You are on page 1of 14

PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa perkataan Budaya Korporat mula menjadi terkenal pada awal tahun
1980an. Peters dan Waterman telah menjalankan kajian ke atas 500 buah syarikat di Amerika Syarikat pada
ketika itu dan mendapati bahawa syarikat yang berjaya adalah mereka yang mempunyai budaya korporat
yang tersendiri.

Di Malaysia, budaya korporat telah mula menular di sektor swasta terlebih dahulu pada pertengahan
tahun 1980an. Pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Kempen
Penerapan Budaya Korporat. Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam usaha membudayakan
penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Usaha–usaha ini telah dimulakan sejak tahun 1991
lagi di mana sebagai menyahut seruan kerajaan yang telah melaksanakan Kempen Budaya Kerja Cemerlang
pada tahun 1987. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Budaya Korporat KKM dengan
memberi penekanan terhadap tiga nilai teras utama iaitu Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan.
Kempen Penerapan Budaya Korporat pada kali ini bertujuan untuk memberi suntikan baru dan
memantapkan lagi pengamalan budaya korporat di kalangan warga KKM yang lama dan juga baru.

Secara literalnya, perkataan budaya boleh didefinisikan sebagai cara hidup atau ‘the way of life’.
Manakala, perkataan korporat berasal daripada perkongsian atau ‘sharing’ dan kini ia juga diertikan sebagai
sebuah syarikat atau organisasi. Oleh yang demikian, secara konseptualnya, budaya korporat Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah cara hidup anggota kesihatan semasa bertugas. Cara hidup adalah sifat dan
kelakuan yang ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya pesakit. Amalan-amalan ini mestilah selaras
dengan objektif Kementerian Kesihatan. Dalam erti kata lain, budaya korporat boleh diinterpretasikan
sebagai perlakuan suatu bentuk amalan yang berasaskan kepada nilai-nilai bersama dan komited terhadap
objektif kementerian. Bagi melahirkan komitmen terhadap objektif kementerian, setiap anggota kesihatan
mestilah mengamalkan nilai-nilai teras bersama.

Di dalam setiap nilai utama Budaya Korporat, terdapat nilai-nilai lain yang turut terkandung di
dalamnya iaitu perkhidmatan penyayang seperti bersopan santun, berbudi bahasa, bertimbang rasa, sedia
membantu, responsif, proaktif, bertindak dengan pantas, ketepatan masa, hormat-menghormati, hormati
privasi dan rahsia orang lain serta mengamalkan etika sosial yang berkesan. Sementara itu, di dalam nilai
profesionalisme, terdapatnya nilai-nilai berikut seperti komitmen, berdisiplin, cara yang terbaik, beretika
dalam melakukan kerja dan taraf kerja. Manakala, nilai kerja berpasukan pula meliputi nilai-nilai seperti
bersatu menuju maklumat, perasaan kekitaan, kepimpinan, saling mempercayai, akauntabiliti,
berpengetahuan dan berkemahiran, kreativiti atau berinovasi serta bekerjasama dalam pasukan.

Moto kempen Penerapan Budya Korporat KKM iaitu ‘Kami Sedia Membantu’ merupakan ikrar
warga KKM untuk bersama-sama menggembeling tenaga menyampaikan perkhidmatan dengan penuh sifat

MAPP 2231 Page 1


penyayang, prihatin dan timbang rasa, dilaksanakan secara profesional dan dengan semangat kerja
berpasukan. Perkhidmatan disampaikan dengan keikhlasan dan suci hati. Ini merupakan cabaran utama
kepada KKM.

Keupayaan untuk menyambut cabaran ini pasti dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang
disediakan dan meletakkan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara ini sebagai antara yang terbaik di
dunia. Warga KKM hendaklah mempunyai kesedaran bahawa mereka telah diamanahkan dan diberi
tanggungjawab untuk menyedia dan menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada
orang ramai. Kesedaran ini dapat memupuk semangat dan sikap yang positif terhadap tugas serta
menzahirkan perasaan bangga berkhidmat. Apabila wujudnya perasaan ini, khidmat akan dicurah dengan
penuh keikhlasan seperti yang diharapkan.

