You are on page 1of 9

Bandingbezakan Tamadun Melayu, Cina dan India dalam aspek sosio budaya.

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia mempunyai potpuri budaya yang agak unik
(Norani Sidek, 2005). Hal ini kerana, kompleksiti yang wujud dalam masyarakat multietnik di
negara yang berlatarbelakangkan sosiobudaya yang pelbagai. Jika ditinjau, sosiobudaya
ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup dan adat istiadat
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Sosiobudaya turut didefinisikan sebagai amalan yang lahir
daripada pegangan dan kecenderungan diri masyarakat dalam kehidupan (Mohd Arshad, 2007).
Keragaman sosiobudaya di Malaysia terhasil daripada kepelbagaian identiti bangsa yakni
masyarakat Melayu, Cina dan India yang mencerminkan corak hidup rakyat yang demokratik.
Rentetan itu, aspek sosiobudaya adalah penting dalam tamadun sesebuah bangsa dalam
memperkasakan kebudayaan nasional bagi membangunkan masyarakat Malaysia yang progresif
dan dinamik.

2.0 PERSAMAAN

2.1 PERKAHWINAN

Walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat plural yang berbeza daripada segi
bahasa dan kepercayaan namun terdapat beberapa aspek persamaan dalam tradisi dan budaya
masyarakat Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, persamaan budaya Melayu dengan
masyarakat Chetti iaitu suku kaum India dapat dilihat dalam budaya perkahwinan iaitu adat
merisik (Rahilah Omar et.al, 2016). Sewaktu proses merisik dalam adat masyarakat Melayu,
maklumat berkaitan latar belakang seseorang diperolehi secara tidak langsung menerusi
sahabat-handai dan saudara mara manakala bagi masyarakat India orang tengah yang dipanggil
tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik (Yahaya Azizi, 2012). Selain itu,
masyarakat Cina turut mengamalkan konsep pertunangan sebelum berlansungnya upacara
perkahwinan. Hari perkahwinan masyarakat Cina kebiasaannya akan dilangsungkan setelah
setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak
(Perpustakaan Negara Malaysia, 2013). Secara keseluruhannya, perkongsian budaya dalam
amalan perkahwinan di Malaysia dilihat dapat menghubungkan pelbagai bangsa dalam membina

1|Page
perpaduan nasional. Proses interaksi budaya yang terjalin dalam masyarakat majmuk dilihat
signifikan dalam memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Pengamalan tradisi dan budaya
ini perlu diteruskan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang agar mereka berpeluang
memahami adat resam yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia.

2.2 MAKANAN

Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina telah berjaya menyatukan pelbagai
‘hidangan Malaysia’ dalam menampilkan masakan baru dengan menggabungkan tradisi budaya
masing-masing. Oleh yang demikian, lahirlah hidangan seperti nasi ayam, mi mamak dan mi kari
(Norani Sidek, 2005). Bahkan makanan masyarakat Melayu seperti nasi lemak, nasi kerabu,
ayam percik, sate, sambal belacan, serta berbagai-bagai jenis ulaman dapat diterima oleh semua
kaum. Sajian daripada masyarakat Cina yang berasaskan kepada kacang soya misalnya tauhu,
kicap, taucu, taukwa dan fucuk juga turut mengalami proses asosiasi dengan masyarakat
setempat. Selain itu, roti canai, roti paratha, tose dan capati yang merupakan makanan
masyarakat India telah menjadi sajian dan kegemaran masyarakat Malaysia (Che Wan Jasimah,
2009). Hal ini menunjukkan bahawa setelah berlakunya pelbagai interaksi selama berabad-abad,
makanan tradisional yang pada mulanya dipunyai oleh sesuatu kaum kini telah diterima oleh
kaum yang lain. Perkara ini bertitik tolak kesan daripada percampuran tempat tinggal,
perkahwinan campur serta sikap keterbukaan masyarakat untuk mencuba sesuatu yang baru.
Hasilnya adalah satu bentuk identiti makanan yang mencerminkan satu masyarakat majmuk yang
moden, dan tidak lagi terikat secara khusus kepada sesuatu kaum (Che Wan Jasimah, 2009).
Sikap rakyat Malaysia yang terbuka dalam menerima perkongsian budaya merupakan suatu
prasyarat yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan nasional dalam membina suasana kehidupan
masyarakat madani yang sejahtera.

