You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam Kurikulum Bersepadu pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan,


kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat
kurikulum. Proses ini yang merangkumi satu episod aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai dan maklumat tentang sesuatu aktiviti pembelajaran. Pentaksiran
dijalankan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran dan
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dunn (1991),
pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh
pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran
akan diperolehi setelah melaksanakan pentaksiran dan dapat dijadikan rujukan bagi
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Pentaksiran
terbahagi kepada empat iaitu pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

Dalam tugasan 1 Pentaksiran Dalam Pendidikan, kami telah melaksanakan tugas semasa
PBS iaitu mentadbir ujian. Ujian atau pengujian ialah proses penyerahan set soalan yang
standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku, pencapaian akademik atau perubahan seseorang individu atau
pelajar. (Cronbach, 1970). Maklumat yang diperolehi daripada ujian akan dijadikan dasar atau
panduan untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Kesimpulannya, pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi menentukan


perbezaan tahap prestasi seseorang individu dibandingkan dengan individu lain, atau sejauh
mana tahap dan pencapaian yang dapat dicapai oleh seseorang individu berbanding dengan
tugas yang ditentukan.

2.0 TUJUAN PENGUJIAN

Terdapat banyak tujuan sesebuah ujian ditadbir. Tujuan ini bergantung kepada kemahiran
apa yang ingin diuji di dalam sesebuah ujian tersebut. Dalam tugasan PBS yang telah saya
laksanakan, saya telah mentadbir sebuah Ujian Diagnostik bahasa Melayu bagi murid-murid
Tahun 2.

Ujian diagnostik ialah satu instrumen yang digunakan oleh guru Pemulihan untuk mengukur
daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui keputusan yang diperolehi dalam ujian ini,
guru dapat mengenal pasti apakah masalah yang dialami murid dalam pembelajaran dan
daerah mengesan kelemahan murid di peringkat awal. Ujian ini secara tidak langsung akan

1
memudahkan guru merancang aktiviti bagi memulihkan murid ini semasa berada dalam kelas
Pemulihan. Ujian diagnostik terbahagi kepada diagnostik pengamatan, Bahasa Melayu lisan,
Bahasa Melayu bertulis dan diagnostik Matematik. Ujian yang telh dilaksanakan ialah Bahasa
Melayu bertulis.

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi
pergerakan tangan dan mata. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa
menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat
yang bercampur aduk huruf besar dan kecil.

Selain itu, tujuan utama bagi melaksanakan ujian Bahasa Melayu bertulis ini ialah
mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid semasa menguasai
kemahiran yang diajarkan oleh guru. Melalui ujian diagnostik dapat menyaring murid yang
mengalami masalah 3M. Sekiranya murid ini didapati tidak dapat menguasai kemahiran
pemulihan dan konstruk Linus, murid ini akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan dan
membantu guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap kemahiran murid.

3.0 PROSEDUR MENTADBIR UJIAN

Pembinaan sesuatu ujian diagnostik perlulah mengutamakan beberapa perkara, antara


lainnya ialah, objektif ujian; kemahiran yang hendak diuji; bagaimana hendak menguji secara
individu atau kumpulan dan siapakah atau sasaran yang hendak diuji. Ujian juga perlulah
dirancang dengan cermat, teliti dan sempurna agar dapat memberikan penilaian yang lebih adil
terhadap murid. Oleh sebab itu, borang Jadual Penentu Ujian perlulah disediakan. Dari segi
kemahiran yang hendak diuji pula, kemahiran tersebut hendaklah diajar terlebih dahulu dan
ianya perlulah disusun dari senang ke susah. Item yang hendak dibina mestilah dibuat
berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Semasa menjawab soalan ujian diagnostik murid hendaklah diberikan masa yang
mencukupi supaya mereka dapat menjawabnya dengan tenang dan selesa. Sebelum
memulakan sesuatu ujian, guru hendaklah menerangkan arahan kepada murid dan memastikan
arahan tersebut tidak terlalu panjang dan berjela-jela. Guru hendaklah memastikan murid
berada dalam suasana yang tidak bising dan tidak meniru rakan-rakan yang lain. Semua
jawapan yang diberikan oleh murid hendaklah diteliti oleh guru, supaya guru tahu kemahiran
yang tidak dikuasai oleh murid dan bahagian kesilapan yang murid lakukan. Setiap kesalahan

2
dan kesilapan yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan dan
kegunaan kepada guru apabila ianya diperlukan.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Spesifikasi ujian ialah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak
mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang
mempunyai kesahan dan ketekalan. Berikut merupakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
telah saya hasilkan. Dalam ujian tersebut terdapat 10 soalan objektif dan soalan objektif. 10
soalan adalah soalan aras mudah iaitu soalan kefahaman dan 5 soalan aras sederhana iaitu
soalan yang melibatkan kemahiran aplikasi.

