You are on page 1of 17

PEMARKAHAN

1 TUGASAN
MINI
PROJEK

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

SBA3033: PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

TUGASAN MINI PROJEK

TOPIK 2: PENCEMARAN AIR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. TELEFON


NUR ARSIH BINTI KAMAL IDRIS D20102046967 013 880 8523
MOHD MUHIZAN BIN MISHADIE D20102047069 019-8130776

KUMPULAN : UPSI 13 (A141PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNIN : PROFESOR MADYA DOKTOR HASIMAH BINTI ALIMON
TARIKH SERAH : 29 NOVEMBER 2014
ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

1.0 PENGENALAN 02

1.1 Pendahuluan 02

1.2 Pernyataan Masalah 02

1.3 Objektif 03

2.0 KAEDAH 04

2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar 04

2.2 Responden 04

2.3 Huraian Pelaksanaan Aktiviti 04

2.4 Keberkesanan Aktiviti 06

3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 07

3.1 Manual Amali / Eksperimen (BBM) 07

3.2 Pelaksanaan Aktiviti 08

3.2.1 Keputusan 10

3.2.2 Rekod Perjalanan Aktiviti 11

3.3 Keberkesanan Aktiviti 11

4.0 KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14

LAMPIRAN 15

1
1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem,
serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-
mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu
keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem
kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin
hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Punca pencemaran air dikenal pasti antaranya pembuangan bahan buangan domestik
seperti sampah sarap dan bahan kumbahan yang dibuang di sepanjang sungai, tepi tasik
dan laut. Pencemaran sumber air juga termasuklah pelepasan dari industri-industri yang
berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga
pencemar fizikal (Shamsudin Abd. Latif, 2005).

Pengaliran bahan kimia jenis cecair ke dalam sungai melalui aktiviti pertanian serta
penggunaan baja kimia, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak turut
mencemarkan sumber air. Industri perlombongan juga penyumbang kepada pencemaran air
melalui aktiviti cari gali petroleum di dasar laut serta tumpahan minyak akibat kebocoran
tangki minyak yang menutupi lapisan air. Punca-punca pencemaran air ini sekiranya tidak
dibendung akan memudaratkan manusia, hidupan dan alam sekitar.

1.2 Pernyataan Masalah

Sebahagian besar murid-murid Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil dan Sekolah


Kebangsaan Ladang Tiger Tawau adalah terdiri daripada penduduk Kampung Merotai Kecil

2
dan Kampung Ladang Tiger yang merupakan perkampungan dalam ladang kelapa sawit.
Perkampungan ini adalah perkampungan tidak tersusun dalam ladang milik syarikat
persendirian. Walau bagaimanapun isu dan masalah pencemaran air sering dikaitkan
dengan penggunaan bahan buangan isi rumah dan bahan sisa buangan mini generator
elektrik disebabkan kawasan ini tidak mempunyai sistem perparitan dan pengumpulan sisa
kumbahan yang sistematik.

Pihak syarikat membina sistem perparitan sendiri terus ke sungai terdekat sebagai tempat
pembuangan domestik dan sisa kumbahan dan begitu juga dengan bahan buangan sisa
pertanian. Sisa kumbahan dan sisa memasak seperti minyak dan sisa makanan turut
dibuang sewenang-wenangnya ke dalam parit dan anak sungai. Sampah dan sisa organik
yang dibuang akan dialirkan terus ke sungai seterusnya laut dan mengakibatkan
pencemaran air. Hal ini berlaku di sebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan
penduduk yang terlibat untuk menjaga alam sekitar dan mengelakkan pencemaran.

Oleh itu, kesedaran harus ditanamkan sejak dari bangku sekolah lagi tentang kesan- kesan
pencemaran dan bahayanya kepada kesihatan manusia, hidupan dan alam sekitar.
Kesedaran ini boleh dipupuk dan diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
agar murid-murid mengetahui serta memahami senario pencemaran ini tidak harus terjadi
dan harus dielakkan sama sekali. Salah satu aktiviti yang sesuai dijalankan oleh murid-murid
adalah eksperimen untuk melihat kesan pencemaran air terhadap hidupan akuatik dengan
harapan kesedaran murid-murid bertambah setelah menjalankan aktiviti ini seterusnya
mengubah amalan sedia ada kepada yang lebih positif.

