You are on page 1of 30

TEORI-TEORI KESIHATAN MENTAL

(GGGB6133)

TEORI KEWUJUDAN
(EXISTENTIAL)
Disediakan oleh:
NUR NABILA BINTI BANYUK (P98389)
NURAIN NATASHA BINTI MD YUSOF (P98404)
ZATIL HANANI BINTI IZANI (P98409)
NUR SHAHIERA NAJATI BINTI CHE MOHD RAHIM (P98791)
PENGENALAN

 Menurut Gladding (2004) yang melaporkan terdapat 400 jenis teori di


seluruh dunia yang diutarakan oleh pelbagai ahli teori dalam bidang
bimbingan dan kaunseling, dan psikoterapi. Namun beberapa
pendekatan utama yang ditekankan adalah dari aspek berikut:

i. Psikodinamik : Freud, Jung, Adler, Horney


ii. Behavioris : Pavlov, Thorndike, Watson, Skinner
iii. Humanistik : Rogers, Maslow
iv. Kognitif : Piaget, Ellis, Bandura, Sternberg, Gardner
v. Sistematik
vi. Gabungkait
SAMBUNGAN…

 Antara tokohnya ialah Sidney Jourard, Abraham Maslow, Irvin Yalom, Rallo
May, Clement Vontrest. Mereka ini berasal dari Amerika justeru, falsafah
asas kewujudan ini berasal dari Eropah.
 Teori ini berpunca dari satu bentuk falsafah yang menekankan kebebasan
individu.
 Bertentangan dengan Teori Psikoanalisa dimana manusia ini tidak disekat
oleh kuasa-kuasa yang tidak sedar.
 Teori kewujudan ini memberi maruah, penghormatan, dan memberi
sesuatu kedudukan kepada manusia sebagai unsur yang boleh memandu
hidupnya sendiri.
 Terapi Pusatan Kaunseling oleh Carl Rogers dan Terapi Gestalt oleh Perls
merupakan terapi yang mirip kepada falsafah ini iaitu hasil daripada
kepercayaan dan keyakinan.
TOKOH TEORI EXISTENTIAL
DUA TOKOH UTAMA IAITU ROLLO MAY DAN VICTOR FRANKL.
ROLLO MAY
 Beliau dilahirkan pada tahun 1909 di Ada,
Ohio. Anak lelaki kedua dalam kalangan
keluarganya.
 Hubungan beliau dengan keluarganya
tidak begitu erat dan beliau
membayangkan kehidupan di rumah
adalah tidak membahagiakan.
 Akibatnya, beliau berubah menjadi
pendiam dan pemberontak semasa
remaja.
 Beliau gagal dalam perkahwinan
sebanyak 2 kali.
 Mengingati kehidupan peribadi beliau
tidak gembira dan celaru dengan
kewujudan dirinya sendiri, May percaya
bahawa kegelisahan itu perkara yang
baik sebagai sesuatu yang berbahaya
kepada manusia.
 Pada tahun 1933, beliau memasuki Union
Theological Seminary dan disinlah kuat
dipengaruhi oleh Paul Tlllich seorang ahli
theologi kewujudan.
1909 – 1994
VICTOR FRANKL
 Dilahirkan pada tahun 1905 di Vienna,
Austria.
 Beliau adalah pelajar Freud, tetapi
beliau meminati existential dan
mewujudkan formula dan idea
tentang teori kewujudan dalam
kaunseling.
 Semasa Perang Dunia ke-2 (1942-
1945) beliau telah dipenjarakan oleh
nazi dimana ahli keluarganya abang,
isteri dan anak-anaknya telah mati.
 Memberi kesan dan beliau
memikirkan tentang makna
kehidupan dan berazam untuk
mendapatkan kepercayaan untuk
meneruskan kehidupan.
1905 - 1997
KONSEP

 Tidak mempunyai konsep-konsep yang khusus seperti teori-teori lain.


