You are on page 1of 2

Penutup

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun,
jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara
jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing
dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai
potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru,
banyak syarikat besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan
yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. sektor
pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi
negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia khususnya telah banyak
membantu dalam meningkatkan pendapatan negara daripada segi pertukaran matawang asing,
maka sektor pelancongan perlu diperluaskan. Hasil perkembangan pesat sektor pelancongan
di kawasan tersebut akan menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan yang
terkenal dan dikenali secara umum. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta
dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui
keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi
sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan
minda mereka.
RUJUKAN
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo sabah/
20170506/281715499524158
https://www.utusanborneo.com.my/2018/02/07/sektor-pelancongan-sarawak-perlu-
terus-dipertingkatkan
https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-brunei/
https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sarawak/

You might also like