You are on page 1of 1

Resepi Chocolate Lava Cake.

Hidangan – 4 Kek Coklat.

Bahan-bahan:

5 sudu besar butter


100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara penyediaan:
Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga
cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan
garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar
yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam.
Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer. Angkat dan
biarkan sejuk seketika dan hidangkan.

You might also like