You are on page 1of 8

PERJANJIAN PERKONGSIAN

Perjanjian ini dibuat pada tarikh dan tahun seperti yang dicatatkan di dalam Ceraian 1 Jadual Pertama
diantara pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalam Ceraian 2 Jadual Pertama (selepas ini
dirujuk sebagai ‘Pihak Pertama’) bagi pihak yang Pertama Dan pihak yang nama dan keterangannya
tercatit di dalam Ceraian 3 Jadual Pertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Kedua’) bagi pihak yang
Kedua.

ARTIKEL 1

1 MUKADDIMAH

1.01 Pihak Pertama adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di ( Nama/ic-
no/Alamat Penuh )
1.02 Pihak Kedua adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di.( Nama/ic-
no/Alamat Penuh )
1.03 Pihak Pertama dan Kedua ada membuka sebuah Perkongsian di bawah Akta Perkongsian
1961 di atas nama (selepas ini disebut sebagai ‘Perniagaan Tersebut’).
1.04 Pihak Pertama dan Kedua bersetuju untuk melabur dan berusahasama dalam menjalankan
Perniagaan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-
peruntukan yang dinyatakan secara jelas atau tersirat dalam Perjanjian ini.

ARTIKEL 2

2 DEFINISI-DEFINISI

2.01 Di dalam Perjanjian ini, setiap perkataan hendaklah membawa maksud seperti yang
dinyatakan di bawah:-
a.) ‘Pihak Pertama’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 2 Jadual
Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan
penguasaannya.
b.) ‘Pihak Kedua’ merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 3 Jadual
Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan
penguasaannya.
c.) ‘Perniagaan Tersebut’ merujuk kepada perniagaan seperti yang terdapat di dalam
Pendaftaran Perkongsian dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan.
d.) ‘Balasan’ merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi daripada
Perniagaan Tersebut dan akan dibahagikan diantara Pihak Pertama dan Kedua.
e.) ‘Liabiliti’ merujuk kepada tanggungjawab bersesama yang perlu dipikul dan dilaksanakan
oleh Pihak Pertama dan Kedua.
f.) ‘bulan’ bermakna bulan kalender masihi.
g.) ‘RM’ merujuk kepada Ringgit Malaysia yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
h.) ‘Undang-undang’ merujuk kepada Undang-undang Malaysiayang terkandung di dalam
Akta-akta,Regulation dan ‘by Laws’ yang diterima pakai di Malaysia.
i.) Masa dimana jua disebut di dalam Perjanjian ini adalah menjadi perkara mustahak dan
pati bagi perjanjian ini.
j.) Jika terdapat dua atau lebih orang perseorangan yang boleh dikategori sebagai Pihak
Pertama dan Pihak Kedua apa-apa perjanjian–perjanjian,waad-waad,syarat-syarat dan
akujanji-akujanji mereka hendaklah dianggap sebagai dilaksanakan oleh dan akan
mengikat setiap daripada mereka bersama dan berasingan.
k.) Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan
dikira yermasuk gender feminin dan hekter dan sebaliknya.
l.) Perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan tunggal hendaklah disifatkan dan
dikira termasuk bilangan banyak dan sebaliknya.

ARTIKEL 3

3 BALASAN

3.01 Keuntungan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad bahawa keuntungan bersih yang
akan diperolehi daripada Perniagaan tersebut akan dibahagi sama rata diantara Pihak
Pertama dan Pihak Kedua pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50% :50%)masing-
masing.

3.02 Kerugian

Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju akan bersesama menanggung kerugian sekiranya
berlaku daripada Perniagaan Tersebut pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh
(50%:50%) masing-masing tanpa gagal.

3.03 Keingkaran Pembahagian Balasan

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sekiranya ada di antara pihak-pihak terlibat di dalam
Perjanjian Perkongsian ini gagal samada membahagikan keuntungannya atau kerugiannya
seperti yang dinyatakan secara jelas di kalusa 3.01 dan 3.02 melainkan dengan persetujuan
kedua-dua pihak, maka pihak yang satu lagi adalah berhak membawa perkara tersebut ke
Mahkamah.

ARTIKEL 4

4 MODAL DAN PELABURAN

4.01 Modal
Kedua-dua pihak mempunyai pengetahuan bahawa Pihak Pertama dan Pihak Kedua telah
mengeluarkan modal awal bagi menjalankan Perniagaan Tersebut.

