You are on page 1of 5

ULASAN ARTIKEL JURNAL

Jurnal Komunikasi Malaysia


Jilid 28(2): 51-71
Persepsi Pekerja Muda Terhadap Komunikasi dan Perkongsian Hubungan Kerja Bersama
Pekerja Yang Lebih Berusia Di Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia.
Saodah Wok & Junaidah Hashim
International Islamic University Malaysia
Abstark
Dalam jurnal ini, satu kajian telah dijalankan untuk menganalisis persepsi pekerja muda
terhadap tahap kepuasan hubungan kerja mereka dengan kerja berpasukan, pembelajaran
bersama-sama, penglibatan dalam membuat keputusan, dana pemberian maklum balas
kepada pekerja yang lebih berusia yang bekerja dalam institusi pengajian tinggi. Pengkaji
telah membuat kajian tersebut dalam kalangan pekerja muda yang berusia kurang
daripada 40 tahun terhadap pekerja yang lebih berusia iaitu 56 hingga 58 tahun. Dalam
kajian ini, kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan. Pengkaji telah
menggunakan borang kaji selidik untuk mengumpul data tinjauan dan seterusnya
dianalisis menggunakan program komputer iaitu SPSS WIN 16.0 bagi statistik deskriptif
dan statistik inferensi. Kebanyakan pekerja muda memberikan respon bahawa mereka
dapat mempelajari banyak pengalaman dan pengajaran daripada pekerja yang lebih
berusia kerana pekerja yang leih berusia banyak membantu melalui perkongsian
pengalaman dalam membuat keputusan. Namun, pekerja yang lebih berusia jarang untuk
memberi pujian kepada pekerja yang lebih muda dalam pencapaian prestasi mereka. Hal
ini mungkin kerana pekerja yang lebih berusia merasakan prestasi kerja mereka belum
mencapai tahap yang mereka mahu.
Pengenalan
Dalam pengenalan ini, terdapat andaian bahawa pekerja yang lebih berusia kurang
produktif dalam pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal. Hal ini tidak benar, kerana
masyarakat pada masa ini bukan sahaja hidup lebih lama malahan hidup lebih sihat
kerana peningkatan tahap teknologi. Disebabkan hal ini, kadar umur persaraan penjawat
awam telah dinaikkan oleh kerajaan. Kebanyakkan negara telah menetapkan had umur
persaraan di atas 60 tahun.
Beberapa implikasi telah disuarakan bahawa kenaikan had umur pesaraan penjawat awam
ini memberikan impak yang memberi kesan kepada peluang pekerjaan. Kebanyakkan
pengkaji lebih fokus kepada impak ekonomi dan kewangan berbanding impaknya kepada
sosial pekerja. Kajian ini cuba untuk memfokuskan kepada perspektif pekerja muda
terhadap kenaikkan had umur persaraan. Dalam banyak-banyak kes, pekerja yang senior

