You are on page 1of 1

Biodata Tokoh Murid Perempuan 2018

Tatkala azan Jumaat sedang berkumandang, Tanggal _______________, maka lahirlah puteri
kebanggaan bapa, puteri dambaan bonda di ______________________. Puteri tersebut merupakan puteri
bongsu, tambatan hati pasangan sejoli Encik _________________________________.

Kehadiran puteri ini ibarat satu anugerah ilahi yang tiada tolak bandingnya. Saban waktu anak kecil
ini diasuh dan didik dengan sempurna bagai menantang minyak yang penuh. Benarlah kata pujangga ;

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang.

Tatkala menjejakkan kaki ke alam persekolahan, puteri ini telah memperlihatkan pelbagai
kebolehan dan keistimewaan. Ketinggian kecerdasan yang dimilikinya sukar digugat olah rakan sealiran.
Kejayaan akademiknya sentiasa konsisten sejak awal persekolahannya yang bermula dari tahun 1.

Waktu luangnya diisi dengan melayari internet sejajar dengan perkembangan era globalisasi .Selain
itu beliau juga gemar membaca. Tidak hairanlah beliau telah di anugerahkan sebagai Tokoh Nilam
peringkat sekolah kategori Nilam. Selain itu beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Nilam kategori
Bahasa Melayu pada tahun ini. Telah tertanam dalam jiwanya dengan cita-cita yang tinggi untuk menjadi
seorang doktor.

Daya kepimpinanya terserlah apabila jawatan penting telah diamanahkan kepadanya. Sejak di
Tahun 3 beliau telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah. Selain itu jawatan Pengerusi PPIM, Pengerusi
Kelab Catur dan Pengerusi Kelab Bahasa Dr. Muda terpikul dibahunya

Puteri ini bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik. Malah turut aktif dalam pelbagai
lapangan yang lain. Ternyata kebijaksanaan, ketangkasan dan kecekalan dalam menongkah arus cabaran
menjadi kunci setiap kejayaan. Beliau juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sama ada anjuran
sekolah atau lainnya.

Beliau juga terlibat aktif dalam bidang sukan. Pernah menyertai pertandingan catur mewakili
sekolah sejak tahun 2015 dan pelbagai aktiviti lain seperti :-

Berlandaskan kegigihan dan kecemerlangan yang telah ditonjolkan olehnya, maka pihak -
_______________________ dengan bangganya menganugerahkan Adik
_____________________________ sebagai Tokoh Murid Cemerlang bagi sesi persekolahan 2018.

You might also like