1.3 Objektif

Eksperimen ini dijalankan berteraskan kepada tiga objektif iaitu:

1.3.1 Untuk mengkaji kesan pencemaran air terhadap hidupan dan alam sekitar
iaitu air parit yang berasal dari mini generator dan air yang mengandungi
bahan detergen.

1.3.2 Untuk mengetahui kepentingan air dalam kehidupan seharian.

1.3.3 Untuk memberikan kesedaran serta rasa tanggungjawab kepada murid-murid


dan masyarakat terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar, khususnya
pencemaran air.

3
2.0 KAEDAH

2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

Pembinaan bahan bantu mengajar adalah menggunakan bahan-bahan tertentu yang


mencukupi bagi 2 kumpulan murid termasuk:

(i) Borang soal selidik / jadual pemerhatian.

(ii) Botol plastik.

(iii) Gunting.

(iv) ‘Marker Pen’.

(v) Sarung tangan plastik.

(vi) Air bersih (diambil dari sistem air graviti bawah tanah).

(vii) Cecair detergen.

(viii) Air tercemar dari parit mini generator elektrik.

(ix) Anak ikan Tilapia.

2.2 Responden

Eksperimen ini dibuat di Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger Tawau, Sabah. Responden
yang dipilih adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada 1 kelas murid tahun 5 Bestari SK
Ladang Tiger Tawau dan 1 kelas murid Tahun 5 Al Farabi SK Merotai Kecil Tawau.
Responden terdiri daripada 10 orang murid SK Ladang Tiger Tawau dan 10 orang murid SK
Merotai Kecil Tawau. Majoriti responden adalah tinggal di kawasan perkampungan ladang.

2.3 Huraian Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti adalah menggunakan kaedah pemerhatian dan inkuiri penemuan. Huraian


pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

Langkah 1:

(i) Semua murid akan menjawab borang soal selidik yang berkaitan tentang
pencemaran air.

4
Langkah 2:

(i) Murid-murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu gabungan murid SK


Merotai Kecil dan murid SK Ladang Tiger. Setiap kumpulan diberikan bahan-
bahan yang diperlukan dalam pemerhatian.

Langkah 3:

(i) Murid-murid dibawa ke kawasan parit berdekatan dengan mini generator


untuk mengambil sampel air dan air bersih dari sistem graviti air bawah
tanah.

Langkah 4:

(i) Setiap kumpulan menyediakan radas eksperimen mengikut langkah-langkah


berikut.

(ii) Potong botol plastik menjadi 3 buah bekas dan labelkan bekas A, B dan C.

(iii) Isikan setiap bekas A dengan ±500 ml air bersih, bekas B dengan ±500ml air
bercampur dengan cecair detergen dan bekas C dengan ±500 ml air
buangan mini generator elektrik yang diambil dari parit.

Langkah 5:

(i) Setiap pelajar diberikan satu jadual pemerhatian dan murid diminta membuat
pemerhatian semasa anak ikan dimasukkan ke dalam bekas.

Bekas Jenis Bahan Pencemar

A Tiada

B Cecair detergen

C Minyak terpakai

(ii) Letakkan seekor ikan di dalam Bekas A, seekor ikan di dalam bekas B dan
seekor ikan lagi di dalam Bekas C dengan menggunakan anak ikan tilapia
yang sama saiz.

5
Langkah 6:

(i) Setiap kumpulan memerhati dan merekod keadaan ikan di dalam ketiga-tiga
bekas A, B dan C.

Langkah 7:

(i) Selepas pemerhatian terhadap keadaan ikan-ikan dijalankan selama 5 hari,


murid-murid menjawab soal selidik semula. Sebagai penutup, perbincangan
tentang keseluruhan aktiviti dijalankan.

