You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN YBHG PUAN ZARINA BINTI OMAR@YUSOFF

KEJOHANAN SUKAN TENPIN BOWLING


PIALA PENGERUSI PERKEP IPD MACHANG
19 OGOS 2023 (SABTU) 2.00 PETANG,
KBLAND, BILLION, KOTA
BHARU ...................................................................................................................
Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati, Insp Nurfazuriah binti Bujang, Setiausaha PERKEP IPD Machang
Yang Dihormati Pegawai –Pegawai Kanan,
Yang Berbahagia AJK – AJK dan warga perkep yang saya kasihi sekelian
................................................................................................................... .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang dan salam satu
PERKEP. Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama – sama berkumpul di KBLand,
Billioan, Kota Bharu ini, bagi menjayakan KEJOHANAN SUKAN TENPIN
BOWLING PIALA PENGERUSI PERKEP IPD MACHANG.

Yang Berbahagia Puan-Puan sekalian,

Ini merupakan program sukan yang kedua selepas Kejohahan Tenpin Bowling yang
baru kita adakan pada bulan Julai yang lalu yang dianjurkan oleh PERKEP Machang
dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan yang hebat
ini.

Yang Berbahagia Puan-Puan sekalian,

Kejohanan pada hari ini merupakan acara yang bermakna dimana kita semua
berpeluang untuk sama- sama melibatkan diri, berusaha bersungguh-sungguh untuk
menyatakan komitmen kita kepada sukan ini. Saya percaya, sukan yang diadakan
seperti ini, dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan ia juga adalah satu usaha
untuk mewujudkan semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu
tujuan untuk dikongsi bersama-sama. Dalam sesuatu pertandingan, menang atau kalah
bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi dinilai dari
segi semangat kesukanan bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta
meraikan pasukan yang menang. Yang lebih penting lagi, melalui kegiatan sukan inilah
yang menyatukan kita sebagai PERKEP IPD Machang.

Yang Berbahagia Puan-Puan sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya, Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada kepada AJK-AJK dan Warga Perkep IPD Machang dan semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan kejohanan pada
petang ini.

Sekian sahaja daripada saya. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like