You are on page 1of 1

Darul Hidayah

Darul Hidayah merupakan sebuah asrama yang menyediakan kemudahan


perlindungan kepada saudara muslim lelaki. Ianya mula diuruskan oleh MAIWP
secara berasingan pada tahun 2009 di mana sebelum itu, mereka ditempatkan di Dar
Assaadah. Pada penghujung tahun 2012, jumlah penghuni Darul Hidayah adalah
seramai 25 orang. Kemudahan tempat tinggal yang selesa dan selamat disediakan oleh
MAIWP di Asrama Darul Hidayah ini.

Semua penghuni Darul Hidayah diwajibkan untuk menghadiri kelas-kelas agama


yang diadakan di Perkim atau di JAWI untuk meningkatkan kefahaman mereka
mengenai agama Islam. Sepanjang tahun 2012, Darul Hidayah telah menghantar
penghuninya untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) dan PERKIM. Antara kursus yang dihadiri iaitu
Kursus Intensif Muallaf peringkat asas dan lanjutan, Kursus Perkaderan Umum
peringkat asas dan lanjutan serta ijtima’ Muallaf.

Darul Hidayah MAIWP turut mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian sampingan


seperti Solat Dhuha secara berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Tahlil pada pagi hari
Jumaat minggu pertama dan ketiga serta perbincangan bersama dengan penghuni.
Bermula 31 Disember 2012, Darul Hidayah diletakkan di bawah pengurusan JAWI.
Rentetan itu, semua penghuni Darul Hidayah seramai 20 orang telah berpindah ke
asrama baru yang terletak di Kampung Baru. Asrama ini merupakan penempatan
sementara sebelum kesemuanya akan berpindah ke Kompleks Darul Hidayah yang
sedang dibina di Jalan Sentul.

You might also like