2.4 Keberkesanan Aktiviti

Keberkesanan aktiviti diukur menggunakan dua jenis borang iaitu borang soal selidik dan
jadual pemerhatian. Borang soal selidik dijawab oleh murid-murid sebelum dan selepas
eksperimen dijalankan manakala jadual pemerhatian diisi semasa eksperimen dijalankan.

6
3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Manual Amali / Eksperimen (BBM)

Terdapat 3 jenis pembolehubah yang telah ditentukan dalam menjalankan eksperimen ini.
Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah:

3.1.1 Pembolehubah dimanipulasi: Jenis sample air.

3.1.2 Pembolehubah bergerakbalas: Masa yang di ambil untuk melihat keadaan


ikan sehingga 5 hari.

3.1.3 Pembolehubah dimalarkan: (i) Jenis ikan; (ii) Saiz ikan; (iii) Isipadu air;
(iv) Bahan pencemaran; (v) Bekas simpanan ikan; (vi) Pencahayaan / tempat
dan; (vii) Tempoh masa.

Semasa menjalankan eksperimen ini guru telah menitikberatkan langkah-langkah


keselamatan dan membantu para pengkaji iaitu murid-murid Tahun 5 dalam manual amali /
eksperimen. Berikut merupakan manual amali / eksperimen:

Langkah 1: Botol-botol plastik dipotong oleh guru untuk dijadikan bekas meletakkan ikan-
ikan.

Langkah 2: Dua kumpulan murid masing-masing diberikan 3 buah bekas.

Langkah 3: 3 buah bekas dilabelkan oleh kedua-dua kumpulan murid iaitu A, B dan C.

Langkah 4: Bekas A diisikan dengan air kolam ikan yang terdapat di sekolah yang
berasal dari sistem graviti bawah tanah (air mata air).

Langkah 5: Bekas B diisikan dengan air yang mengandungi detergen.

Langkah 6: Bekas C diisikan dengan air di parit yang mengalirkan air buangan dari mini
generator.

Langkah 7: Ketiga-tiga bekas diletakkan di atas meja dan murid-murid mula membuat
pemerhatian dan merekodkan keadaan ikan-ikan dalam setiap bekas dalam
jadual pemerhatian yang disediakan.

Langkah 8: Pemerhatian dan perekodan diteruskan selama 5 hari.

7
3.2 Pelaksanaan Aktiviti

Eksperimen ini telah dijalankan dalam 2 kumpulan yang dibahagikan / ditetapkan iaitu
gabungan murid-murid SK Ladang Tiger Tawau dan SK Merotai Kecil Tawau. Berdasarkan
langkah-langkah yang dihuraikan di atas, aktiviti telah dilaksanakan seperti yang terpapar
dalam foto-foto di bawah:

(i) Mengisi borang dan menjawab soal selidik, membina bahan bantu mengajar,
menyediakan radas serta memulakan eksperimen;

(ii) Mengambil air bersih dari kolam ikan yang terdapat di sekolah dan air tercemar dari
parit yang mengalirkan bahan buangan mini generator;

8
(iii) Keadaan ikan dalam bekas A, B dan C di awal eksperimen;

(iv) Keaadaan ikan dalam bekas A, B dan C di akhir eksperimen;

9
3.2.1 Keputusan

Rekod hasil pemerhatian bagi setiap kumpulan adalah seperti yang berikut:

Kumpulan 1;

Keadaan Ikan

Hari Bekas A Bekas B Bekas C

(Air Bersih) (Air Detergen) (Air Berminyak)

1 Hidup Hidup Hidup

2 Hidup Hidup Hidup

3 Hidup Mati Hidup

4 Hidup - Mati

5 Hidup - -

Kumpulan 2;

Keadaan Ikan

Hari Bekas A Bekas B Bekas C

(Air Bersih) (Air Detergen) (Air Berminyak)

1 Hidup Hidup Hidup

2 Hidup Hidup Hidup

3 Hidup Mati Hidup

4 Hidup - Hidup

5 Hidup - Mati

10
3.2.2 Rekod Perjalanan Aktiviti

Rekod perjalanan aktiviti ditunjukkan pada jadual yang berikut:

Tarikh / Hari Aktiviti

01 Nov 2014 - Murid menjawab soal selidik.

(Sabtu) - Murid memulakan eksperimen.