MAPP 2231 Page 2


PENCARIAN LITERATURE

Beberapa sumber rujukan seperti buku-buku yang berkaitan dan juga informasi dalam internet
berkaitan tajuk ini telah digunapakai bagi memantapkan lagi tajuk tugasan yang diberikan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YAB Dato’ Seri Liow Tiong
Lai dalam Kit Penerapan Budaya Korporat di mana beliau menyatakan bahawa setiap anggota KKM perlu
mempunyai sifat penyayang supaya mereka menjadi lebih peka, prihatin dan mengambil berat ke atas
individu yang datang untuk mendapatkan rawatan. Amalan sifat penyayang yang penuh dengan rasa mesra
dan keikhlasan akan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di
kemudahan kesihatan KKM. Sebagai contohnya, amalan sifat penyayang ini telah dipraktikkan oleh semua
anggota kesihatan di Malaysia terutamanya anggota-anggota KKM di Hospital Tuanku Jaafar di mana
mereka begitu bertanggungjawab ke atas masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan selain mereka
proaktif dalam memberikan rawatan serta menghormati privasi dan hak pesakit.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan khususnya juga memberikan penekanan terhadap
penilaian Profesionalisme di kalangan anggota KKM. Hal ini kerana bagi memastikan setiap anggota KKM
peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran
berkaitan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik.

Hal ini turut diakui dalam laman web http://www.moh.gov.my/v/bu_kor ? theme_color=co_default


bertajuk Budaya Korporat-Kami Sedia Membantu bertarikh 20 April 2009 (Isnin) di mana setiap anggota
KKM begitu komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang
dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Mereka percaya dalam memberikan
perkhidmatan cemerlang dan sentiasa memenuhi harapan masyarakat.

Hal ini juga telah dibuktikan oleh anggota KKM di Hospital Tuanku Jaafar di mana mereka turut
mengamalkan nilai profesionalisme semasa bertugas mengikut etika dan taraf kerja yang dikehendaki
dengan memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

Tambah YAB Dato’ Seri Liow Tiong Lai lagi dalam kenyataan beliau di dalam Kit Penerapan
Budaya Korporat di mana sebagai salah sebuah agensi kerajaan terbesar, segala usaha yang dicurahkan tidak
akan mendatangkan hasil sekiranya anggota KKM tidak bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan.
Oleh itu, penghayatan budaya Kerja Berpasukan di kalangan anggota KKM adalah penting dalam
memastikan semua matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian tercapai.

Hal ini juga dijelaskan dalam Buku Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni Di Kalangan
Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia halaman 57 hingga 81 di mana kerja berpasukan adalah lebih
berkesan sekiranya elemen-elemen seperti bersatu menuju matlamat, adanya perasaan kekitaan, kepimpinan,

MAPP 2231 Page 3


saling mempercayai antara satu sama lain, akauntabiliti, berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif,
berinovasi serta bekerjasama dalam pasukan dilaksanakan oleh warga KKM di dalam tugas harian mereka.

Banyak faedah yang akan diperolehi oleh individu sekiranya mengamalkan konsep kerja berpasukan
seperti kurangnya tekanan kerja, tanggungjawab dapat dikongsi bersama, pengetahuan dan kemahiran dapat
dipertingkatkan, dapat memupuk perasaan harga diri, kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama serta
setiap ahli mempunyai semangat kekitaan.

Hal ini turut dipraktikkan oleh anggota kesihatan Hospital Tuanku Jaafar di mana mereka sentiasa
bekerja sebagai satu keluarga dan dalam keadaan yang cukup harmoni bagi mencapai matlamat yang sama
iaitu untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.

MAPP 2231 Page 4


PERBINCANGAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memfokuskan beberapa strategi penerapan budaya korporat
dan nilai murni di kalangan anggota kesihatan di seluruh Malaysia bagi memantapkan lagi perkhidmatan
yang diberikan kepada masyarakat.

Strategi penerapan budaya korporat adalah dengan menerapkan nilai-nilai ini di dalam tugas harian.
Ini bermakna bahawa di dalam setiap apa jua tugasan yang sedang dijalankan, nilai-nilai budaya korporat
perlu diamalkan samada secara langsung atau tidak langsung melalui empat langkah iaitu pertama,
kesedaran dan latihan di mana kesedaran adalah langkah awal yang paling kritikal dan juga merupakan kunci
kejayaan bagi penerapan nilai-nilai ini. Matlamat aktiviti kesedaran adalah untuk mewujudkan kesedaran
dan keyakinan dalam diri setiap anggota kesihatan. Aktiviti kesedaran adalah tidak terhad kepada ceramah
semata-mata tetapi merangkumi sesi dialog, taklimat, pameran dan juga bengkel kesedaran. Mereka mesti
yakin bahawa nilai-nilai ini bukan sahaja membawa manfaat kepada organisasi tetapi juga kepada diri
mereka sendiri. Aktiviti kesedaran mesti diikuti dengan latihan. Hal ini turut dipraktikkan oleh setiap
hospital di Malaysia termasuklah Hospital Tuanku Jaafar di mana pihak hospital sentiasa mengadakan
aktiviti kesedaran budaya korporat seperti ceramah, pameran dan sebagainya kepada anggota kesihatannya
untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Bagi sesi latihan pula, ia dapat memberikan pengetahuan dan tunjuk ajar kepada kakitangan dalam
melakukan sesuatu perkara. Kursus-kursus yang diadakan adalah berasaskan refleksi di mana peserta akan
dapat menilai diri mereka secara telus. Mereka akan berusaha untuk mengikis sifat-sifat buruk dan menanam
sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka. Peserta harus dilatih untuk menerapkan nilai-nilai budaya korporat
dan nilai-nilai murni sewaktu menjalankan tugas harian mereka sebagai anggota KKM. Sebagai contohnya,
setiap anggota kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar akan menghadiri kursus-kursus tertentu untuk
mempertingkatkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada
rakyat Malaysia dan juga dalam kehidupan mereka seharian.

