You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Selepas lebih enam dekad merdeka, Malaysia masih berhadapan dengan isu yang
boleh menggugat perpaduan pelbagai etnik. Isu ini masih wujud bukan sahaja dalam kalangan
masyarakat tetapi juga dalam kalangan pendidik di sekolah. Selain keluarga, sekolah
merupakan salah satu institusi yang berperanan penting sebagai agen sosialisasi politik
dalam negara (Abd Rahim, 2001). Namun, kebanyakan guru hari ini didapati hanya
memfokuskan kepada pengajaran sepenuhnya bagi memastikan murid mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan sahaja, dan sebahagiannya mengabaikan peranan mereka
sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan dan integrasi diantara murid di
sekolah.

2.0 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi di Sekolah

Matlamat sekolah adalah menyatupadukan murid daripada pelbagai latar belakang


dan etnik (Zaliza 2009). Menurut Zanariah (2010), pula menyatakan kesesuaian persekitaran
sekolah yang mengumpulkan pelbagai etnik murid dapat menghasilkan kesefahaman antara
etnik kerana sering terdapat penambahan idea dan perspektif yang dibangkitkan.
Memandangkan sekolah merupakan tempat yang dapat memupuk perpaduan etnik dengan
secara berkesan, usaha untuk menyemai nilai murni yang berkaitan dengan perpaduan harus
dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi (Lee, 2009). Dalam konteks ini, guru sekolah
rendah merupakan orang yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu kepada murid
di sekolah (Ashley & Trisha, 2013). Jelaslah bahawa guru merupakan agen sosialisasi yang
penting dalam menyatupadukan murid pelbagai etnik, seterusnya membentuk kesedaran
generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.

2.1 Guru Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Etnik Dan Budaya

Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh guru sebagai agen sosialisasi dalam
memupuk dan meningkatkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid di sekolah
adalah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra etnik dan budaya. Guru seharusnya
bersikap professional dengan mempunyai sifat keterbukaan dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) secara koperatif dan kolaboratif agar peluang untuk
murid berinteraksi sesama mereka akan lebih terbuka luas. Kedudukan fizikal bilik darjah
mestilah diubahsuai (lihat di lampiran) bagi mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal.
Menurut Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011), kedudukan
susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan yakni bersesuaian dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra etnik dan budaya. Guru digalakkan untuk menyusun kumpulan murid-
murid berbilang kaum dan etnik. Sebagai contoh, jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat
murid Melayu, Cina dan India maka murid-murid sewajarnya digabungkan dalam kumpulan
tempat duduk ataupun apabila beraktiviti.

2.2 Guru Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Yang


Seimbang

Bagi aktiviti di dalam bilik darjah, guru boleh merancang aktiviti secara koperatif dan
kolaboratif yang boleh merapatkan jurang antara etnik murid. Sebagai contoh, guru boleh
melakukan aktiviti seperti kotak beracun, undian warna dan menentukan sendiri kumpulan
mulai kiraan nombor secara berulang mengikut bilangan kumpulan yang ingin dibentuk. Guru
seharusnya mengelakkan daripada membiarkan murid memilih sendiri pasangan atau ahli
kumpulan kerana kuatiri ianya akan menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal,
Selain itu, pemilihan secara undi adalah adil dan membolehkan murid pelbagai budaya dan
etnik dapat dihimpunkan bagi meningkatkan perkongsian idea, pendapat juga pemikiran
daripada mereka. Oleh itu, bolehlah sekiranya murid dapat memmuridi cara hidup atau pun
kebiasaan yang dilakukan oleh rakan mereka yang berlainan bangsa. Dengan menyatukan
mereka, dapatlah mereka berkomunikasi dan berinteraksi selain menukar maklumat,
keperluan dan kepakaran sesama mereka. Kerjasama ini dapat membentuk perpaduan
antara mereka dan membentuk budaya satu Malaysia di mana proses penerimaan akan
berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini bermakna walaupun mereka berlainan kaum dan
etnik,mereka boleh menerima dan menghormati budaya rakan-rakan lain. Maka jelaslah
bahawa, dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) secara
koperatif dan kolaboratif boleh dilaksanakan oleh guru dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan murid.

2.3 Guru Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang Menarik dan Fleksibel

Di samping itu, guru boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid
seperti bahan bantu mengajar untuk proses PdPC. Bahan bantu mengajar yang menarik dan
sesuai pasti akan mendorong murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru
mengajar. Contohnya, guru boleh bersama-sama murid memakai pakaian tradisional budaya
dan etnik masing-masing semasa mengajar topik pakaian tradisional dalam subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Lantas, guru juga haruslah membina sebuah
rancangan mengajar yang tidak menyentuh kepada kepercayaan dan agama yang diamalkan
oleh budaya dan etnik murid-murid. Ini bermaksud setiap akiviti PdPC yang dijalankan
seharusnya tidak menyentuh kepada isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada
pergaduhan antara kaum. Perkara ini secara tidak langsung akan memberi contoh kepada
murid-murid agar tidak menyentuh kepada kepercayaan dan agama yang diamalkan rakan-
rakan dan sekiranya dilihat dari sudut aspek pembinaan negara bangsa ianya akan
mewujudkan masyarakat yang tidak ekstrem dalam mengamalkan agama. Oleh yang
demikian, murid akan lebih tertarik sekaligus membina kefahaman yang tinggi tentang budaya
etnik lain.

