You are on page 1of 2

Laporan Program Lawatan Pendidikan Inklusif Ke Sk Taman Ria

1.0 NAMA PROGRAM

Program Lawatan Pendidikan Inklusif Ke Sekolah Kebangsaan Taman Ria


Anjuran Pelajar Ambilan Jun 2016 (P6D dan P6E) Jabatan Sains Sosial dan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

1.1 PENGENALAN

Kursus (SJHK 3132 & PAKK 3132 ) Pendidikan Inklusif adalah merupakan
kursus bagi semua guru pelatih PISMP Semester 6. Sehubungan itu, guru-guru
pelatih bagi Ambilan Jun 2016 terdiri daripada kelas PISMP 6D dan PISMP 6E
dikehendaki menganjurkan lawatan sambil belajar ke kelas pendidikan khas
sebagai pembelajaran bagi kursus ini.

Selain membuat lawatan, program ini juga turut menekankan kepada


pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim, infrastrukur di
sekolah pendidikan khas tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut
sangat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab
profesion penguruan. Malah, program ini ini dapat memberi pengalaman kepada
semua guru- guru pelatih tentang proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah terdapat kelas Pendidikan Inklusif. Hal ini seterusnya dapat melahirkan
guru pelatih yang mempunyai perwatakan yang lengkap daripada segi rohani,
emosi, jasmani, intelek, dan sosial.

1.2 OBJEKTIF

Objektif lawatan ini adalah untuk memastikan:

i. Menimba ilmu pengetahuan tentang pengurusan sekolah Pendidikan Inklusif


secara khusus.
ii. Menimba pengalaman melalui aktiviti pemerhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran murid berkeperluan khas.
iii. Memberikan inspirasi kepada guru pelatih dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.

1.3 KUMPULAN SASARAN

Pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 Kelas P6D (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
dan P6E (SEJARAH) .

1.4 BILANGAN PESERTA

Pelajar : 23 (P6D)

15 (P6E)
Pensyarah : 3 orang
Jumlah : 41 orang

1.5 TARIKH PROGRAM


22 APRIL 2019

2.0 PELAKSAAN PROGRAM

You might also like