You are on page 1of 2

Elemen KBAT dalam Kokurikulum

July 26, 2017


Pelaksanaan aktiviti kokurikulum bukan sekadar perjumpaan mingguan
semata-mata. Di Sekolah Kebangsaan Proton City, penerapan KBAT
dalam aktiviti mingguan sangat ditekankan. Dimulakan dengan KBAT
dalam Badan Beruniform, beberapa pasukan Badan Beruniform SKPC
telah mengadakan aktiviti KBAT dengan baik sekali antaranya Masakan
Rimba oleh Pasukan TKRS. Pasukan ini telah memasak 'cekodok' dengan
cara membakar tanpa menggunakan minyak dan kuali. Mereka juga telah
memasak telur dalam tanah. Kaedah-kaedah yang digunakan memang
menepati kehendak KBAT tatkala berada di dalam hutan atau kekurangan
peralatan dalam masa kritikal

3 – 4 MEI : Sepasukan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM telah


membuat pemeriksaan pelaksanaan KBAT dalam semua aspek
pengurusan, PdP dan Kokurikulum di SM Sains Sabah. Pasukan Jemaah
nazir ini terdiri daripada 4 orang ahli dan diketuai oleh Timbalan Nazir
Negeri Sabah. Pemeriksaan kali ini berfokus kepada aspek pengurusan
sekolah, subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Muzik dan Seni Visual.
Sebanyak 7 oarang guru telah dicerap dan fokus kepada aktiviti KBAT, ciri
pendidikan abad ke-21. Selain daripada aktiviti kokurikulum, seperti aktiviti
kelabd dan persatuan juga dicerap bagi memastikan pelaksanaan KBAT
dan kemahiran berfikir dan penyelesaan masalah dilakasanakan. Dalam
hal ini penekanan kepada program 1 murid satu projek diutamakan.

Pada hari terakhir, Timbalan Ketua Nazir telah merumuskan bahawa


SMESH telah melaksanakan KBAT dengan baik dalam aspek pengurusan,
PdP dan aktiviti Kokurikulum. Inovasi telah dilaksanakan untuk mengatasi
masalah kekurangan tempat di sekolah seperti penyediaan eRPH dan
Sistem Dalam Talian Akademik dan Kokurikulum. Beberapa perkara yang
perlu ditambahbaik tempat pameran bahan yang dihasilkan dan
keselamatan dalam bilik darjah. Keseluruhannya pemeriksaan kali ini
banyak memberi pengetahuann dan tunjukajar kepada semua warga
SMESH

You might also like