 Teori Existential ini menggunakan tema-tema yang dikemukakan oleh ahli-
ahli falsafah Existential seperti:
 Friedrich Nietzsche
 Soren Kiergaard
 Jean Paul Heidegger
 Karl Jasper
 Albert Camus
 Tokoh utama adalah Rollo May dan Victor Frankl.
TEMA TEORI EXISTENTIAL
Terdapat juga tema/aspek yang umum yang menjadi asas kepada semua
pendekatan terapi kewujudan ini, antaranya:

 Manusia sering berhadapan dengan ketidaktentuan yang tidak boleh


dielakkan, yang tidak mempunyai makna yang tetap dan kita juga sering
berhadapan dengan ketentuan yang suatu hari nanti kita akan mati.
 Menyedari kebebasan semulajadi yang kita miliki untuk membuat pilihan.
 Adanya halangan atau sekatan yang kita akan hadapi dari aspek biologis
dan persekitaran ke atas kebebasan yang kita miliki.
 Tidak dapat lari dari tanggungjawab dalam menentukan pilihan bagi diri
sendiri samada sentiasa membina diri melalui pilihan-pilihan yang
dilakukan atau gagal untuk melakukan.
 Kesedaran tentang kebebasan dan tangggungjawab inilah yang
menghasilkan kerisauan dan sangat berkaitatan dengan identiti kita
sendiri.
PANDANGAN TEORI TENTANG SIFAT SEMULAJADI MANUSIA
Berkeupayaan untuk mengenali diri sendiri & menyedari kewujudan

Mempunyai kebebasan dan tanggungjawab

Mempunyai keupayaan membuat pilihan

Mengenali identiti/keunikan diri dan cara berhubungan dengan


orang lain

Bersedia meneroka dan mengenali makna kewujudan

Kesedaran tentang kematian dan ketidakwujudan

Manusia boleh berasa risau

Berupaya untuk meneroka pelbagai alternatif yang terbuka untuk


bertindak dalam satu keadaan.

Mempunyai potensi untuk berkembang dan maju


CIRI UTAMA KEWUJUDAN MANUSIA
DASEIN

Makhluk yang wujud, yang mengetahui ianya wujud, dan dapat


melihat hubungannya dengan alam persekitarannya. Manusia
berbeza daripada haiwan kerana mereka mempunyai keupayaan
untuk menyedari akan kewujudannya serta menyedari akan
peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi mereka pada masa
lampau, sekarang dan juga masa akan datang.

“Man is the being who can be conscious of, and


therefore responsible for his existence. It is this capacity to
become aware of his own being which distinguishes the
human being from other beings.” (Rollo May, 1958)
KONSEP KEPERIBADIAN PSIKOLOGI EXISTENSIAL
Manusia wujud dalam 4 dunia secara serentak iaitu :

Umwelt

Uberwelt Mitwelt

Eigenwelt
KONSEP KEPERIBADIAN PSIKOLOGI EXISTENSIAL

•Dimensi fizikal
•Dunia biologi atau alam sekeliling, tanpa kesedaran kendiri.
Umwelt •Hubungan manusia dengan alam sekeliling atau dunia fizikal.

•Dimensi sosial
•Merujuk kepada persekitaran sosial dan budaya seseorang individu.
Mitwelt •Dunia perhubungan dengan orang lain yang dan budaya persekitaran manusia.

•Dimensi psikologi
•Hubungan seseorang dengan dirinya sendiri
•Dunia identiti, iaitu alam individu itu sendiri yang mengambil kira kedua-dua ciri
Eigenwelt
fizikal dan psikologikal.

•Dimensi kerohanian
•Hubungan manusia dengan kerohanian atau duniawi.
Uberwelt
KONSEP UTAMA TERAPI

 Teori Kewujudan tidak menekankan teknik dalam pendekatannya tetapi


menekankan pemahaman terhadap makna menjadi seseorang manusia.
 Terapi ini tidak mempunyai konsep-konsep khas seperti mana yang
terdapat dalam terapi-terapi lain. Terapi ini cuma wujud menggunakan
tema-tema tertentu yang diutamakan oleh ahli falsafah kewujudan.
 Konsep utama terapi meliputi penciptaan makna dan kecemasan,
kebebasan, kesedaran diri, dan tanggungjawab.
Matlamat
Terapi

 Penekanan untuk kesejahteraan manusia sejagat.


 Untuk membantu manusia memahami serta melihat potensi dirinya.
 Sistem terapeutik bagi membolehkan individu menerima kebebasan dan
tanggungjawab untuk bertindak.
 Mengenalpasti cara hidup dalam keadaan betul dan sempurna.
 Membina hubungan yang lebih dengan orang lain.
 Untuk memberikan klien mengalami kewujudan dan dengan
kewujudannya akan dapat membuka diri serta bertindak mengikut
kemampuannya.
PANDANGAN TERAPI KEWUJUDAN TERHADAP MANUSIA
1. Berkeupaya untuk mengenali dirinya.
Contohnya: Kita kenal siapa diri kita sama ada penyayang,
penyabar atau pemarah & kita juga tahu mengapa kita
diwujudkan didunia.

