You are on page 1of 4

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) | SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

KERTAS KONSEP PERMOHONAN KUTIPAN SUMBANGAN WANG AWAM


UNTUK MENGUBAH SUAI DAN MENAIK TARAF GALERI SEJARAH
DAN PENYEDIAAN KEPERLUAN PERALATAN ICT PEMBELAJARAN ABAD KE-21
SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


DENGAN KERJASAMA BEKAS PELAJAR
SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

PENDAHULUAN
SMK Aminuddin Baki (SAB), Johor Bahru merupakan sebuah sekolah menengah di
daerah Johor Bahru yang kini menjangkau usia 56 tahun sejak ditubuhkan pada tahun
1962. Dalam tempoh usia tersebut, pelbagai bentuk pembangunan dan perubahan
fizikal telah berlaku mengikut keperluan zaman. Selain Kementerian Pendidikan
Malaysia, peranan yang digalas oleh masyarakat juga amat besar dalam
membangunkan SAB. Pelbagai pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa /
penjaga pelajar melalui platform Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan Persatuan Bekas
Pelajar sekolah ini menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur sekolah.

Majlis Makan Malam Bekas Pelajar dan Persatuan Ibu Bapa & Guru SAB 2018
dirancang untuk mengumpul dana yang besar bagi membiayai kos pembiayaan
mentransformasi sekolah ini ke arah ‘MOVING FORWARD, TOGETHER WE RISE’.

Dana terkumpul ini akan dimanfaatkan untuk mengubah suai dan menaik taraf Galeri
Sejarah, menyediakan kemudahan projektor LCD dan skrin termasuk kerja-kerja
pemasangan di 25 buah bilik darjah, menyediakan sistem kemudahan locker kepada
para pelajar, dan meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah.

Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi memastikan usaha mentransformasi
SMK Aminuddin Baki ke arah lebih maju akan dapat dilaksanakan. SAB telah membuka
ruang dan peluang kepada masyarakat, khususnya bekas pelajar SAB untuk bersama-
sama merealisasikan hasrat murni ini. Kepada bekas pelajar SAB, mereka akan terus
menjadikan SAB sebagai sebuah institusi pendidikan yang harus dikenang atas jasa
bakti yang sentiasa diwarisi mengikut peredaran zaman.

NAMA PROGRAM
Sumbangan Kutipan Wang Untuk Mengubah Suai dan Menaik Taraf Galeri Sejarah dan
Penyediaan Keperluan Peralatan ICT Pembelajaran Abad Ke-21.

PENGANJUR

1
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) | SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru.
2. Persatuan Bekas Pelajar, SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru.

MATLAMAT
Mengumpul dana bagi tujuan :

1. Mengubah Suai dan Menaik Taraf Galeri Sejarah SAB


(Menempatkan segala bentuk dokumen yang memperlihat kemajuan sekolah sejak
ditubuhkan pada tahun 1962 hingga kini)

2. Menyediakan kemudahan LCD di 25 buah bilik darjah


(Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan guru bersama para pelajar
yang selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21)

3. Menyediakan sistem kemudahan locker kepada para pelajar


(Kemudahan kepada para pelajar untuk menyimpan barangan yang keperluannya
di sekolah)

4. Meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah


(Ke arah “Go Green” dan membugarkan semangat cinta alam sekitar kepada warga
sekolah)

OBJEKTIF
1. Menempatkan segala bentuk dokumen yang memperlihat kemajuan sekolah sejak
ditubuhkan pada tahun 1962 hingga kini.
2. Meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru bersama-sama
para pelajar yang selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.
3. Kemudahan locker kepada para pelajar untuk menyimpan barangan yang hanya
diperlukan di sekolah.
4. Ke arah “Go Green” dan membugarkan semangat cinta alam sekitar kepada warga
sekolah.

JUSTIFIKASI
Untuk mengumpul dana melalui tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Aminuddin
Baki, Johor Bahru bagi membiayai kos berdasarkan matlamat yang dinyatakan di atas.

SASARAN KUTIPAN SUMBANGAN DERMA


a) Anggaran Jumlah Kutipan : RM250,000.00

2
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) | SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

b) Nama projek yang dirancang : Sumbangan Kutipan Wang Untuk Mengubah


Suai dan Menaik Taraf Galeri Sejarah dan
Penyediaan Keperluan Peralatan ICT
Pembelajaran Abad Ke-21.

PERANCANGAN
1. Satu projek jangka panjang yang boleh diguna pakai untuk warga SMK Aminuddin
Baki
2. Menyuburkan pembangunkan modal insan melalui penglibatan secara bersepadu
seluruh masyarakat termasuk agensi-agensi, selaras dengan konsep National Blue
Ocean Strategy (NBOS) yang disaran oleh kerajaan Malaysia.

TARIKH & TEMPOH KUTIPAN


1 Jun 2018 hingga 30 Jun 2018 (1 bulan).

KAEDAH KUTIPAN
Jualan meja untuk makan malam kepada bekas pelajar dan ahli PIBG.
1. Sasaran 50 meja (RM1500 untuk 1 meja).
2. Sumbangan dana pendidikan sekolah daripada bekas pelajar dan ahli PIBG sekolah.

PENYIMPANAN WANG SUMBANGAN TERKUMPUL


Nama Bank : CIMB Bank (Akaun Bank PIBG SMK Aminuddin Baki)
Alamat Bank : CIMB Bank, Jalan Segget, 80100, Johor Bahru, Johor
No. Akaun : 8005773654

JAWATANKUASA PENGANJURAN DERMA


(Rujuk Lampiran A)

JAWATANKUASA KEWANGAN
(Rujuk Lampiran B)

RUMUSAN
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah adalah terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak pengurusan sekolah memohon sumbangan

3
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) | SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

daripada warga SAB, ibu bapa / penjaga pelajar, bekas-bekas pelajar dan masyarakat
melalui kebenaran rasmi daripada Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi
tujuan merealisasikan matlamat mengubah suai dan menaik taraf Galeri Sejarah dan
penyediaan keperluan peralatan ICT Pembelajaran Abad Ke-21.

Disediakan oleh,

(HAIRIAH BINTI NADZAR)


Penyelaras
Kutipan Sumbangan Wang Awam 2018
SMK Aminuddin Baki
Johor Bahru

Disemak oleh,

(Dr. MOHAMAD AZNOOL HAIDY BIN AHSORORI)


Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Aminuddin Baki
Johor Bahru

Disahkan oleh,

(HJ. A. RAZAK BIN A. KARIM)


Pengetua
SMK Aminuddin Baki
Johor Bahru

You might also like