You are on page 1of 2

Arahan

Menurut Bach dan Harnish (1979), lakuan bahasa arahan merupakan tingkah laku ekspresif
penutur tentang tindakan yang akan dilakukan oleh pendengar. Lakuan bahasa jenis arahan ini
merupakan suatu yang meminta, bertanya, mengarahkan, melarang, menyetujui dan
menasihati.

Bil. Jenis Ayat m/s


1. Permintaan Tuan Tony Pua Kiam Wee [Damansara]: Terima kasih 72
Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya hendak minta
penjelasan sama ada walaupun memang dalam akta,
Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk mengagihkan
dana daripada akaun amanah masuk ke dalam
Consolidated Fund tetapi adakah klausa ini perlu dibaca
dengan klausa-klausa yang lain di mana kerajaan juga
perlu memperuntukkan wang yang mencukupi untuk
memulangkan refund GST kepada pihak-pihak yang
berhak untuk menuntut refund tersebut. Mesti dibaca
dengan sekali. Tidak boleh baca satu pihak, tidak baca
yang sebelah pihak.
2. Larangan Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 141C untuk 45
mengehadkan jumlah Timbalan Pengerusi Tribunal
Rayuan Kastam kepada dua orang, dan meningkatkan
jumlah minimum anggota lain daripada dua kepada tujuh
orang.
3. Pertanyaan Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat 76
Pontian, adakah semasa Yang Berhormat Pontian berada
di sana, ada dari segi data ataupun jumlah ataupun lebih
kurang peratusan berapa syarikat yang tadi Yang
Berhormat Pontian nyatakan disebabkan ada pertikaian
termasuklah dari segi apabila dibuat audit dan segala-
galanya.
Jadual 2: Lakuan bahasa jenis arahan
Berdasarkan jadual 2 di atas, berikut merupakan contoh yang menunjukkan lakuan bahasa
arahan yang terdapat dalam teks yang dikaji. Contoh satu merupakan lakuan bahasa arahan
jenis permintaan iaitu “Saya hendak minta penjelasan sama ada walaupun memang dalam akta,
Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk mengagihkan dana daripada akaun amanah masuk
ke dalam Consolidated Fund tetapi adakah klausa ini perlu dibaca dengan klausa-klausa yang
lain di mana kerajaan juga perlu memperuntukkan wang yang mencukupi untuk memulangkan
refund GST kepada pihak-pihak yang berhak untuk menuntut refund tersebut.” Hal ini kerana
penutur meminta penjelasan mengenai akta yang menyatakan bahawa kuasa Menteri
Kewangan mengagihkan dana ke Consolidated Fund . Penutur juga menanyakan mengenai
pihak yang berhak untuk menuntut kembali pulangan GST yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan. Menurut Bach dan Harnish (1976), ‘menuntut’ merupakan salah satu lakuan bahasa
arahan jenis permintaan. Oleh itu, ‘menuntut’ merupakan lakuan bahasa arahan jenis
permintaan.

Selain itu, contoh yang menunjukkan lakuan bahasa arahan jenis larangan pula ialah
“Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 141C untuk mengehadkan jumlah Timbalan Pengerusi
Tribunal Rayuan Kastam kepada dua orang, dan meningkatkan jumlah minimum anggota lain
daripada dua kepada tujuh orang”. Dalam ayat tersebut penutur menerangkan mengenai akta
yang termaktub dalam perlembagaan iaitu dengan mengehadkan jumlah Timbalan Pengerusi
Tribunal Rayuan dan meningkatkan jumlah minimum anggota lain. Perkataan ‘mengehadkan’
merupakan salah satu lakuan bahasa arahan jenis larangan yang dinyatakan oleh Bach dan
Harnish (1976).

Contoh yang seterusnya ialah “Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat
Pontian, adakah semasa Yang Berhormat Pontian berada di sana, ada dari segi data ataupun
jumlah ataupun lebih kurang peratusan berapa syarikat yang tadi Yang Berhormat Pontian
nyatakan disebabkan ada pertikaian termasuklah dari segi apabila dibuat audit dan segala-
galanya”. Ungkapan ‘bertanya’ digunakan oleh penutur untuk menanyakan pada ahli parlimen
Pontian mengenai data, jumlah dan peratusan syarikat yang dinyatakan kerana terdapat
pertikaian. Perkataan ‘bertanya’ merupakan salah satu lakuan bahasa arahan jenis pertanyaan
seperti yang telah dinyatakan oleh Bach dan Harnish (1979). Oleh itu, jelaslah bahawa
perkataan ‘bertanya’ menunjukkan lakuan bahasa arahan jenis pertanyaan.

You might also like