2. Mempunyai kebebasan untuk digunakan dalam


kehidupan & mempunyai rasa tanggungjawab dalam
membuat satu keputusan atau tindakan.
Contohnya: Apabila seseorang mengambil keputusan
untuk kahwin, maka dia mesti mempunyai rasa
tanggungjawab yang akan dilaksanakan.

3. Komitmen atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan


serta berupaya membuat pilihan.
Contohnya: Klien mempunyai pilihan samada mahu
berubah atau tidak.
SAMBUNGAN…
4. Mengenali keunikan identiti & cara berhubung dengan
orang lain dengan cara yang bermakna.
Contohnya : Klien yang bermasalah akan mengetahui
siapa yang harus atau sesuai untuk dia meluahkan isi hati
atau perasaan. Bukan semua orang dapat mendengar
keluhan perasaan atau memberi bantuan kepada klien
tadi.

5. Manusa bersedia meneroka dan mengenali makna


kewujudan, nilai-nilai tujuan hidup dan maklamat yang
ingin dicapai

6. Mengetahui dan merasai kematian.


Contohnya : Kita mengetahui bahawa satu hari nanti pasti
ada mati dan ada pula yang merasakan seolah-olah
kematian itu semakin hampir. Kebiasaannya mereka yang
berumur 50 tahun ke atas.
SAMBUNGAN…
7. Boleh merasa risau. Manusia pada bila-bila masa
sahaja akan mengalami kerisauan dan gelisah.
Contohnya : Kita risau akan kesihatan ibu di
kampung/keselamatan anak di rumah.

8. Manusia berupaya untuk meneroka berbagai-bagai


alternatif yang terbuka untuknya bertindak dalam satu
keadaan.
Contohnya : Manusia bebas memilih sebarang tindakan
misalnya apabila seseorang itu menghadapi masalah
yang berat.

9. Manusia sedar bahawa mereka boleh berkembang


iaitu setiap manusia mempunyai potensi untuk maju
(setiap manusia mempunyai kelebihan).
Contohnya : Individu yang lewat masuk ke pengajian
tinggi akan berasa kecewa, rendah diri, malu dan
sebagainya.
PERANAN KAUNSELOR

 Membantu dan membimbing klien


mengenali masalahnya serta mencari
alternatif untuk membuat pilihan
menyelesaikan masalahnya.

 Bertanggungjawab untuk mengenali klien


dengan lebih dekat, mengetahui dunia
subjektifnya serta membantu menerokai
kemungkinan-kemungkinan baru dalam
hidupnya.

 Mencabar dan mendorong klien


mencabar diri sendiri sehingga mereka
menyedari tindakan yang dilakukan telah
menyebabkan mereka menghadapi
masalah.
PROSES DAN TEKNIK
 Suatu proses pembelajaran yang menolong seseorang individu yang
memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas
dan terang.

 Tujuannya ialah untuk mengenali diri, permasalahan, penyesuaian,


mententeramkan emosi dan perasan serta menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh klien.
1. Dialog Socratic

 Membantu klien meningkatkan kesedaran sehingga menemui diri sendiri.


Dengan menggunakan soalan berpandu, kaunselor membantu klien
mencapai matlamatnya memahami masalah yang dihadapinya.

 Contohnya :
“Bagaimana anda melihat diri anda dalam masa setahun lagi”?
2. Logoterapi
 Untuk mencari pengertian, bertentangan dengan apa yang
disarankan Alder iaitu keinginan yang superior dan bertentangan
dengan idea Freud iaitu keinginan suka-suka.

 Contohnya :
Dalam kes klien yang mengalami tekanan dan kemurungan,
kaunselor membimbing klien menerusi prinsip-prinsip logoterapi
iaitu klien dibantu mencari makna dan pengertian hidupnya
dan mendorong klien membuat pilihan berdasarkan konsep-
konsep kebebasan yang dimilikinya yang tidak bertentangan
dengan norma.
3. Pengalaman Perkembangan
yang Simbolik
 Pengalaman yang membawa kepada kesedaran diri yang tinggi iaitu
melalui 4 langkah.