Langkah yang kedua ialah melalui amalan dan teladan yang baik di mana Ketua Jabatan haruslah
mengambil inisiatif menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak buahnya. Jika ramai yang menjadi contoh
teladan yang baik, secara tidak langsung organisasi tersebut telah mengamalkan budaya korporat. Hal ini
juga akan mencerminkan komitmen dan kepimpinan Ketua Jabatan itu sendiri. Jika seseorang ingin menjadi
‘role-model’ kepada yang lain, mereka perlulah mempunyai sikap yang mulia, cara pertuturan yang
menyenangkan dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contohnya, di
dalam wad, Ketua Jururawat akan menjadi ‘role-model’ kepada jururawat-jururawat terlatih yang bertugas di
dalam wad tersebut. Jika sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Jururawat itu baik, maka anak-anak buahnya
akan menunjukkan sikap yang baik terhadapnya dan juga pesakit dan begitulah juga sebaliknya.

MAPP 2231 Page 5


Selain itu juga, langkah seterusnya ialah dengan melakukan penilaian dan pembaikan di mana proses
penilaian hendaklah dilakukan dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi
mengetahui perkembangan perlaksanaan sesuatu tugas dan pembaikan yang boleh dijalankan bagi
melicinkan proses pelaksanaan tersebut. Penilaian tidak semestinya berbentuk formal bahkan boleh
diselitkan semasa mesyuarat, perhimpunan atau semasa minum kopi. Hal ini turut diamalkan oleh setiap
hospital di Malaysia di mana setiap anggota kesihatan akan dinilai dari segi perkhidmatan dan sahsiahnya
oleh ketua mereka setiap bulan bagi memastikan perkhidmatan dan sikap anggotanya berada di tahap yang
terbaik.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menerapkan budaya korporat dalam diri
setiap anggota kesihatan ialah dengan mengamalkan sifat nasihat-menasihati antara satu sama lain secara
berhemah. Setiap individu yang berpengalaman boleh berperanan sebagai mentor kepada anggota yang lain.
Amalan nasihat-menasihati perlu sentiasa dipraktikkan oleh semua anggota KKM kerana manusia
adakalanya cepat lupa akan tanggungjawab yang diberikan. Hal ini kerana amalan ingat mengingati antara
satu sama lain akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan selain dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara rakan sekerja.

MAPP 2231 Page 6


RUMUSAN

Secara tuntasnya, budaya korporat perlu diterapkan dalam diri setiap warga Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) khususnya bagi memastikan setiap komitmen dan tanggungjawab yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Nilai-nilai teras seperti perkhidmatan Penyayang, Profesionalisme dan juga
Kerja Berpasukan yang termaktub dalam Program Kempen Penerapan Budaya Korporat bukan sahaja
merupakan sebahagian daripada nilai-nilai budaya korporat Kementerian Kesihatan malahan ia juga
merupakan sebahagian daripada komponen misi baru Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kejayaan kempen tersebut sebenarnya bergantung kepada komitmen dan kesanggupan semua
anggota KKM menerima dan mengadaptasikan perubahan secara sukarela dengan sikap yang terbuka.
Dengan berteraskan komitmen, sikap serta semangat cintakan organisasi dan negara, usaha pihak kerajaan
untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat bermatlamatkan kecemerlangan akan
tercapai dengan sebaik mungkin.

Bagi kementerian lain, mereka hanya berurusan dengan masyarakat yang sihat tetapi bagi
Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka berurusan dengan pesakit. Oleh yang demikian, setiap anggota
KKM harus berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dengan lebih berhati-hati. Ini bererti apabila kita
berinteraksi dengan pesakit, kita hendaklah melayan mereka seperti keluarga kita sendiri. Untuk memastikan
pesakit mendapat layanan yang baik dari kita sebagai perawat, kita perlu mengamalkan sifat dan kelakuan
yang dianggap baik oleh pesakit iaitu dengan mempraktikkan nilai-nilai budaya korporat seperti yang diwar-
warkan oleh pihak kerajaan.