yang telah lama bekerja akan dinaikkan pangkat mengikut kebiasaan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengetahui tahap kepuasan, kerjasama berkomunikasi, pembelajaran dan
pengalaman, dan analisis bagaimana ketiga-tiga aspek tersebut bersama dengan perkerja
yang lebih berusia.
Namun, kebanyakkan daripada pengkaji-pengkaji fokus kepada motivasi dan kepuasan
bekerja pekerja yang lebih berusia. Tidak ramai pengkaji yang menggunakan persepsi
pekerja muda terhadap pekerja yang lebih berusia. Oleh sebab yang sedemikian, kajian
ini diperlukan untuk merapatkan jurang pengetahuan dalam mengendalikan
pembangunan kerjaya bagi pekerja yang muda. Keseluruhan daripada hasil kajian ini
akan menambahbaik pemahaman masyarakat tentang kenaikan had umur persaraan.
Persaraan di Malaysia
Dalam bahagian ini, penulis telah menerangkan bagaimana had umur persaraan telah
diubah dari masa ke semasa di Malaysia. Ia telah bermula pada zaman penjajahan British,
iaitu Malaysia mengambil sistem persaraan British di mana had persaraan mandatori bagi
penjawat kerajaan ditetapkan pada umur 55 tahun. Untuk sistem persaraan awal, kerajaan
telah menetapkan 40 tahun bagi perempuan dan 45 tahun bagi lelaki. Hal ini adalah untuk
memberikan peluang kepada pekerja-pekerja ini untuk menukar pekerjaan. Setelah
diperdebatkan banyak kali mengenai had umur persaraan ini, had tersebut telah dinaikkan
kepada 56 tahun. Had ini merupakan had umur yang terendah di Asia. Thailand dan
Singapura telah menetapkan persaraan mandatori 60 tahun dan 67 tahun, manakal
Filipina telah menetapkannya pada umur 65 tahun. Ramai orang telah beranggapan
bahawa pada umur 56 tahun, banyak perkara masih boleh disumbangkan terutama dalam
pengalaman dan selok-belok pekerjaan.
Dalam Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS)
pada Julai 2008, Perdana Menteri Malaysi telah mempersetujui permintaan kongres
tersebut untuk menaikkan had umur persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun.
Kongres yang mempunyai ahli sebanyak 1.2 juta ini telah berjuang untuk menaikkan had
umur persaraan selama 15 tahun. Pada awal tahun 2012, had umur persaraan tersebut
telah dipanjangkan kepada 60 tahun.
Namun, terdapat beberapa reaksi yang telah ditunjukkan, terutama pekerja yang muda.
Beberapa pendapat telah disuarakan oleh orang awam di Malaysia tentang kesan buruk
kenaikkan had umur persaraan kepada pekerja muda. Hal ini akan menyebabkan
beberapa implikasi yang akan mengubah struktur organisasi pekerjaan tersebut.
Disebabkan kenaikkan had umur persaraan tersebut, peluang pekerjaan dan kenaikkan
staf junior akan terkesan. Namun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menerang
kan bahawa kenaikkan had umur persaraan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan
kepada penjawat awam kerana masih terdapat 200,000 kekosongan. Dia menambah lagi
kenaikkan pangkat staf junior hanya dibuat berdasarkan merit dan keupayaan dan
bukannya berdasarkan umur.

Rangka Kerja Teori


Bahagian ini akan menyentuh bagaimana pengkaji-pengkaji memberikan teori tentang
perspektif pekerja muda dalam bekerja dengan pekerja yang lebih berusia. Dalam
banyak-banyak kajian, pekerja yang berusia merujuk kepada pekerja yang berumur dalam
40 tahun hingga 75 tahun bergantung kepada bidang pekerjaan. Akta Diskriminasi Umur
dan Kerja 1967 dimana telah melarang pendiskriminasian juga menetapkan umur 40
tahun ke atas sebagai pekerja yang berusia.
Walaupun pekerja baru merupakan orang baru dalam bidang tersebut, namun mereka
mempunyai motivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka akan sentiasa bekerja
dengan bersemangat secara berterusan selama mereka bekerja. Sebaliknya, para majikan
melihat pekerja yang berusia ini sebagai satu liabiliti dalam pekerjaan berbanding sebagai
satu sumber yang berharga. Hal ini disebabkan pandangan majikan yang beranggapan
bahawa pekerja yang berusia ini menggunakan kos yang banyak dan kurang
mendatangkan keuntugan kepada majikan dan menjadikan mereka kurang berguna
berbanding pekerja yang muda.
Oleh itu, beberapa hipotesis telah terbentuk daripada perdebatan pengkaji-pengkaji yang
mengkaji mengenai persepsi pekerja muda terhadap pekerja yang lebih berusia:
H1: Pekerja muda berpuas hati bekerja bersama pekerja yang lebih berusia
H2:Pekerja muda mempunyai pengalaman yang baik secara berkumpulan bersama
pekerja yang lebih berusia
H3:Pekerja muda mempunyai hubungan kerja yang positif bersama pekerja yang lebih
berusia
H3.1:Pekerja muda mempunyai hubungan kerja yang positif bersama pekerja yang lebih
berusia dengan sehubungan pembelajaran bersama
H3.2: Pekerja muda mempunyai hubungan kerja yang positif bersama pekerja yang lebih
berusia sehubungan dengan penyertaan membuat keputusan.
H3.3: Pekerja muda mempunyai hubungan kerja yang positif bersama pekerja yang lebih
berusia sehubungan maklum balas komunikasi
H4:Terdapat hubungan positif antara kepuasan bekerja bersama pekerja yang lebih
berusia dan kerjasama berkomunikasi, pembelajaran bersama, penyertaan membuat
keputusan, dan maklum balas berkomunikasi.
Hasil Kajian
Kajian yang dijalankan menunjukkan 67.1% daripada 575 responden adalah perempuan.
44.3% responden adalah berumur di antara 26-30 tahun, diikuti 31-35 tahun sebanyak
21.4%. Hampir keseluruhan daripada responden merupakan bangsa Melayu iaitu 92.8%.
Dalam hasil kajian ini, aspek yang pertama kepuasan bekerja bersama pekerja yang lebih
berusia, responden telah memberikan respon bahawa mereka suka bekerja bersama
dengan pekerja yang lebih tua kerana mereka boleh menimba banyak pengalaman apabila
bersama dengan pekerja yang lebih berusia. Mereka berpendapat bahawa pengalaman
daripada pekerja yang lebih berusia amat diperlukan supaya mereka boleh mempelajari
dan mengambil pengalaman daripada pekerja yang lebih berusia.