 Contohnya :
i) Klien dididik dan diberi kefahaman mengenai konsep pengalaman
perkembangan simbolik.
ii) Klien memiliki pengalaman lepas dan meneroka kepentingan dalam
hidup.
iii) Klien dibantu untuk memahami makna yang tersembunyi dalam
pengalaman.
iv) Klien akhirnya mendapat pemahaman yang jelas mengenai makna
pengalaman dan berupaya menggunakan strategi yang sama dalam
pengalaman yang lain. Apa yang dilalui klien dipanggil “celik akal”.
4. Hasrat Paradox
 Menumpukan kepada tanda perhatian, maksud dan pemerhatian diri
yang keterlaluan yang dilayan dengan Teknik kewujudan.

 Contohnya :
Kaunselor membuat provokasi terhadap klien yang
menunjukkan sikap enggan berkembang dengan mengatakan
bahawa klien boleh terus menunjukkan tingkah laku tersebut
kerana dengan kekal dengan tingkah laku itu bermakna klien
tidak perlu risau dengan cabaran masa hadapan tetapi klien
harus menerima bahawa beliau tidak akan berasa apa-apa
kemajuan dalam diri kerana keengganan untuk berubah.
5. De-Reflection
 Mengandungi sikap tidak memperdulikan masalah dan menumpukan
kepada perhatian klien terhadap sesuatu dengan lebih positif.

 Contohnya :
Kaunselor meminta klien membuat biasan terhadap pengalaman
yang dilaluinya dengan cara memberi makna baru terhadap
pengalaman itu atau mengambil contoh daripada pengalaman
bermakna yang dilalui.
Aplikasi Terapi Kewujudan dalam
Kaunseling Pelbagai Budaya
 Membantu semua budaya mencari makna dan harmoni dalam kehidupan
kerana ia memberi fokus kepada isu-isu kehidupan yang mesti dihadapi
seperti kesengsaraan dan kematian tanpa mengira sempadan budaya
dengan melihat factor social dan budaya.
KAJIAN KES 1

 KEBIMBANGAN KEWUJUDAN YANG DITUNJUKKAN MELALUI EMOSI


 Michael
 Veteran perang Iraq
 berusia 38 tahun
 Beberapa anggota tentera terkorban dalam konflik termasuk sahabat
baiknya
 Mempunyai tanda-tanda PTSDMengambil ubatan
KAEDAH TERAPI :

 Therapist memberi pemahaman tentang kewujudan dan penerimaan


Michael terhadap perkara yang telah berlaku
 Dapat memahami bahawa perjuangan beliau adalah unik - kematian
rakan seperjuangannya adalah simbol keberanian mereka
 Beliau mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan tentang
penerimaan terhadap kematian askar-askar mereka.
KAJIAN KES 2

 KEBIMBANGAN EMOSI
 Janiceberumur 45 tahun
 mempunyai sejarah penderaan sexual
 ayah seorang "alcoholic"dicabul oleh datuknya pada umur 8 tahun
 sejak umur 4 tahun, tinggal bersama ibu saudaranya yang mempunyai
skizophrenia
 pada umur 5 tahun, ibunya meninggal
KAEDAH TERAPI:

 therapist menggunakan kaedah 'role plays‘


 bagaimana dia menghadapi lelaki sebelum ini
 adakah dia memerlukan lelaki di dalam hidupnya
 macammana dia berinteraksi dengan kaunselor
 Mula sedar bahawa selama ini dia mengalami kesusahan disebabkan
pengalaman dia dengan lelaki sebelum ini
 mula menerima perasaan takut dia kepada kaum lelaki
 mengatasi perasaan takut
KESIMPULAN

 Terapi kewujudan tidak mempunyai prinsip-prinsip, teknik-teknik dan


pendekatan-pendekatan yang bersistem dan khusus seperti mana yang
terdapat di dalam terapi yang lain.
 Wujudlah pendekatan-pendekatan yang bersifat elektik yang begitu
abstrak dan mirip kepada falsafah, terapi ini lebih sesuai digunakan
dengan klien-klien yang tertentu sahaja yang biasanya, klien-klien yang
belum digolongkan sebagai psikotik atau skizofrenia.
 Tidak terdapat satu persetujuan di antara tokoh-tokoh kewujudan untuk
menghasilkan satu teori.
 Asas kepercayaan yang sama di antara kesemua iaitu memberi fokus
kepada kepentingan anxiety, nilai kebebasan, tanggungjawab dan
penciptaan makna dalam kehidupan.

You might also like