ARTIKEL 5

5 LIABILITI

5.01 Liabiliti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa liabiliti terhadap Perniagaan Tersebut adalah ditanggung
bersesama Pihak Pertama dan Pihak Kedua dan sekiranya satu pihak di saman bagi tuntutan
gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaran maka pihak yang satu
lagi akan mengindemnifikan pihak yang disaman tersebut tanpa gagal. Sekiranya pihak yang
satu lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk mengindemnifikan pihak yang disaman
tersebut maka secara perjanjian pihak yang disaman tersebut berhak untuk menarik pihak
yang satu lagi di dalam prosiding tuntutan tersebut sebagai Pihak Ketiga.

ARTIKEL 6

6 PENGURUSAN

6.01 Kewangan

Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa kedua-dua pihak adalah
bertanggungjawab bersesama untuk mengendalikan pengurusan kewangan Perniagaan
Tersebut dan akan melantik juruaudit luar bagi setiap hujung tahun kewangan untuk
memastikan bahawa perjalanan akaun Perniagaan Tersebut adalah teratur dan tersusun
tanpa ada sebarang penyelewengan.

6.02 Pekerja

Pihak Pertama dan Pihak Kedua berjanji akan bertanggungjawab bersesama untuk
mengambil insuran pekerja-pekerja Perniagaan Tersebut dengan insuran pampasan pekerja
dan akan membayar sebarang caruman yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

ARTIKEL 7

7 KEDUDUKAN SYARIKAT

7.01 Kedudukan syarikat

a.) Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa pada masa menandatangani
Perjanjian Perkongsian ini, Perniagaan Tersebut akan beroperasi sebagai sebuah
perniagaan induk sendiri dan akan hanya diuruskan oleh Pihak Pertama dan Pihak
Kedua.
b.) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pada masa material tersebut Pihak Pertama dan
Pihak Kedua adalah diwajibkan untuk menandatangani segala dokumen-dokumen yang
perlu bagi Perniagaan Tersebut.

ARTIKEL 8

8 PEMBATALAN
8.01 Pembatalan Perjanjian Perkongsian ini
a.) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian perkongsian ini tidak boleh
dibatalkan samasekali melainkan berlakunya perkara-perkara yang dinyatakan
dibawah ini:-
i. sekiranya kedua-dua pihak bersetuju secara sukarela membatalkan Perjanjian
Perkongsian ini;dan/atau
ii. sekiranya salah satu pihak yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian ini
melanggar syarat-syarat ,terma-terma dan peruntukan-peruntukan di dalam
Perjajian Perkongsian ini;dan/atau
iii. sekiranya pihak berkuasa membatalkan lesen Perniagaan Tersebut dan/atau
enggan memperbaharui lessen Perniagaan Tersebut;dan/atau
iv. sekiranya Perniagaan tersebut mengalami kerugian yang teruk dan Pihak
Pertama dan Pihak Kedua terpaksa menutup Perniagaan Tersebut samada
secara sukarela ataupun dengan perintah mahkamah.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatalan Perjanjian Perkongsian tidak akan


menyebabkan hilangnya hak pihak-pihak yang terlibat didalam Perjanjian Perkongsian ini
yang telah dinyatakan didalam peruntukan –peruntukan Perjanjian Perkongsian ini.

ARTIKEL 9

9 KEINGKARAN

9.01 Keingkaran Pihak Pertama

Sekiranya Pihak Pertama melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan


yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Kedua berhak
membatalkan Perjanjian Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak
Pertama dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan
dan Pihak Kedua berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan
daripada perlanggaran tersebut

Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam


Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Pertama menyebabkan Pihak Kedua di saman terhadap
tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak
Pertama mestilah mengindemnifikan Pihak Kedua terhadap tuntutan-tuntutan tersebut
tanpa gagal.

9.02 Keingkaran Pihak Kedua


Sekiranya Pihak Kedua melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan
yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Pertama berhak
membatalkan Perjanjian Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak
Kedua dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan
Pihak Pertama berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami kesan
daripada perlanggaran tersebut

Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam


Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Kedua menyebabkan Pihak Pertama di saman terhadap
tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak
Kedua mestilah mengindemnifikan Pihak Pertama terhadap tuntutan-tuntutan tersebut
tanpa gagal.

ARTIKEL 10

10 EKUITI
10.01 Ekuiti

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dengan menandatangani Perjanjian Perkongsian ini,


maka Pihak Pertama mempunyai Lima Puluh Peratus(50%) pegangan ekuiti di dalam
Perniagaan Tersebut dan Pihak Kedua mempunyai Lima Puluh Peratus (50%) pegangan ekuiti
di dalam Perniagaan Tersebut.