3.0 PERBEZAAN

3.1 AGAMA

Islam menjadi sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu kerana Islam
dan adat istiadat Melayu telah berintegrasi antara satu sama lain serta saling melengkapi antara
keduanya dalam Tamadun Melayu (Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 2007). Ciri-ciri Islam
telah menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk hubungan, intisari nilai, dan sikap serta

2|Page
pandangan sistem sosiobudaya orang Melayu (Noriati A. Rashid, 2005). Bahkan, nilai dalam
kehidupan orang Melayu adalah bersandarkan al-Quran dan Hadith sebagai pegangan (Wan Abd
Kadir, 2000). Selain itu, banci Malaysia pada tahun 1970 mengelaskan orang Cina Malaysia
mengikuti agama seperti berikut: Islam 0.2%, Hindu 0.1%, Kristian 3.5%, Buddha 78.9%, Tiada
agama 4.9%, dan Lain-lain 12.4% (Dept. of Statistics 1977: 452). Berdasarkan analisis banci
yang dilakukan, perkembangan tradisi keagamaan bagi kaum China yang utama di Malaysia
merupakan agama Buddhisme (Chee-Beng Tan, 2011). Agama Hindu pula dianuti oleh
sebahagian besar masyarakat India iaitu 80% daripada jumlah penduduk kaum India di Malaysia.
Kesan kehadiran awal agama Hindu di Malaysia dapat dibuktikan dengan penemuan kesan
binaan candi di Lembah Bujang, Kedah (Ayu Nor Azilah binti Mohamad, 2003). Kepelbagaian
agama dalam heteroginiti antara kaum di Malaysia memperlihatkan kemasukan budaya dan
pengaruh dari luar yang bertapak di Malaysia. Oleh yang demikian, sikap toleransi dalam
meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk perlu dijunjung tinggi dalam mencorakkan
pembinaan sesebuah tamadun masyarakat yang unggul. Perkara ini juga telah dijelaskan di
dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah S.W.T:

َ ‫طوا تَبَ ُّرو ُه ْم أ َ ْن ديَار ُك ْم م ْن ي ُْخر ُجو ُك ْم َولَ ْم الدين في يُقَاتلُو ُك ْم لَ ْم الَذينَ َعن‬
‫ّللاُ َي ْن َها ُك ُم َل‬ ُ ‫َوت ُ ْقس‬

(Surah al-Mumtahanah 60:8) َ َ ُّ‫ْال ُم ْقسطينَ يُحب‬


‫ّللا إ َن ۚ إلَيْه ْم‬
Maksudnya:

Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap
mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak
mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak berlaku adil
dan berkelakuan baik terhadap penganut agama lain yang berbeza kepercayaan. Hal ini kerana
Islam sangat menjunjung tinggi sifat toleransi (tasamuh) yang merupakan sebahagian daripada
kekuatan Islam (Khadijah & Mohd Herzali, 2008).