Data yang seterusnya ialah pengalaman kerja berpasukan komunikasi bekerja dengan
pekerja yang berusia. Dalam data ini,pekerja muda memberikan komen bahawa pekerja
yang berusia banyak memberikan cadangan dan komen kepada pekerja muda. Mereka
suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan pekerja yang berusia ini lebih
cenderung untuk membantu dalam membuat keputusan berkumpulan. Namun, pekerja
muda berpendapat bahawa pekerja yang berusia tidak mahu mendengar secara terbuka
apa yang disuarakan oleh pekerja muda. Pekerja muda melihat pekerja yang berusia ini
tetapi tidak ketara, dalam aspek boleh bekerja dengan pelbagai peringkat umur,
merupakan pemain yang bagus, meletakkan matlamat kumpulan lebih daripada matalamt
sendiri dan senang untuk bekerja dengan orang lain. Walalupun pekerja muda mempunyai
perspersi yang negatif terhadap pekerja yang berusia, pekerja muda masih mempunyai
pandangan yang tinggi terhadap pekerja yang berusia dalam aspek kerjasama. Oleh itu,
hipotesis kedua, pekerja muda mempunyai pengalaman yang baik secara berkumpulan
bersama pekerja yang lebih berusia disokong oleh data ini.
Selepas itu, pembelajaran secara bersama pekerja berusia dilihat daripada tiga perspektif
iatau pembelajaran bersama, penyertaan membuat keputusan, dan maklum balas
komunikasi. Kesemua ketiga-tiga perspektif tersebut mempunyai persetujuan yang positif
oleh pekerja yang muda. Oleh itu,hipotesis yang ketiga disokong.
Pembelajaran bersama pekerja yang berusia telah diterima dengan positif oleh pekerja
muda. Pekerja muda banyak belajar daripada pengalaman pekerja yang berusia. Malahan,
mereka mengaku bahawa mereka belajar kemahiran dan pengetahuan yang baru untuk
mereka bekerja. Pekerja muda juga belajar untuk menerima komen secara positif
daripada pekerja yang berusia. Aspek yang penting yang mereka belajar ialah pengurusan
masa. Pekerja yang berusia lebih mengetahui bagaimana mereka menguruskan masa
mereka dengan cekap.
Selain itu, dalam membuat keputusan secara berkumpulan, persetujuan amat sukar
dicapai oleh semua. Namun, pekerja yang berusia menggalakkan untuk membuat
keputusan, memberi cadangan dalam membuat keputusan, mengajar mereka dalam proses
membuat keputusan, dan menyelesaikan masalahh dalam membuat keputusan. Oleh itu,
kajian ini menunujukkan bahawa hubungan bekerja bersama dengan pekerja yang berusia
amat disokong dan diberi respon yang positif.
Pekerja yang muda amat menghargai pekerja yang berusia dalam memberi maklum balas.
Mereka menyatakan bahawa mereka menerima maklum balas yang baik daripada pekerja
yang berusia. Mereka juga menerima pandangan dan cadangan untuk pertumbuhan dan
pembangunan. Namun begitu, pekerja berusia tidak seberapa baik dalam memberikan
pujian kepada pekerja muda mengenai prestasi pekerja mereka.

Kesimpulan
Daripada kajian ini dapat dilihat bahawa pekerja yang muda mempunyai persepsi yang
baik kepada pekerja yang berusia dan mereka berpuas hati tentang kerjasama yang
diberikan. Mereka memperoleh banyak daripada pekerja yang berusia kerana pekerja
yang berusia lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bekerja. Walaupun
mereka mempunyai perspektif yang negatif terhadap pekerja berusia dari segi menerima
pendapat orang lain dan tidak mampu untuk bekerja dengan peringkat umur yang lain.
Mereka merupakan mentor kepada pekerja muda dari segi pelbagai aspek.

You might also like