Subjek: Pemulihan Bahasa Melayu Tahun: 2


Tajuk : Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bertulis

Jenis soalan Objektif Subjektif

Jumlah item
Kefahaman

Kefahaman

Wajaran %
Subjektif

Analisis

Analisis
Aplikasi

Aplikasi
Objektif

Ingatan

Ingatan

Bil Kandungan
1 Nama huruf kecil
2 Nama huruf besar
3 Suku kata V
4 Suku Kata KV
5 Perkataan KV + KV 4 4 4 25
6 Perkataan KV+KV+KV
7 Perkataan dua suku kata V+KV
8 perkataan KVK.
9 perkataan suku kata awalan KVK.
10 perkataan dua suku kata V+KVK. 3 3 3 20
11 perkataan dua suku kata KV+KVK 3 3 3 20
12 perkataan dua suku kata KVK+KV 5 5 5 35
13 perkataan dua suku kata KVK+KVK
14 Perkataan KV+KV+KVK

Jadual 1.0 JSU

3
5.0 Keputusan Ujian

Bil. Nama murid Jumlah betul Peratus markah


1. Sylvester 10/15 67%
2. Ernesto Dalleng 13/15 87%
3. Beatrice Inda 14/15 93%
4. Nicodemus Bala 14/15 93%
5. Natalieyana 14/15 93%
6. Vanessa Sandra Imas 14/15 93%
7. Hazel 14/15 93%
8. Ethan Biju 14/15 93%
9. Cynthia Idey 14/15 93%
10. Elrelda Simba 15/15 100%
Jadual 2.0: Carta pai peratus murid dan markah

7.0 PENGIRAAN MOD, MIN, SISIHAN PIAWAI, SKOR Z DAN SKOR T

Mod

Mod merujuk kepada skor yang paling kerap dalam satu set skor. Contohnya, dalam jadual
1.0, skor yang paling kerap ialah 93, iaitu sebanyak 7 kali. Oleh itu, mod bagi set skor itu ialah
93.

Median

Bilangan skor adalah genap. Median merupakan purata kedua-dua skor di tengah, iaitu 93
dan 93. Oleh itu median ialah 93.

93+93
Median= = 93
2

Min

Min dapat dikira dengan menjumlahkan kesemua skor dan membahagikan dengan bilangan
skor. Contohnya, bagi set skor dalam jadual 1.0:

67+87+93+93+93+93+93+93+93+100
Min, 𝑋̅=
10 = 90.5

Maka, min bagi set skor tersebut ialah 90.5.

4
Sisihan piawai

Formula bagi sisihan piawai adalah seperti berikut.

∑(𝑥 − 𝑋̅) 2
𝜎=√
𝑁

𝑥 𝑓 𝑥 − 𝑥̅ (𝑥 − 𝑥 ̅)2 𝑓(𝑥 − ̅̅̅̅̅


𝑥)2

67 1 67-90.5=-23.5 552.25 552.25


87 1 87-90.5=-3.5 12.25 12.25
93 7 93-90.5=2.5 6.25 43.75
100 1 100-90.5=9.5 90.25 90.25
N=10 ∑ = 698.5

∑(𝑥−𝑋̅) 2 698.5
Sisihan piawai, 𝜎 = √ 𝑁
=√ 10
= 69.9

Pengiraan dan interpretasi skor-z

Bil. Nama murid Peratus markah Skor z


1. Sylvester 67% -0.3
2. Ernesto Dalleng 87% -0.0
3. Beatrice Inda 93% 0.0
4. Nicodemus Bala 93% 0.0
5. Natalieyana 93% 0.0
6. Vanessa Sandra Imas 93% 0.0
7. Hazel 93% 0.0
8. Ethan Biju 93% 0.0
9. Cynthia Idey 93% 0.0
10. Elrelda Simba 100% 0.1
Jadual 3.0 Skor z bagi setiap murid

5
Formula bagi pengiraan skor z adalah seperti berikut.

𝑥 − 𝑥̅
𝑧=
𝜎

Dengan, x=skor individu, 𝑥̅ = skor min dan 𝜎 =sisihan piawai

Contohnya, dengan menggunakan markah Sylvester.

67−90.5
Skor-z= 69.9
= −0.3

Maka, skor z bagi Sylvester ialah -0.3.

Semakin tinggi nilai skor-z, maka semakin baik pencapaian seseorang murid itu.

Pengiraan dan Interpretasi skor T

Bil. Nama murid Peratus markah Skor z Skor T


1. Sylvester 67% -0.3 47
2. Ernesto Dalleng 87% -0.0 50
3. Beatrice Inda 93% 0.0 50
4. Nicodemus Bala 93% 0.0 50
5. Natalieyana 93% 0.0 50
6. Vanessa Sandra Imas 93% 0.0 50
7. Hazel 93% 0.0 50
8. Ethan Biju 93% 0.0 50
9. Cynthia Idey 93% 0.0 50
10. Elrelda Simba 100% 0.1 51
Jadual 4.0 Skor T bagi setiap murid

Formula bagi skor T ialah: T=50+10z.