3.2 PAKAIAN

Pakaian bagi masyarakat di Malaysia adalah beraneka ragam mengikut kaum. Kaum Melayu
pada dasarnya terkenal dengan pemakaian baju kurung iaitu sejenis pakaian yang dipakai oleh
kaum lelaki dan wanita. Panggilan untuk baju wanita dikekalkan dengan nama baju kurung,

3|Page
manakala panggilan untuk baju lelaki ialah baju Melayu sahaja (Haziyah Hussin, 2009).
Perkembangan pakaian Melayu juga telah menerima pengaruh luar seperti Arab, India dan Cina
tetapi telah disesuaikan dengan cita rasa tempatan dengan identiti yang tersendiri (Haziyah
Hussin et. al, 2013). Pakaian tradisi bagi masyarakat Cina pula terdiri daripada Cheongsam yang
digayakan oleh wanita manakala Samfu dipakai oleh golongan lelaki (Ayman Rashdan Wong,
2018). Di samping itu, busana tradisional India yang popular ialah Sari dan Dhoti. Sari adalah
pakaian tradisional bagi wanita India yang terdiri daripada kain yang dililitkan pada tubuh wanita
serta dipadankan dengan celana pendek. Dhoti pula merupakan pakaian untuk kaum lelaki yang
dibuat daripada kain yang bewarna putih (Mila Karmila, 2010). Pakaian tradisional mengikut kaum
di Malaysia turut mengalami evolusi kerana masyarakat Malaysia sudah terbuka dalam
menggayakan pakaian kaum lain asalkan ianya tidak melanggar batasan agama. Misalnya,
dalam acara rasmi baju kurung bukan sahaja digayakan oleh kaum Melayu bahkan turut dipakai
oleh kaum Cina dan India. Tradisi pakaian kebudayaan masyarakat Malaysia yang kaya dengan
pelbagai identiti yang tersendiri wajar dipertahan dan dipelihara kelestariannya agar estetika
kesenian dalam tatacara pemakaian mengikut kaum tidak pudar ditelan zaman.

3.3 BAHASA

Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi lingua franca
bagi seluruh daerah kepulauan Melayu sejak berabad lamanya (Nik Safiah Karim, 1986). Fungsi
penting bahasa Melayu dapat dilihat dalam ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’ iaitu sebagai jati diri
bangsa dalam kosmologi pemikiran Melayu (Afifah Abu Yazid, 2003). Bagi kaum Cina pula, selain
bahasa Mandarin, mereka turut berkomunikasi dalam pelbagai dialek bergantung kepada
keturunan dan latar belakang masing-masing. Namun demikian, bahasa Mandarin tetap
berperanan sebagai medium komunikasi yang utama dalam kalangan kaum Cina di Malaysia
(Lee & Tan, 2000). Selain itu, bahasa Tamil merupakan satu bahasa yang melambangkan identiti
bangsa India. Bahasa Tamil dituturkan di Tamil Nadu (India Selatan), Sri Lanka, Malaysia,
Singapura, Mauritius dan negara-negara lain di seluruh dunia oleh bangsa India (Yokammal,
2006). Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian penggunaan bahasa
yang dituturkan oleh kaum di Malaysia mencerminkan kedudukan bahasa sebagai salah satu
tonggak peradaban dalam pembentukan sebuah tamadun yang progresif. Bahasa juga telah
memainkan peranan yang signifikan yakni sebagai alat yang ampuh dalam menyatupadukan
komuniti masyarakat melalui proses interaksi dan perhubungan. Namun begitu, bahasa Melayu
telah dijadikan bahasa pertuturan utama dalam kalangan kaum di Malaysia. Perkembangan

4|Page
bahasa sebagai sistem linguistik menampilkan gambaran bahawa bahasa sememangnya
mempunyai peranan yang penting dalam mewarnai landskap tamadun dalam sistem
perhubungan.