MAPP 2231 Page 7


RUJUKAN

i) Buku

 Dr Roslan Johari Bin Mohd Ghazali, Dr Roslinah Binti Ali, Dr Nor Filzatun Binti Borhan dan Dr
Noriah Binti Bidin, 2007. Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni di Kalangan Anggota
Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.
 Dato’ Seri Dr. Liow Tiong Lai, 2009. Teks Ucapan Semasa Perasmian Kempen Penerapan Budaya
Korporat, Kuala Lumpur.
 Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009. Buku Kecil Penerapan Budaya Korporat, Kuala Lumpur.

ii) Laman Web

 http://nmsyukra.blogspot.com/2009/04/budaya-korporat-kami-sedia-membantu.html
 http://jknsabah.moh.gov.my/v3/modules/wfdownloads/singlefile.php?cid=4&lid=4
 http://www.moh.gov.my/v/bu_kor?theme_color=co_default
 http://www.infosihat.gov.my/BudayaKoperat/BudayaKorporat_Pameran.php

MAPP 2231 Page 8


LAMPIRAN

MONDAY, APRIL 20, 2009

BUDAYA KORPORAT-KAMI SEDIA MEMBANTU

1.Tanggal 20 April 2009, serentak di seluruh institusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan "KAMI SEDIA
MEMBANTU"

2.jika dilihat logo yang dicipta berlatarbelakangkan tangan kanan yang menyentuh bentuk hati/'love' yang
berwarna merah disisipkan dengan tiga nilai teras utama dalam budaya korporat KKM

3.mengikut definisi yang diambil dari sumber KKM, 'sentuhan di hati' melambangkan kelembutan,
kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas, 'hati berwarna merah' melambangkan semangat
dan komitmen anggota kementerian kesihatan malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, 'tangan'
melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu, 'latarbelakang putih logo' pula melambangkan
kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota KKM menjalankan tugas dan manakala
'nilai-nilai teras' menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

4.moto 'KAMI SEDIA MEMBANTU' pula dihuraikan satu persatu dari 3 perkataan ini iaitu:-

i)'kami' bermaksud semua anggota kementerian kesihatan malaysia bekerja satu pasukan untuk mencapai
matlamat.kata ganti diri kami diambil untuk menunjukkan semangat kerjasama didalam pasukan semua
anggota kementerian.sebagai contoh, ada seorang pesakit yang mengalami patah tulang kaki (open fracture
femur) disebabkan oleh kemalangan jalanraya, untuk merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah
pasukan dari awal lagi. dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa oleh ambulance
call team yang terdiri daripada pemandu ambulan, pembantu perawatan kesihatan(PPK) dan penolong
pegawai perubatan(PPP) ke hospital berdekatan.beliau akan dirawat oleh pakar ortopaedic untuk menjalani
pembedahan (plating femur), sebelum itu pesakit perlu dirujuk ke juru xray untuk dibuat beberapa xray
untuk melihat tahap kecederaan tulang itu, dan selepas dibedah akan disusuli rawatan 'dressing' luka oleh
jururawat sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh ahli fisioterapi untuk melatih pesakit untuk berjalan
semula (ambulation and limb strengthening). jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh
pelbagai disiplin dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan yang saling bekerjasama erat untuk
mencapai sesuatu matlamat itu.

ii)'sedia' bermaksud sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan secara profesional.disini pula, saya
megambil contoh dimana seseorang doktor hendaklah sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas, tidak
hanya semasa waktu oncall bahkan semasa tidak oncall jika terdapat kes-kes kecemasan yang sangat-sangat
memerlukan pertolongan.perkhidmatan yang diberikan juga hendaklah berprofesionalisme, tidak mengira
MAPP 2231 Page 9
bangsa, agama atau pangkat.

iii)'membantu' memberi pengertian ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.walaupun
anggota KKM bekerja dengan mendapat gaji dan elaun, tetapi perlu disemai sifat keikhlasan semasa
menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan sempurna. Disamping itu juga,
kerja yang yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan memberikan kepuasan dan kegembiraan dihati
anggota yang menjalankan tugas.

4. Nilai-nilai teras yang dinyatakan adalah:-

i)Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami
bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu.
Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

ii)Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang
dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan
perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

iii)KerjaBerpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang
sama.

kesimpulannya, program penerapan budaya korporat ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan anggota-anggota kementerian kesihatan malaysia untuk seluruh rakyat malaysia
untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju.

Budaya Korporat

LOGO

MAPP 2231 Page 10


Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia
menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan


Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan.

MAPP 2231 Page 11


Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO

Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai
matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

MAPP 2231 Page 12


Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia
memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami
bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang
dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan
cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu

Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

MAPP 2231 Page 13


KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran
dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati
dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa
efisien, efektif dan produktif.

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

 Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;


 Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
 Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
 Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
 Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

MAPP 2231 Page 14

You might also like