Contohnya, skor T bagi Sylvester,

T=50 + 10(−0.3) =47

6
8.0 HASIL ANALISIS DATA

Berdasarkan skor dan pengiraan di atas, saya ingin membuat analisis data bagi mod,
mesian, sisihan piawai, skor z dan skor T. Mod merujuk kepada skor yang paling kerap dalam
satu set skor. Contohnya, dalam jadual 1.0, skor yang paling kerap ialah 93, iaitu sebanyak 7
kali. Oleh itu, mod bagi set skor itu ialah 93. Apabila satu set skor mempunyai satu mod seperti
ini, maka mod ini dikenali sebagai mod unimodal.

Median ialah nilai tengah apabila semua data disusun dalam turutan menaik atau menurun.
Bilangan skor adalah genap. Median merupakan purata kedua-dua skor di tengah, iaitu 93 dan
93. Oleh itu median ialah 93. Min pula ialah purata yg diperoleh apabila jumlah data
dibahagikan dengan bilangan data. Min dapat dikira dengan menjumlahkan kesemua skor dan
membahagikan dengan bilangan skor. Maka, min bagi set skor ini ialah 90.5. Menurut Baba
(1997), min menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi
antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa mengira
sisihan piawai dan skor sisihan

Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor. Sisihan piawai
yang diperolehi ialah 69.9. Sisihan piawai pula ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-
skor (Baba 1997). Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan.
Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain(homogen).
Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan.Ini
bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).Kesimpulannya,
sebaran skor yang besar bermakna bahawa nilai sisihan piawai adalah besar.

Skor piawai digunakan untuk menunjukkan kedudukan seseorang murid dari segi bilangan
sisihan piawai skor murid berada dengan min. Semakin tinggi skor z, maka semakin baik
keputusan seseorang murid tersebut. Dalam data yang diperolehi terdapat 7 orang murid
mendapat skor z yang mempunyai nilai min 0.0 yang bermakna keputusan murid adalah dalam
lingkungan min. Manakala, nilai min yang paling tinggi ialah 50. Iaitu dicapai oleh 7 orang murid
juga. Kesimpulannya, semakin tinggi sesuatu nilai skor z dan skor T, semakin baik keputusan
yang dicapai oleh murid.

7
9.0 Laporan

Rajah 1.0 Julat markah, gred dan catatan

Bil. Nama murid Peratus markah Gred


11. Sylvester 67% B
12. Ernesto Dalleng 87% A
13. Beatrice Inda 93% A
14. Nicodemus Bala 93% A
15. Natalieyana 93% A
16. Vanessa Sandra Imas 93% A
17. Hazel 93% A
18. Ethan Biju 93% A
19. Cynthia Idey 93% A
20. Elrelda Simba 100% A
Jadual5.0 Skor dan Gred murid.

Berdasarkan skor dan gred murid. Seramai Sembilan orang murid telah mendapat A
dalam Ujian Diagnostik Bahasa Melayu, dan seorang sahaja mendapat B. Keputusan ujian
yang dilaksanakan adalah amat memberangsangkan kerana semua murid Berjaya mendapat
kelulusan sebanyak 100% dang red terendah hanya B sahaja.Saya telah menyerahkan
keputusan ujian ini kepada Guru Pemulihan Khas di sekolah dan memudahkan urusan beliau

8
mengenal pasti daerah kelemahan murid dalam kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

PERATUS GRED UJIAN DIAGNOSTIK BM BERTULIS


TAHUN 2

10%
A
B
C
D
E

90% G

Rajah 2.0 carta pai gred keputusan murid

10.0 KESIMPULAN

Proses mentadbir sesuatu ujian bukanlah sesuatu perkara yang mudah bermula daripada
proses sebelum, semasa dan selepas ujian. JSU merupakan panduan dn blueprint utama
dalam menghasilkan sesebuah ujian. Guru mestilah memastikan bahawa sesuatu instrumen
pentaksiran dan ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan,
kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran yang tinggi.

9
Rujukan

Abdul Aziz bin Talib 1983. Menguji Bacaan Bahasa Malaysia Secara Diagnostik, Kaedah dan

Teknik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carmines, E. G., & Zeller, R. A. (1979). Reliability and validity assessment. Thousand

Oaks,CA: Sage

Rozinah Jamaludin. 2007. Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains

Malaysia.

Lord, F. M. & Novick, M. R. (1968). Statistical theories of mental test scores. Reading, Mass.:

AddisonWesley.

Pang, V., & Denis Lajium (2010). Penilaian dalam pendidikan (2nd ed.). Universiti Malaysia

Sabah,MAPIM.

10

You might also like