You are on page 1of 20

1.

Definisi Kertas
Kertas ialah bahan nipis dan rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian
yang digunakan merupakan gentian semula jadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa
digunakan ialah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti
spruce, akan tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.
Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai
gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

2. Kegunaan Kertas

 bagi menulis atau mencetak: kepingan kertas ini menjadi dokumen; kertas ini boleh
digunakan bagi menyimpan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin
daripada kertas lain: rekod tambahan) dan untuk perhubungan; lihat juga membaca. Kertas juga
mewakili nilai sebagai:
o wang kertas
o nota bank
o cek
o keselamatan
o baucer
o tiket
Kertas bercetak boleh dijilidkan untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar, dan
sebagainya. Fail komputer dalam cakera keras (dicapai dari dekat atau jauh melalui internet),
CD-ROM, cakera pula boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak menggunakan
mesin yang khusus. Yang sebaliknya boleh dilakukan dengan menggunakan pengimbas, dan
diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR.
 untuk bungkusan:
o Sampul surat
o Tisu pembalut
o Kertas dinding
 untuk mencuci (lihat juga tisu, Kleenex):
o Kertas tandas
o Tuala tangan
o Tuala kertas
o pelbagai cucian di dapur, dll.
 untuk pembinaan
o Papier-mâché
o Origami
3. Pengumpulan Kertas Terbuang
Berikut adalah cara-cara terbaik untuk menguruskan kertas-kertas terpakai dan terbuang.
Jadikan ia amalan sama ada dirumah atau ditempat kerja anda. Setiap kertas berbeza kualiti dan
kandungannya. Adalah lebih baik anda mulakan dengan pengasingan mengikut jenis kertas
tersebut.

Kitar semula kertas


Asingkan kertas mengikut kumpulan seperti berikut:
1. Majalah dan buku
2. Surat Khabar
3. Kertas kajang
4. Kadbod dan kotak
5. Sampul surat dan penyata.

Jika anda tidak mampu asingkan mengikut kumpulan pun tak mengapa, cuma pastikan yang anda
kumpul itu semuanya adalah bahan dari kertas. Kertas terbuang mempunyai nilai yang tinggi
dipasaran kerana sumbernya yang semakin terhad dan mahal.
Kertas-kertas yang telah diasingkan tadi bolehlah dijual ditempat pungutan dan
pengumpulan barangan kitar semula. Lihatlah! Barang terbuang juga memberi pulangan buat
anda! Walaupun nilainya mungkin kecil tetapi sumbangan anda dalam memastikan ianya tidak
terbuang begitu sahaja tidak ternilai harganya.

4. Jimat Guna Kertas


Selain dari dijual, amalan penjimatan penggunaan kertas juga mesti dijadikan amalan. Antara
kaedah penjimatan yang boleh anda lakukan adalah:
 Setiap helai kertas mesti digunakan dikedua-dua belah helaiannya.
 Sediakan bekas khas untuk kertas yang terpakai tapi boleh digunakan (kitar semula).
 Kitar semula sampul surat terpakai untuk kegunaan dalaman.
 Kurangkan penggunaan kertas didalam kertas kerja, mesyuarat dan pembentangan.
 Dapatkan sumber maklumat dan berita secara online melalui internet.
 Rekod dan data semuanya disimpan dalam bentuk softcopy.
 Gunakan e-mail sebagai pengganti surat dan faks.
 Penggunaan papan notis untuk rujukan semua orang dalam menyampaikan makluman dan
risalah.

Surat khabar lama


Amalan ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan kertas tetapi mengurangkan kos perbelanjaan
anda malah memberi kesan sampingan lain seperti meminimumkan penggunaan ruang dan tempat
untuk menyimpan serta memudahkan kerja. Itu adalah hasil bermanfaat yang dapat anda lihat dan
nikmati secara terus tetapi yang lebih tidak ternilai adalah sumbangan anda dalam memelihara
alam ini untuk kehidupan yang lebih aman, selamat dan selesa serta untuk generasi akan datang.
Ketahuilah, setiap 4 kaki tinggi kertas surat khabar yang anda kumpul adalah bersamaan dengan
sepokok pine setinggi 40 kaki!

You might also like