Professional Documents
Culture Documents
1.0 Pengenalan
Pentadbiran Kenali Kod Minat Kerjaya Saya (KKMKS) telah dilaksanakan di Institut
Perguruan Temenggong Ibrahim. Seramai 30 orang guru pelatih secara sukarela telah
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Saya telah mentadbir sendiri inventori ini kepada
responden. Responden yang terdiri daripada guru pelatih IPTI telah memberi kerjasama
yang baik. Kehadiran saya bersama ketika instrument ditadbirkan adalah untuk
membolehkan saya memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
KKMKS adalah satu inventori yang amat berguna kepada pendidik dan pelajar. Ia dapat
memberi gambaran kepada pendidik dan murid mengenai maklumat yang tepat mengenai
minat kerjaya murid. Kepada guru bimbingan , ini akan memudahkannya apabila ingin
melaksanakan bimbingan kerjaya. Bagi pelajar pula, setelah mengetahui minat kerjaya
masing-masing, mereka akan lebih memahami diri dan boleh memberi tumpuan yang lebih
dalam rangka untuk mengoptimumkan potensi yang ada.
1
2.0 Data Responden
Responden terdiri daripada guru pelatih Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. 30 orang
responden telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan. Jadual 1
menunjukkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut gender dan bangsa.
Gender
Lelaki 12 40.00
Perempuan 18 60.00
Bangsa
Melayu 28 93.33
Cina 2 6.33
India 0 10.00
2
Jadual 2 : Kod Minat Kerjaya Saya
Ciri-ciri Persekitaran Kekerapan
Persekitaran
I 6 6 7 19
Investigatif
Persekitaran Artistik A 1 3 5 9
Persekitaran Sosial S 16 8 2 26
Persekitaran
E 3 8 7 18
Enterprising
Persekitaran
Konvensional C 2 4 6 12
Keputusan
Daripada ujian inventori yang dilaksanakan, didapati guru pelatih majoritinya mempunyai
persekitaran sosial yang tinggi iaitu seramai 53.33 % daripada mereka.
Ciri-ciri personaliti dalam persekitaran sosial ialah suka bersosial. Bertanggung, suka
membantu berkawan, idealistik, memberi kerjasama murah hati, baik hati dan mempunyai
ciri-ciri kemanusiaan. Kecekapan dan kebolehan mereka ialah memanipulasi orang lain
dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, menyembuh atau memberi ilham. Bentuk
persekitaran pekerjaan ialah sekolah, pusat jagaan kanak-kanak atau orang tua,atau pusat
jagaan kanak-kanak cacat. Oleh itu jenis pekerjaan yang sesuai ialah guru sekolah,
kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan atau menjadi sukarelawan.
3
Persekitaran investigatif juga menjadi tumpuan minat guru pelatih. Seramai 63.33 %
telah memilihnya sebagai pilihan yang pertama hingga ke-3, iaitu pilihan pertama, 20 %
pilihan ke-2, 20 % dan pilihan yang ke-3,ialah 23.33.
Ciri personaliti investigatif ini ialah analitikal, kritikal, ingin tahu, teliti, rasional, bebas,
introvert dan berhati-hati. Mereka mempunyai kecekapan dan kebolehan iaitu menjalankan
kajian-kajian secara pemerhatian, bersistem dan kreatif dengan menggunakan kebolehan
intelek bagi memahami sesuatu fenomena. Bentuk persekitaran yang sesuai ialah makmal-
makmal, perpustakaan, pusat-pusat penyelidikan.
Jenis pekerjaan yang sesuai ialah ahil falak, ahli kaji hayat, ahli kimia, ahli sains, ahli fizik,
ahli geologi, penyunting, penyelidik, astronomi.
Ciri persekitaran enterprising juga kerap menjadi antara markah yang tinggi yang
diperolehi responden. Ciri-ciri personaliti mereka ialah bersungguh-sungguh, cergas, suka
rnenonjol diri, suka bercakap dan bersosial, bebas, bercita-cita tinggi. mempunyai
keyakinan yang tinggi, melihat dan segi status, kepuasan, bcrtanggung dan memimpin diri
dan membentuk kecekapan
Kecekapan dan kebolehan yang ada ialah mampu memanipulasi orang lain untuk mencapai
matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi.
