You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Miki Bikershop merupakan sebuah perniagaan berasaskan barangan keperluan sukan


berbasikal.Miki Bikershop menjual barangan keperluan berbasikal sempena acara
sukan berbasikal same ade pertandingan ataupun persendirian.Pada peringkat awal,
Miki Bikershop beroperasi di rumah yang terletak di Kawasan perumahan Taman
Keramat.

Miki Bikershop merupakan perniagaan berbentuk milikan Tunggal dan telah


mendaftar pada 1 Januari 2023.Miki Bikershop diuruskan oleh Encik Hakimi iaitu
pemiliknya selaku pengurus besar dan dibantu seorang pegawai
pentadbiran,kewangan,pegawai operasi dan pemasaran serta 2 orang pekerja
sokongan.

Antara barangan basikal yang dijual ialah seperti kasut,pakaian dan khususnya basikal
itu sendiri.Barang—barang keperluan basikal ini mendapat sambutan yang
memberangsangkan. Pelbagai jenama terkenal yang baharu akan ditambah bagi
memenuhi permintaan pelanggan.

Harga barang-barang basikal yang dijual amat berpatutan sesuai dengan kualiti
produk tersebut. Bilangan barangan basikal yang dapat dijual ialah dalam sebulan
lebih kurang 100 unit. Pelanggan Miki Bikershop kebiasaannya terdiri daripada
penduduk sekitar Taman Keramat seperti murid sekolah,juru latih dan atlet sukan
berbasikal.

Miki Bikershop beroperasi pada hari isnin hingga sabtu dari pukul 9.00 am pagi
hingga 10.00 pm malam dan becuti pada hari ahad. Pada peringkat awal, penubuhan
perniagaan sebanyak RM 80 000 disediakan sebagai kos pembelian stok dan
pembiayaan kedai.

Pelbagai kaedah promosi diguna pakai bagi memasarkan produk seperti risalah dan
social media seperti tiktok, facebook dan Instagram. Perniagaan Miki Bikershop
memberi potongan harga istimewa pada musim perayaan dan hari-hari tertentu.

Rancangan kewangan disediakan dengan mengambil kira kos atau modal memulakan
projek dan sumber pembiayaan balik pinjaman. Rancangan kewangan yang terurus
merupakan elemen penting sebagaj rujukan kepada pihak luar dalam memberikan
pinjaman dan menarik pelaburan.

Rm 30 000 daripada modal tersebut diperoleh daripada simpanan sendiri dan


selebihnya daripada pinjaman TEKUN Nasional. TEKUN Nasional dipilih sebagai
sumber pembiayaan kerana Syarikat tersebut 100% hak milik bumiputera dan
warganegara dalam masa yang sama menawarkan kadar faedah pinjaman yang
rendah iaitu sebanyak 4%.

You might also like