02 Nov 2014 - Murid merekod keadaan ikan.

(Ahad) - Murid memberi makanan kepada ikan.

03 Nov 2014 - Murid merekod keadaan ikan.

(Isnin) - Murid memberi makanan kepada ikan.

04 Nov 2014 - Murid merekod keadaan ikan.

(Selasa) - Murid memberi makanan kepada ikan.

05 Nov 2014 - Murid merekod keadaan ikan.

(Rabu) - Murid memberi makanan kepada ikan.

06 Nov 2014 - Murid menjawab soal selidik.

(Khamis) - Murid menjalankan perbincangan.

3.3 Keberkesanan Aktiviti

Guru telah menyediakan borang soal selidik yang mengandungi tujuh pernyataan yang
benar serta berdasarkan fakta. Manakala, murid-murid dikehendaki menjawab soal selidik
tersebut untuk mengetahui pandangan mereka sama ada mereka bersetuju atau tidak
bersetuju dengan tujuh pernyataan berkenaan. Murid-murid telah menjawab soal selidik
tersebut sebelum dan selepas eksperimen dijalankan.

Setelah membuat perbandingan jawapan murid-murid pada borang soal selidik tersebut
sebelum dan selepas eksperimen dijalankan, didapati jumlah serta peratusan murid yang
bersetuju dengan tujuh pernyataan berkenaan bertambah. Keputusan ini jelas menunjukkan
tahap pengetahuan serta kesedaran tentang punca dan kesan percemaran air di kalangan
murid-murid telah meningkat. Ia sekaligus memperlihatkan impak yang positif dan
keberkesanan aktiviti eksperimen ini terhadap murid-murid. Perbandingan jumlah serta
peratusan murid yang bersetuju dengan tujuh pernyataan berkenaan sebelum dan selepas
eksperimen dijalankan adalah seperti dalam jadual-jadual di bawah:

11
Jumlah / peratusan murid yang bersetuju dengan pernyataan berikut sebelum eksperimen;

Bil Pernyataan Jumlah / Peratus

1 Air yang bersih penting kepada hidupan akuatik. 13 / 65

2 Air yang bersih penting dalam kehidupan manusia. 19 / 95

3 Detergen / sabun mencemarkan kebersihan air. 8 / 40

4 Tumpahan minyak mencemarkan kebersihan air. 16 / 80

5 Air tercemar membunuh hidupan akuatik. 5 / 25

6 Air tercemar membahayakan kesihatan manusia. 17 / 85

7 Pencemaran air memusnahkan keindahan alam sekitar. 14 / 70

Jumlah / peratusan murid yang bersetuju dengan pernyataan berikut selepas eksperimen;

Bil Pernyataan Jumlah / Peratus

1 Air yang bersih penting kepada hidupan akuatik. 19 / 95

2 Air yang bersih penting dalam kehidupan manusia. 20 / 100

3 Detergen / sabun mencemarkan kebersihan air. 20 / 100

4 Tumpahan minyak mencemarkan kebersihan air. 20 / 100

5 Air tercemar membunuh hidupan akuatik. 20 / 100

6 Air tercemar membahayakan kesihatan manusia. 18 / 90

7 Pencemaran air memusnahkan keindahan alam sekitar. 17 / 85

12
4.0 KESIMPULAN

Isu atau masalah pencemaran air adalah sesuatu yang sangat serius dan tentunya tidak
harus dianggap sebagai perkara remeh-temeh. Andai ia tidak ditangani dengan sebaiknya,
ia akan memudaratkan tidak hanya kepada manusia malahan kepada hidupan lain iaitu
haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam sekitar. Oleh yang demikian, masyarakat sebagai
manusia mestilah mempunyai kesedaran tinggi dan pengetahuan luas perihal kesan
pencemaran air kepada bumi serta komponen-komponennya.

