You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


PERTANDINGAN PESTA PANTUN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2017

SK SERI BONUS
KUALA LUMPUR

SABTU, 12 OKTOBER 2017


11.00 PAGI

PENGACARA MAJLIS:
PUAN NOORHAZILAWATI BINTI ABDUL HADI
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN PESTA PANTUN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2017

BIL CUE ANN: CATATAN


1. MAKLUMAN Hadirin yang dihormati,
UMUM
1. Semua hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.
2. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang Berbahagia Pn Hjh Asiah bt Husin
diumumkan masuk.
3.. Kerjasama dimohon untuk mematikan telefon bimbit atau memastikan telefon
bimbit anda berada dalam mod senyap.
4. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan dewan sebelum majlis berakhir.

2. KETIBAAN Majlis mengumumkan ketibaan


TETAMU
Yang Berbahagia,
JEMPUTAN
Puan Hajah Asiah bt Hj Husin,
KHAS
Diiringi bersama dif-dif jemputan masuk ke dewan.

2
3. TARIAN >>>>AUTOPLAY>>>>
SELAMAT
Terima kasih diucapkan kepada penari-penari cilik yang telah mempersembahkan Tarian
DATANG
Selamat Datang itu tadi.

4. UCAPAN ALUAN Kompang Bergema Pusaka Bangsa


PENGACARA Dipalu oleh Si Anak Muda
MAJLIS Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismillahhirahmanirrahim…

Yang Berbahagia,
Puan Hajah Asiah bt Hj Husin,
Timbalan Pengarah Pendidikan,
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

YangDihormati,
Pn Hjh Normalis bt Mohd Annuar
Penolong Pengarah Ko Akademik,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yang Berusaha,
En Mohamad Fuad b Omar,
Guru Besar,
SK Seri Bonus

3
Yang dihormati,
Barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar- guru besar sekolah jemputan, ahli
jawatankuasa pengelola, guru-guru pengiring, para peserta pertandingan, dan hadirin
hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat kita bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan
Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tahun 2017 pada pagi yang indah ini. Pihak majlis melahirkan salam sanjungan budi atas
sokongan dan kesudian khusus buat Yang Berbahagia, Puan Hajah Asiah bt Hj Husin serta
para hadirin sekalian ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2017 telah disertai oleh 16 buah sekolah di wilayah
keramat. Dan pada pagi tadi telah dijalankan Pertandingan akhir bagi pusingan pertama
dan kedua. Sebentar sahaja lagi para hadirin akan dapat menyaksikan Pertandingan akhir
pusingan ketiga. Untuk itu, saya menyerahkan majlis kepada jurupantun bagi meneruskan
acara.

4
5. PERTANDINGAN
AKHIR >>>>> PERTANDINGAN BERMULA>>>>>>
PUSINGAN
KETIGA Begitulah tadi berakhirnya Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2017. Setinggi tinggi tahniah buat peserta peserta yang
telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Pihak majlis juga
merakamkan penghargaan terima kasih kepada guru-guru pengiring sekolah-sekolah yang
terlibat.
6. PERSEMBAHAN Batik songket kebaya kebarung
SELINGAN Indah dipakai tetamu budiman
Pesta ini belum penghujung
Intiha pelengkap buat langsungan

Bagi menyerikan lagi majis kita pada hari ini, majlis mempersilakan kumpulan penari dari
SK Danau Kota …… untuk mempersembahkan gerak tari mereka. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Begirulah persembahan yang memukau daripada kumpulan penari SK Danau Kota…..


Terima kasih diucapkan.
7. BACAAN DOA Warga dewan yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang maha esa
5
Tirai majlis kita pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon rahmat
daripada Yang Maha Esa. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Shauki b Hj Sepian. Dengan penuh takzimnya,
dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al
Fadhil Ustaz Ahmad Shauki b Hj Sepian atas bacaan doa itu tadi.
8. UCAPAN Agenda majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha,
PENGERUSI En Mohamad Fuad b Omar, Guru Besar SK Seri Bonus merangkap Pengerusi Pengelola
PENGELOLA Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tahun 2017 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Mohamad Fuad
b Omar atas ucapan sebentar tadi.

9. PENYAMPAIAN Yang Berbahagia tetamu kehormat dan sidang hadirin sekalian,


HADIAH Bunga dedap tumbuh bertingkat,
Harumnya mekar hiasi laman,
Bersilang adat junjung martabat,
Aturcara majlis kita teruskan

Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, En Mohamad Fuad b


Omar, Guru Besar SK Seri Bonus untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, Pn
6
Hjh Asiah Bt Hj Husin untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta.
Dipersilakan.

Acara dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta-peserta


pertandingan.
Dipersilakan,
(rujuk senarai peserta)

Sekarang tibalah saat kemuncak yang ditunggu tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada
pemenang Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur Tahun 2017.

Naib Johan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur Tahun 2017 disandang oleh........................
(rujuk senarai pemenang)

Johan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur Tahun 2017 dianugerahkan kepada ……………………...
(rujuk senarai pemenang)

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis memohon Yang Berbahagia Pn Hjh Asiah Bt Hj Husin untuk kekal di pentas.

7
10. PENYAMPAIAN Air laut tenang-tenangan,
CENDERAMATA Tanam selasih tepi perigi;
VIP Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan Yang Berusaha, En
Mohamad Fuad b Omar, Guru Besar SK Seri Bonus untuk menyampaikan cenderamata
kenang kenangan kepada Yang Berbahagia, Pn Hjh Asiah Bt Hj Husin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara sebentar tadi
11. PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari
PENUTUPAN Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Majlis dengan penuh rasa bangga menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Puan
Hajah Asiah bt Hj Husin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tahun 2017.
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Puan Hajah Asiah bt Hj Husin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat
Pendidikan Wilayah Keramat atas kesudian menyampaikan ucapan dan menyempurnakan
perasmian penutupan majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Kita telahpun berada di hujung acara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa pengelola,guru-guru pengiring,
peserta-peserta serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Terbang sekawan burung tempua


Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

9
Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Pesta Pantun
Sekolah-Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2017. Sekian
wabilllahhitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Dijemput Yang Berbahagia tetamu kehormat, dif-dif jemputan serta para hadirin untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.
Majlis bersurai.

10

You might also like