You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN WAKIL PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH GOMBAK

2 DISEMBER 2018 (AHAD)


8.00 MALAM
STADIUM MPAJ PANDAN PERDANA
...................................................................................................................
Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis
Yang Dihormati Tn. Amirudin Shari, Dato` Menteri Besar Selangor
Yang Dihormati Dato Amirul Azizan b. Rahim selaku Pegawai Daerah Gombak
Yang Dihormati Tuan Hamid b. Hussain selaku YDP MPAJ
Yang Dihormati Tuan Suliman Abdul Rahman selaku YDP MPS
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Zubair b Hj Idrus selaku Naib Presiden Persatuan Bolasepak
Selangor
Yang Dihormati Tuan Razali b Ramly selaku Presiden Persatuan Bola sepak Daerah Gombak
Yang Dihormati YM Raja Shahreen b YM Raja Othman selaku CEO MBI
Yang Dihormati En. Ng Yeou Huat @ Ilham selaku Pengarah Panzer Sport Sdn Bhd
Yang Dihormati Tuan ACP Hamzah b Elias selaku Ketua Polis IPD Ampang Jaya
Yang Dihormati Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Ketua-Ketua Jabatan,
Urusetia Penganjur,
Pihak penaja

Tan Sri/Dato`Seri/Dato`/Tuan-Tuan / Puan-Puan yang saya hormati sekalian


..........................................................................................................................

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.


Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita dapat bersama – sama hadir ke Stadium MPAJ Pandan

Perdana ini, bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Liga Gombak FA 2018 Piala YAB Tn. Amirudin Shari

Dato` Menteri Besar Selangor yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Saya juga merakamkan

ucapan tahniah kepada pasukan AMG FC dan pasukan MPS FC kerana telah berjaya melangkah ke

perlawanan akhir. Tidak lupa juga kepada kesemua pasukan yang bertanding di dalam kejohanan

Liga Gombak FA 2018, saya ucapkan tahniah kerana tampil untuk bertanding di dalam kejohanan

yang berprestij ini . Saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur Liga Gombak

FA 2018 kerana bertungkus lumus dalam mengendali dan menjayakan kejohanan ini dari mula

hingga ke perlawanan akhir dengan jayanya. Tidak lupa saya memanjatkan jutaan terima kasih

kepada penaja utama kejohanan Liga Gombak FA 2018 iaitu MPAJ, MBI, Panzer Sport Malaysia,

dalam menjayakan kejohanan ini setanding dengan kejohanan-kejohanan berprestij yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

( Content Sejarah Penubuhan, misi dan visi, pencapaian )


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kejohanan Bola Sepak pada hari ini hanya merupakan acara yang bermakna dimana kita semua

berpeluang untuk sama- sama melibatkan diri berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan

komitmen kita kepada pasukan yang kita wakili. Namun begitu, bagi saya, apa yang lebih penting

di sini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat

setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan untuk dikongsi

bersama-sama. Saya percaya, kejohanan sukan yang diadakan seperti ini, dapat mengeratkan lagi

ikatan silaturahim di kalangan pemain-pemain terutama di sekitar Lembah Klang. Dalam sesuatu

pertandingan , menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah

pasukan, tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima

kekalahan serta meraikan pasukan yang menang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya tidak berhasrat untuk bercakap lebih panjang lagi, kerana saya percaya, semua pasukan yang

terlibat di dalam kejohanan telah bersungguh sungguh dalam mencapai kemenangan serta

menunjukkan bakat, serta kebolehan mereka dalam sukan bola sepak terutama kepada pasukan

yang berjaya layak ke perlawanan akhir. Saya berharap agar kejohanan ini menjadi titik permulaan

dalam mengembangkan bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak demi masa depan negara yang

tercinta ini. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya sekali lagi ingin mengambil

kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan kejohanan bola sepak

pada hari ini. Saya harapkan pertandingan sebegini dapat diteruskan dan dijadikan acara tetap

tahunan. Justeru itu, saya menutup Perlawanan Akhir Kejohanan Liga Gombak FA 2018 Piala YAB

Amirudin Shari Dato` Menteri Besar Selangor.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

You might also like