10.02 Penjualan Ekuiti

a.) Pihak Pertama bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Pertama mempunyai niat
untuk menjual pegangan ekuiti Pihak Pertama kepada pihak lain maka persetujuan bertulis
daripada Pihak Kedua mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan
terlebih dahulu kepada Pihak Kedua dan Pihak Kedua dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah
memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan
dan sekiranya Pihak Kedua gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah
ditetapkan maka Pihak Pertama berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut
kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Kedua.

b.) Pihak Kedua bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Kedua mempunyai niat untuk
menjual pegangan ekuiti Pihak Kedua kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada
Pihak Pertama mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih
dahulu kepada Pihak Pertama dan Pihak Pertama dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah
memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan
dan sekiranya Pihak Pertama gagal memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah
ditetapkan maka Pihak Kedua berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut
kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Pertama.

c.) Sekiranya penjualan pegangan ekuiti tersebut tidak mengikut peruntukan-peruntukan yang
telah ditetapkan di Klausa 10.02 (a) dan (b) maka penjualan ekuiti tersebut adalah tidak sah.

ARTIKEL 11

11 FORCE MAJEURE

11.01 Force Majeure


Sekiranya berlaku ‘Force Majeure’ yang menyebabkan mana-mana pihak di dalam Perjanjian
Perkongsian ini tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan di
dalam Perjanjian Perkongsian ini, maka kegagalan dan/atau keingkaran tersebut adalah tidak
boleh diambilkira sebagai perlanggaran kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan
–peruntukan di dalam Perjanjian ini.

Definisi bagi ‘Force Majeure’ adalah seperti berikut:-


a.) berlakunya peperangan,penaklukan,perbuatan, kerosakan yang teruk oleh pihak-
pihak pelampau, rusuhan, daruruat, serangan pengganas, kiamat dan sebagainya; dan
/atau
b.) berlakunya pencemaran radioaktif samada daripada sumber nuklear atau sumber-
sumber lain yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak; dan /atau
c.) berlakunya gempa bumi, bsnjir besar, letupan gunung berapi dan sebagainya yang
dikategorikan sebagai ‘Act of God’

ARTIKEL 12

12 KEPELBAGAIAN

12.01 Penyerahan tugas


Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tugas-tugas pengurusan akan hanya dibuat oleh Pihak
Pertama dan Pihak Kedua sahaja melainkan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik
orang ketiga bagi tugas-tugas pengurusan.

12.02 Cukai
Kedua-dua pihak bersetuju akan bersama membayar cukai yang mungkin dikenakan oleh
Pihak Berkuasa diartas Perniagaan Tersebut.

12.03 Sulit dan Persendirian

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa segala maklumat-maklumat berkaitan dengan


Perniagaan Tersebut adalah sulit dan persendirian dan kedua-dua pihak berjanji tidak akan
memaklumkan kepada sesiapapun samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung berkenaan dengan maklumat-maklumat Perniagaan Tersebut.

12.04 Undang-Undang

Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa dalam menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap Perjanjian Perkongsian tersebut mestilah mematuhi setiap undang-undang
di Malaysia dan sekiranya ada pihak-pihak yang secara sengaja ataupun tidak sengaja
melanggar undang-undang sehingga menyebabkan pihak yang satu lagi disaman maka pihak
yang melanggar undang-undang tersebut mestilah mengindemnifikan pihak yang satu lagi
terhadap saman tersebut.

12.05 Pemberian Milik

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian Perkongsian ini tidak boleh dipindahmilik oleh
mana-mana pihak yang terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini kepada Pihak Ketiga.

12.06 Masa

Masa merupakan asset penting di dalam Perjanjian Perkongsian ini berhubung dengan
segala terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini.

12.07 Jadual dianggap Bahagian Penting Perjanjian Usahasama ini

Jadual-jadual yang dilampirkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini hendaklah dianggap,


dibaca dan ditafsirkan sebagai penting Perjanjian Perkongsian ini.

12.08 Notis
Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki, disampaikan leh mana-mana
pihak kepada Perjanjian Perkongsian ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan
sebagai penyampaian yang mencukupi dan sempurna sekiranya dihantar oleh pihak itu atau
peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak-pihak yang satu lagi itu seperti
yang tersebut terdahulu di atas ini dan didalam hal demikian ianya hendaklah disifatkan
telah menerimanya apabila menerima bukti serahan berdaftar tersebut atau dengan
serahan tangan ke diri pihak-pihak dalam Perjanjian Perkongsian ini.
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan menurunkan tandatangan
masing-masing di sini pada haribulan dan tahun yang tertera dimuka surat pertama
perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama

dihadapan:-

Ditandatangani oleh Pihak Kedua

dihadapan:-

You might also like