifir” ini adalah untuk memperbaiki kelemahan Amisya dalam sifir. Oleh itu, “Piring Sifir” ini
digunakan dalam sesi intervensi kedua bersama-sama “ Model Cerakin Berwarna”. Sebagai
contoh, merujuk kepada Rajah 16 dibawah, Amisya didapati dapat menggunakan “Piring
Sifir” dengan baik. Hal ini terbukti apabila Amisya menggunakan “Piring Sifir” yang
mempunyai tujuh lingkaran untuk mendapatkan hasil darab 7 dengan 3 dan 7 dengan 6. Bagi
item di dalam Rajah 17 pula, Amisya didapati dapat menggunakan “Piring Sifir” untuk
mendapatkan hasil darab 2 dengan 4. Amisya memilih “Piring Sifir” yang mempunyai dua
lingkaran dan menggerakkan jalur tersebut kepada empat supaya bilangan titik hitam yang
diperoleh adalah 8. Apabila ditanya bagaimanakah Amisya dapat menyelesaikan soalan di
dalam Rajah 17, Amisya menjawab, “Senang je cikgu..kalau soalan ni, saya guna piring yang
ada 2 lingkaran la..kan soalan die 2 x 4..jadi yang jalur ni kena pusing 4 kali la..pastu bilang
ada bape titik hitam..”.

                                         

Rajah 16: Item 1 Rajah 17: Item 2

Bagi sesi intervensi ketiga, Amisya dibekalkan dengan lembaran kerja. Amisya tidak lagi
diberikan “Model Cerakin Berwarna” dan “ Piring Sifir”. Sepanjang sesi ini berlangsung,
Amisya telah dapat mengaplikasikan penggunaan alat-alat dengan membuat lakaran pada
lembaran kerja dan buku latihan. Berdasarkan bukti di dalam Rajah 18, pengkaji mendapati
Amisya sangat mahir menjawab soalan yang diberikan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas
di mana apabila ditanya, bagaimanakah dia menjawab soalan yang diberikan jika tidak
disertakan alat, Amisya menjawab, “Saya lukis sama macam alat hok cikgu bagi..mula-mula
guna model cerakin pastu kalu tak ingat sifir baru saya lukis piring..”. Berdasarkan kesemua
sesi intervensi ini, penambahbaikan yang berlaku menunjukkan bahawa Amisya telah melalui
gelung kedua. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa objektif kajian tindakan ini
tercapai.


 
Rajah 18: Jawapan Amisya dalam lembaran kerja

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa sesi intervensi yang dijalankan ke atas
Amisya telah membantunya dalam menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit
di samping perubahan yang ketara dari segi sikap. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
Amisya telah dapat menjawab kesemua item dalam Ujian Pos (Rajah 19) dengan betul. Dari
segi penulisan pula, didapati tulisan Amisya lebih kemas dan tersusun berbanding sebelum
sesi intervensi dijalankan. Amisya juga didapati lebih aktif dan suka mencuba. Hal ini terbukti
apabila pada akhir sesi, Amisya bertanya, “Cikgu..xdok dah ke soalan lain?nak buat lagi..”

Rajah 19: Jawapan Amisya selepas sesi intervensi

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua
peserta kajian telah dapat menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit melalui
penggunaan “ Model Cerakin Berwarna”. Walaupun pada awal sesi didapati semua peserta
kajian mengalami masalah dalam sifir, namun melalui penambahbaikan dengan penyediaan
“Piring Sifir”, didapati mereka telah dapat mengaplikasikan penggunaannya bersama-sama
“Model Cerakin Berwarna” untuk mengatasi masalah dalam pendaraban nombor dua digit
dengan dua digit. Sepanjang menjalani sesi intervensi, didapati kesemua peserta kajian telah
menunjukkan perubahan yang sangat ketara dari segi penguasaan, kemahiran dan tingkahlaku.
Sebelum sesi intervensi dijalankan didapati kesemua peserta kajian tidak berminat dengan
menunjukkan sikap yang kurang positif terhadap topik pendaraban nombor dua digit dengan
dua digit. Kesilapan yang dilakukan dalam pengiraan juga menunjukkan mereka tidak
mengetahui bagaimana kaedah yang harus digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
diberi. Namun begitu, setelah sesi intervensi dijalankan, pengkaji dapat melihat dengan jelas
perubahan positif dalam diri kesemua murid sama ada dalam pengiraan atau tingkah laku
terhadap pembelajaran terutama bagi topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.

10 
 
KESIMPULAN

Setelah menjalankan analisis terhadap dapatan kajian, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa penggunaan “Model Cerakin Berwarna” dapat membantu murid lemah tahun 4
menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Namun begitu, penggunaan “Piring
Sifir” dilihat sangat membantu murid dalam mengatasi masalah kecuaian dalam sifir sewaktu
pengiraaan. Antara elemen utama dalam inovasi pengkaji yang dapat membantu murid
menguasai masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit adalah melalui
penggunaan warna. Menurut Megat Aman Zahiri (2005), grafik pelbagai bentuk dan warna
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mudah disampaikan kepada
murid. Oleh itu, penggunaan warna dalam inovasi ini didapati dapat membantu murid dalam
memahami topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit secara lebih jelas.