Bentuk persekitaran pekerjaan ialah di syarikat perniagaan, syarikat insuran, tempat
menjual kereta . Jenis pekerjaannya pula ialah Pegawai penilai, Pengurus dan pegawai
pemasaran.
4
Ciri-ciri persekitaran artistik adalah yang terendah sekali menjadi pilihan guru pelatih
iaitu hannya 3.33 % sahaja yang menjadikannya pilihan pertama mereka. Ini
menunjukkan mereka tidak mempunyai ciri personaliti seperti imaginatif, intuitif,
emosional, tulen, bebas, keperempuanan dan introspektif.
Kecekapan dan kebolehan mereka yang mempunyai ciri artistik ialah kegiatan-kegiatan
yang bebas, tidak bersistem, yang memanipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa atau
kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan karya-karya seni.
Bentuk persekitaran yang selesa bagi mereka ialah studio, teater, galeri seni, pementasan.
Jenis pekerjaan ialah penyanyi, dramatis, pelakon, penyanyi, arkitek,pengarang, kartunis,
Kesimpulan
Sebagai bakal guru sewajarnya mereka mempunyai markah yang tinggi pada persekitaran
Sosial dan Investigatif. Keputusan 3 kod minat kerjaya yang popular ialah S E I dan S E C.
Mereka juga mempunyai ciri-ciri enterprising dan realistik yang tinggi. Ini sudah tentu
memberi kelebihan mereka sebagai bakal seorang guru yang cemerlang.
5
Jadual 3 : Skor Akhir Responden Terhadap Kod Kerjaya Saya.
Jumlah Jumlah
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Besar Besar Kod
RESPON Besar Besar Besar Besar Enter Conven Paling
DEN Realistik Invetigatif Artistik Sosial prising tional Tinggi Kedua Ketiga
1 17 34 28 40 35 32 S E I
2 5 39 28 38 24 29 I S C
3 30 40 12 36 23 36 I SC R
4 16 17 30 36 33 29 S E A
5 30 18 25 29 19 12 R S A
6 10 25 20 25 16 14 IS A E
7 9 29 17 36 21 22 S I C
8 6 23 33 43 36 9 S E A
9 16 22 18 37 30 18 S E I
10 13 33 30 21 6 27 I A C
11 33 30 14 34 33 28 S RE I
12 15 17 18 33 34 35 C E S
13 35 16 7 21 14 13 R S I
14 8 12 10 21 21 11 SE I C
15 17 23 24 36 29 32 S C E
16 30 40 14 34 33 35 I S E
17 26 20 16 34 23 34 S:C R E
18 25 29 8 27 6 9 I S R
19 4 7 6 20 10 14 S C E
20 31 30 28 26 21 22 R I A
21 29 17 11 30 10 13 S R I
22 32 22 17 25 22 12 R S IE
23 14 17 30 38 28 25 S A C
24 28 26 38 32 22 23 A S R
25 29 38 24 40 40 37 SE I C
26 34 24 18 15 15 4 R I A
27 33 36 6 30 38 32 E I R
28 8 13 7 30 18 10 S E I
29 11 12 6 42 33 39 S C E
30 39 27 19 30 32 12 R E S
Jum
Bil R 6 3 4 13
Bil I 6 6 7 19
Bil A 1 3 5 9
Bil S 16 8 2 26
Bil E 3 8 7 18
Bil C 2 4 6 12
6
LAMPIRAN
KERJAYA
LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka
sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun
tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.
Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh
berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor
utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.
Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat
kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.
Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian
dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.
Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.
Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu
peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.
"Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan
kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi
dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.
7
Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah
20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.
"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor
pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.
Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya
seperti menjadi guru.
Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana
tidak banyak mengalami 'gangguan'.
Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu
seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik
dan minat mereka.
Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan
kerjaya anak-anak.
Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan
memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.
Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar
dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.
Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis
ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.
8
"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia
tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang
dicari,'' tegasnya.
Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh
media.
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
3. Bidang saintifik/perubatan
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
1. Kewangan/Perniagaan
9
Pengurus dan agen insurans
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain
3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains
dan masyarakat)
10
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain
Pengurus perjawatan
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
11
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain
6. Teknikal
Arkitek
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Pakar runding (
Dan lain-lain
7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan
perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
12
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
dan lain-lain
13