Dalam pada itu, kesedaran tentang isu atau masalah pencemaran air haruslah dipupuk di
peringkat awal iaitu ketika fasa kanak-kanak lagi supaya mereka membesar dengan rasa
tanggungjawab bagi melindungi dan memelihara alam sekitar serta mengelakkan sebarang
tindakan yang menyumbang kepada pencemaran air. Guru dan sekolah berperanan penting
dalam menyemai perasaan cintakan alam sekitar seterusnya melahirkan murid-murid yang
bertanggungjawab sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Adalah diharapkan agar aktiviti atau eksperimen ini dapat menambahkan ilmu dan
meningkatkan pengetahuan murid-murid yang terlibat selanjutnya menggalakkan mereka
berkongsi ilmu pengetahuan yang telah mereka perolehi dengan murid-murid yang lain.
Lebih daripada itu, semoga ia mampu menanamkan perasaan cintakan alam sekitar serta
menyuburkan rasa tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara alam sekitar di
kalangan murid-murid seterusnya kepada keluarga mereka dan masyarakat sekeliling.

13
RUJUKAN

Adilah Binti Ismail (2009). Sains Tahun 4. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sasbadi
Sdn. Bhd.

Alene Tawang, Hanisom Abdullah, Husni Ibrahim, Noraine Salleh Hudin, Norjan Yusof,
Rosmilah Misnan, Som Cit Si Nang & Syakira Samsudin (2013). SBA3033:
Pengenalan Sains Alam Sekitar. Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Haerul Salam Bin Kamal Idris (2010). Tesis: Environmental Friendly Practice In Park -
Taman Putra Perdana, Federal Territory of Putrajaya. Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan. Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti. Fakulti Senibina,
Perancangan dan Ukur. Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM).

Mohd. Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Arsih Binti Kamal Idris (2012). Kajian Pendidikan Sains: Meningkatkan Keberkesanan
Pengajaran Sains Yang Dilaksanakan Oleh Guru Sekolah Rendah, SK Ladang Tiger
Tawau, Sabah. Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI).

Shamsudin Abd. Latif (2005). Kertas Kerja 8: Pemeliharaan Alam Sekitar - Satu
Tanggungjawab Agama. Sesi IV: Isu-isu Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Dalam
Sebuah Ekonomi Maju, Hal 208. Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jabatan Alam
Sekitar.

Siti Sarbanon Mohamad Amin (2010). Sains Amali: Tahun 6. Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan. Sasbadi Sdn. Bhd.

14
LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Kumpulan : ____________ Sekolah : ________________________

Isi serta lengkapkan borang soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur. Segala maklumat serta
jawapan yang anda berikan adalah sulit dan akan dirahsiakan. Kerjasama daripada anda
adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ARAHAN : Sila baca semua pernyataan berikut dan tandakan ( √ ) pada petak yang
bersesuaian dengan persetujuan anda.

Bil Pernyataan Setuju Tidak

Setuju

1 Air yang bersih penting kepada hidupan akuatik.

2 Air yang bersih penting dalam kehidupan manusia.

3 Detergen / sabun mencemarkan kebersihan air.

4 Tumpahan minyak mencemarkan kebersihan air.

5 Air tercemar membunuh hidupan akuatik.

6 Air tercemar membahayakan kesihatan manusia.

7 Pencemaran air memusnahkan keindahan alam sekitar.

Terima kasih atas kerjasama anda.

15
LAMPIRAN B

JADUAL PEMERHATIAN

Kumpulan : ____________ Sekolah : ________________________

Isi serta lengkapkan jadual pemerhatian ini dengan ikhlas dan jujur. Segala maklumat serta
jawapan yang anda berikan adalah sulit dan akan dirahsiakan. Kerjasama daripada anda
adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ARAHAN: Sila perhatikan keadaan ikan-ikan dalam bekas A, B dan C daripada hari
pertama hingga hari kelima. Rekodkan keadaan ikan-ikan terbabit sama
ada hidup atau mati pada jadual di bawah.

Keadaan Ikan

Hari Bekas A Bekas B Bekas C

(Air Bersih) (Air Detergen) (Air Berminyak)

Terima kasih atas kerjasama anda.

16

You might also like