Kajian tindakan ini merupakan satu kajian yang didapati dapat meningkatkan profesionalisme
dalam keguruan terutama sewaktu bergelar guru kelak. Hal ini kerana sepanjang proses kajian
tindakan ini dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti masalah yang berlaku dalam kalangan
murid. Selain daripada masalah berkenaan topik di dalam sukatan, pengkaji juga dapat
mengenal pasti masalah tingkah laku murid-murid tersebut. Selain itu, kemahiran
berkomunikasi juga dilihat dapat membantu pengkaji sepanjang menjalankan kajian tindakan
ini. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap komunikasi dengan murid dan
pihak sekolah. Sepanjang proses intervensi berjalan, pengkaji memainkan peranan yang
penting terutama apabila berinteraksi dengan murid-murid. Hal ini bagi memudahkan
pelaksanaan dapatan kajian.

Sebagai seorang bakal guru, pengkaji haruslah sentiasa bersiap sedia dari segi fizikal dan
mental agar generasi akan datang dapat memperoleh imu yang bermanfaat serta dapat
diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pengalaman sewaktu menjalankan kajian ini
juga, pengkaji telah memperoleh pelbagai ilmu termasuk dalam bidang Matematik dan bidang
sosial yang terdiri daripada pelbagai kemahiran. Pengkaji juga dapat meningkatkan
kefahaman tentang tingkah laku dan sikap murid yang terdiri daripada pelbagai karenah.
Selain itu, pengkaji juga dapat memperoleh pengalaman berkenaan budaya sekolah sama ada
dari segi pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah. Tambahan pula, pengkaji akan
dapat meningkatkan keyakinan diri terutama apabila ditempatkan di mana-mana sekolah.
Sebagai seorang bakal guru, pengkaji harus menerima apa jua kemungkinan dan cabaran yang
akan dihadapi sewaktu bergelar guru kelak. Setiap perkara yang berlaku harus dihadapi
dengan tenang dan setiap keputusan diambil hendaklah disusuli dengan pemikiran yang
rasional. Di samping itu juga, pengkaji perlu memastikan setiap masalah yang dihadapi oleh
murid mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. Melalui kajian tindakan ini, pengkaji telah
mengenalpasti masalah dalam sesi intervensi yang pertama. Oleh itu, pengkaji telah
memikirkan idea yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut dengan melakukan
penambahbaikan. Justeru, kajian tindakan ini didapati sangat membantu pengkaji dalam
meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru yang terlatih.

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa kaedah yang digunakan ini mempunyai
kekuatan dan kelemahan. “Model Cerakin Berwarna” yang bersaiz besar dan berwarna-warni
didapati dapat menarik minat murid untuk mencuba soalan yang diberikan. Inovasi ini juga
hanya memerlukan langkah yang sedikit berbanding inovasi sedia ada. Hal ini secara tidak
langsung membantu murid untuk menggunakan inovasi tersebut dengan lebih mudah.
Penggunaan “Piring Sifir” didapati menarik minat murid kerana penggunaannya yang
melibatkan permainan di mana murid perlu memusingkan jalur berwarna dan mengira
bilangan titik hitam untuk memperoleh jawapan. Namun begitu, penyediaan “Piring Sifir”
yang banyak didapati kurang sesuai. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji boleh
mengubahsuai “Piring Sifir” dengan hanya menghasilkan satu “Piring Sifir” sahaja. Selain itu,
“Model Cerakin Berwarna” dan “Piring Sifir” ini boleh diaplikasikan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi supaya seiring dengan era globalisasi pada masa kini.

11 
 
RUJUKAN

Aina Khalisah, A. (2012). Penggunaan Kaedah “Diag-Box” Bagi Meningkatkan Kemahiran


Mendarab Nombor 3 Digit Dengan 2 Digit Dalam Kalangan Murid 4 Naim. Program
Tahun Akhir Ijazah. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru, K. P. (1998). Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik: Nombor Bulat Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Barmby, P. (2009). The array representation and primary children's understanding and
reasoning in multiplication. Education Study Mathematics Journal.

Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai
pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.

Kamus Dewan Edisi Empat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Megat Aman Zahiri, M. Z. (2005). Pembangunan dan Penilaian Perisian Berbantukan


Komputer Bertajuk Promosi Menggunakan Elemen Motivasi ARCS. Prosiding 3rd
International Seminar on Learning and Motivation UUM Sintok.

Mohd Zarul Ariffin, B. M. (2013). Penggunaan Teknik Balloon Meningkatkan Kemahiran


Mendarab Nombor Tiga Digit dengan Nombor Dua Digit. Program Tahun Akhir Ijazah.
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Muhammad Hafizuddin, I. (2013). Penggunaan Teknik ‘Latizim’ Membantu Murid-Murid


Tahun 4 Ibnu Sina Mendarab Nombor Empat. Program Tahun Akhir Ijazah. Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis
Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.

Tause, B. (2009). Basic Operation in Multiplication. Journal of Leaning Mathematics, 37-45.

  

12 
 

You might also like