You are on page 1of 2

KULLIYYAH HOSPITALITI DAN PERKHIDMATAN HALAL

Visi
Menjadi pusat peneraju program hospitaliti yang patuh syariah dan menerapkan nilai- nilai Islam.

Misi
Membentuk bakal graduan yang berdaya saing, proaktif, dinamik serta mampu untuk menerajui industri
hospitaliti.

Objektif
Menyumbang tenaga mahir di dalam industri hospitaliti yang menghayati nilai-nilai Islam.

Latar Belakang

Jun 2010 merupakan titik permulaan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal di Kolej Universiti
INSANIAH. Kolej Universiti INSANIAH merupakan IPT pertama di Utara Malaysia yang menawarkan
program hospitaliti yang disulam dengan unsur-unsur Islamik di dalam struktur program yang
ditawarkan.

Diploma Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal merupakan program pertama yang
ditawarkan oleh Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal iaitu pada tahun Jun 2010 dengan
pengambilan pelajar kohort pertama seramai 62 orang. Pada tahun 2013, dua lagi program ditawarkan
oleh Kulliyyah iaitu Diploma Seni Kulinari dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal kini mempunyai lebih kurang 165 orang Alumni. Antara
bidang kerjaya yang diceburi oleh Alumni Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal adalah seperti
berikut:

- Restoran Makanan Segera (Pengurus dan Penolong Pengurus Restoran di KFC, Pizza Hut, Sushi
King, Chicken Rice Shop, Radix Fried Chicken)
- Perhotelan seperti TH Hotel Alor Setar, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, HIG Hotel
Langkawi, Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Hotel Perdana Kota Bharu dan Regency Jerai Hill
Resort.
- Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan di Hospital Pantai Sungai Petani dan Hospital Pakar KPJ
Pulau Pinang
- Pendidikan (Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA seperti UMK, UUM,
UTHM)
- Menjalankan perniagaan sendiri / keluarga (Restoran Singgah Rasa D'Zainas Langkawi, Restoran
Anjung Keli Perlis)
- Pasukan beruniform seperti Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia
- Badan Kerajaan / GLC seperti Lembaga Zakat Kedah, Jabatan Agama Islam Kedah, Pejabat POS
Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Institut Aminuddin
Baki
Program Yang Ditawarkan

 Diploma Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal (MQA/A9946)


 Diploma Pengurusan Pelancongan (MQA/PA2214)
 Diploma Seni Kulinari (MQA/PA2215)

You might also like