4.0 PENUTUP

Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing kerana elemen kebudayaan


berperanan dalam memperkenalkan identiti sesuatu bangsa. Keunggulan sesuatu bangsa
terbentuk daripada nilai-nilai budaya, kerana ianya mencerminkan keunikan dan keutuhan
(Saidatul Nornis, 1997). Kajian terdahulu menunjukkan perbezaan antara budaya itu penting
namun seandainya perbezaan itu jika tidak diurus dengan baik akan menimbulkan kontroversi
ataupun konflik (Kluckhohn & Strodtbeck, 1961). Oleh yang demikian, masyarakat majmuk di
Malaysia yang sememangnya sarat dengan kontradiksi perlu menjauhi sentimen perkauman
yang sempit yang dapat merenggangkan lagi jurang perbezaan antara kaum. Bagi
merealisasikan konsep negara bangsa, perasaan etnosentrisme perlu dihindari kerana setiap
kaum mempunyai warisan budaya yang tersendiri. Pengukuhan warisan budaya setiap kaum
wajar dilestarikan agar dapat memartabatkan sosiobudaya dan warisan unik setiap kaum.
Perkara ini berpotensi untuk menyerlahkan lagi entiti kebudayaan negara Malaysia yang
mencerminkan variasi kehidupan masyarakat multietnik.

5|Page
RUJUKAN

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Ayman Rashdan Wong. (2018). Dunia Tanpa Tembok. Ampang: Patriot Publications.

Ayu Nor Azilah Mohamad. (2003). Kepercayaan Kepada Tuhan: Satu Sorotan Dalam

Kepelbagaian Agama di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chee-Beng Tan. (2011). Agama Cina di Malaysia: Satu Pandangan Umum. Jurnal

Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(2), 96 – 122.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2009). Budaya Pemakanan Masyarakat

Malaysia Dari Perspektif Agama, Polisi, Sains Dan Teknologi Dengan Rujukan

Khusus Kepada Pengaruh Islam Dalam Penghasilan Makanan. Ijazah Doktor

Falsafah Jabatan Pengajian Sains Dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Kuala Lumpur.

Department of Statistics. (1977). General Report: Population Census of Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haziyah Hussin. (2009). Pandai Busana Baju Kurung. Bangi: Institut Alam & Tamadun

Melayu Publication.

6|Page
Haziyah Hussin, Norwani Md Zawawi & Aishah @ Eshah Haji Mohamed. (2013). Evolusi

dan Tipologi Pakaian Wanita Melayu di Semenanjung Malaysia. Jurnal Arkeologi

Malaysia, 26(1), 147-161.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. (2008). Toleransi

Beragama Dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan

Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27(1), 81-92.

Kluckhohn F. R., & Strodtbeck F. L. (1961). Variations in Value Orientation. New York:

HarperCollins.

Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng. (2000). The Chinese in Malaysia. Selangor: Oxford

University Press.

Malaysia & Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2007). Perlembagaan Persekutuan

Malaysia: (Hingga 10h. Februari 2007). Petaling Jaya, Selangor: International Law

Book Services (ILBS).

Mila Karmila. (2010). Busana Pengantin India. Jakarta: Bee Media Indonesia.

Mohd Arshad Hj Taib. (2007). Pembangunan Sistem Sosio-Budaya Islam Dalam Konteks

Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1986). Peningkatan Estetik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Gateway

Publishing House.

Norani Sidek. (2005). Pembudayaan Makanan Malaysia. Sambutan Hari Makanan


7|Page
Sedunia Kali Ke-25. Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia.

Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat

Melayu. Jurnal Pengajian Melayu,15(1), 232-253.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2013). Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Cina.

Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Quran 60: 8, Al Hidayah House of Quran Sdn Bhd.

Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong. (2016). Pemilihan Bahasa Masyarakat

Chetti di Melaka. Jurnal Melayu, 15(2), 210- 222.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (1997). Najat: Tinjauan Awal terhadap Lakuan Bahasa dan

Aspek Sosiobudaya Bajau. Jurnal Dewan Bahasa, 41(2), 142-155.

Wan Abdul Kadir. (1998). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam. Jurnal Pengajian

Melayu, 8(1), 82-97.

Yahaya Azizi. (2012). Adat Merisik Masyarakat India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Yokammal, M. (2006). Bahasa Iklan Dalam Akhbar Tamil Malaysia: Satu Kajian Diskriptif.

Disertasi Linguistik, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

8|Page
9|Page

You might also like