You are on page 1of 4

KEBAIKAN KOPERASI SEKOLAH

Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti

setiap sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk

para murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap

tidak mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-

murid di sekolah.Tahukah anda apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi

merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan

perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli

lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi

merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan

mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini

bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-

perkara lain.

Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam

kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan

murid lain membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka

untuk berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok

dalam mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini

terlibat dalam aktiviti jual beli,membuat akaun,pemasaran dan

pembekalan.Semangat berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela

kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di samping

itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering

mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah mampu

memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.


Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah

pada setiap barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan

sebagainya.Alatan-alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang

murid untuk memulakan pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar

dengan baik jika kelengkapan mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus

menyediakannya terlebih dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini

akan memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang

murah juga dapat membantu murid yang dari keluarga yang kurang senang untuk

belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang

lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah merupakan salah satu daripada

kebaikan koperasi.

Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana

mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana

hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi

suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang

tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka

keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan rendah dan tiada

pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat

kerja yang diberikan oleh guru mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain

dan menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan

tersebut.Dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat

membantu murid-murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa

murid-murid dengan perkhidmatan yang disediakan.


Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat

cermat.Hal ini kerana apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu

menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit

lebihan itu dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh digunakan jika ada

kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan pembedahan dan

sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid

sejak mereka kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid

harus menyimpan atau menanbung kerana menabung merupakan satu amalan yang

mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti

yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-lama

menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat dapat dipupuk

melalui koperasi sekolah.

Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli

barang,malah memberi banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita

dapat melahirkanmurid yang lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan

matang dalam membuat keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap

akan berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain itu,koperasi sekolah juga dapat

dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan

membuat tempahan buku dengan pembekal di luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah

gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha untuk menyediakan satu

perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita

renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah.

You might also like