2.4 Guru Mengadakan Ruang Etnik dan Budaya di dalam Bilik Darjah

Selain itu, guru bersama-sama pihak sekolah boleh menetapkan setiap bilik darjah
untuk mewujudkan ruang fizikal seperti ruang bacaan, sudut informasi dan sudut teknologi
dengan menggunakan tema “We Are One”. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid
kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum
etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti
multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-
murid. Contohnya di sudut budaya ini Samad dapat mengetahui tentang kebudayaan serta
agama Muthu dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka
agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga
dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Sudut teknologi adalah penting; di mana murid
dari pelbagai latar belakang budaya dan etnik dapat menggunakan perisian “software” yang
di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan
tugasan dalam kumpulan. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh
Morrow dan Weinstein (1982), yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a
literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover
knowledge”. Maka jelaslah, dengan adanya ruang-ruang fizikal di dalam bilik darjah mampu
memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

2.5 Guru Menganjurkan Pertandingan Hiasan Bilik Darjah dan Lukisan Mural di
Sekolah

Seterusnya, guru boleh menganjurkan pertandingan hiasan bilik darjah dan lukisan
mural di sekitar kawasan sekolah bertemakan etnik dan budaya. Murid diberi peluang dan
kebebasan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk menghias bilik darjah mereka
dengan bantuan nasihat dan pandangan guru. Ini adalah bagi memupuk rasa tanggungjawab
dalam kalangan murid-murid selain bergaul dengan anggota bilik darjah. Antara kebebasan
yang boleh diberikan adalah dengan membiarkan murid menyediakan sendiri jadual bertugas,
menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, keratan akhbar tentang kaum dan
etnik misalnya atau alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan.
Selain itu, murid boleh menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak etnik, budaya
serta sejarah. Contohnya seperti alatan muzik bagi setiap budaya dan etnik di pamerkan di
dalam bilik darjah. Murid-murid akan lebih tertarik untuk mengetahui cara alat muzik tersebut
dimainkan. Oleh itu, dengan meletakkan bahan tersebut murid boleh memahami etnik serta
budaya kaum lain dengan lebih mendalam. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan
pertandingan menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan atau lukisan mural. Bagi
lukisan mural, setiap bilik darjah akan diberikan ruang untuk membuat lukisan mural
berkenaan kemerdekaan. Secara tidak langsung ia mampu menyuntik semangat patriotism
dalam kalangan murid. Penyediaan sudut mata muridan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
serta pejuang negara juga diharap dapat menyedarkan murid dan menginsafkan murid agar
menghargai keamanan negara dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Tuntasnya,
guru amat berperanan sebagai agen sosialisasi dalam memupuk serta meningkatkan
perpaduan dan integrase dalam kalangan murid di sekolah.

3.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi


dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu
digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran murid tentang tanggungjawab mereka
sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum.
Seseorang guru yang memmuridi kebudayaan kaum lain akan membawa manfaat kepada diri
dan juga murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru perlu
memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat
disampaikan kepada murid dengan tepat dan berkesan. Guru juga penting dalam
menyampaikan ilmu perpaduan kepada murid. Hal ini demikian kerana penyampaian ilmu
perpaduan yang berkesan kepada murid dapat menjamin keamanan dan keharmonian
negara. Segala tingkah laku guru mudah diikuti oleh murid terutamanya murid sekolah rendah
kerana murid menganggapkan guru sebagai idola mereka.
Guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku murid melalui
tindakan dan tingkah laku mereka. Oleh itu, tanggungjawab seseorang guru sebagai agen
perpaduan amat penting untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan negara
memandangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum
di sekolah penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Jadi, pihak berkuasa
seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pihak peneraju perlu sentiasa
mengenal pasti kaedah yang paling efektif dan mengoptimumkan kelebihan guru sebagai
agen sosialisasi di sekolah supaya matlamat melahirkan bangsa yang bersatu padu dapat
dicapai . Jika rakyat dalam sesebuah negara mempunyai semangat perpaduan yang kukuh,
maka ekonomi dan politik negara itu tentu dapat mencapai tahap yang stabil dan maju.
Kegagalan penerapan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat dalam sesebuah
negara boleh membawa kepada kemusnahan dalam pelbagai bentuk seperti pergolakan
dalaman atau campur tangan pihak luar.
Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan

dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ashley, K.S. & Trisha, D.S. 2013. Motivation among public primary school teachers In

Mauritius. International Journal of Educational Management. 27(4): 446-464. Tarikh


capaian: 1 March 2019.

Lee Lam Thye. 2009. Konsep 1 Malaysia Hapus Polarisasi Kaum. Berita Harian, 27 Mei, 2009.

Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011). Pedagogi Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad. 2009. Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dlm.

Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. 141-154. Skudai: Penerbit
UTM Press.

Zanariah Abd Mutalib. 2010. Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. Berita Harian. 1 September

2010.
Contoh Pelan Bilik Darjah Mesra Etnik Dan Budaya

PELAN LANTAI SUDUT GALLERY


WALK
BILIK DARJAH
MESRA ETNIK
DAN BUDAYA SUDUT
INFROMASI

RUANG BEKERJA

PAPAN PUTIH

MEJA
KELOMPOK

SUDUT KECERIAAN MEJA


DEMONSTARSI

TIKAR
GETAH
SUDUT TEKNOLOGI

RAK BUKU
RAK BEG

MEJA GURU

You might also like