You are on page 1of 1

STRATEGI PELETAKAN HARGA

Strategi perletakan harga yang ditetapkan oleh My Bike adalah rendah dan berpatutan. My Bike ini
menawarkan pakej untuk pelajar unimas, staf unimas, dan pelawat. Bagi pelajar atau staf yang
telah mendaftar dalam My Bike, harga sewa basikal ialah RM0.60 untuk 30 minit. Harga untuk
menjadi ahli My Bike ialah RM10.00 untuk satu semester. Sekiranya para pelajar atau staf yang
telah menjadi ahli My Bike dan berjaya menarik empat orang untuk menjadi ahli tersebut, mereka
hanya akan membayar RM0.60 sahaja untuk 35 minit. Selain itu, mereka juga akan mendapat
hadiah istimewa daripada pihak My Bike sekiranya berjaya mendapatkan empat orang ahli baharu.
Bagi pelawat pula, harga sewa basikal ialah RM1.00 untuk 30 minit. Jelas sekali harga yang
ditawarkan oleh My Bike adalah lebih murah, rendah dan berpatutan. Dengan ini, para pelanggan
akan tertarik dengan harga yang ditawarkan dan sekali gus dapat meningkatkan keuntungan
kepada perniagaan My Bike.

STRATEGI SALURAN PENGEDARAN

Bentuk saluran pengedaran yang digunakan ialah daripada pengeluar (Syarikat Ghee Moh) kepada
peruncit My Bike dan kemudiannya kepada pengguna. Basikal My Bike akan diambil dari kedai
Ghee Moh yang terletak di Petra Jaya, Kuching. Seterusnya, basikal tersebut akan disimpan di
gudang yang terletak di Lot 3820, Jalan Muhammad Musa, 94300, Kuching, Sarawak. Setelah itu,
basikal tersebut akan diangkut menggunakan lori untuk di bawa ke Unimas. Di Unimas, basikal
akan diletakkan di dua tempat. Basikal My Bike akan diletakkan di setiap kolej dan di kompleks
sukan mengikut tempat yang telah ditetapkan

You might also like