You are on page 1of 36

SME6044

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN PELAJAR DALAM TAJUK PERIMETER


DAN LUAS MELALUI PENGGUNAAN ICT

Noorhayati Binti Abd Rahman (M20112001420)

Nurul Nadiah Binti Mohd Fadzil (M20112001435)

Pensyarah: Prof. Dr Marzita Puteh


PENGHARGAAN

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini. Pertama
sekali kepada Cikgu Norhidayah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir yang sudi
membantu penyelidikan ini. Kepada pihak sekolah yang sudi membenarkan kajian ini
dijalankan. Kepada pelajar-pelajar yang rajin untuk belajar serta kepada keluarga tersayang
yang sangat memahami dan sentiasa menyokong.

Paling istimewa ialah ucapan ribuan terima kasih kepada Prof Dr Marzita Puteh yang tidak
pernah lelah untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada penyelidik bagi menjayakan
kajian ini…

Sekian terima kasih


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan dalam tajuk perimeter dan luas melalui penggunaan ICT. Seramai 30 orang
pelajar Tingkatan 1 Maju daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir Kedah, seorang
guru mata pelajaran Matematik dan dua orang penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, dan ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat membezakan di antara konsep perimeter
dan luas. Kebanyakan pelajar hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep perimeter dan
luas dengan sebaiknya. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan pemahaman
konsep perimeter dan luas ini. Sesi bimbingan melalui penggunaan ICT dijalankan di luar
waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga
Khamis selama satu jam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual
menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian pelajar dalam
Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan prestasi dan pemahaman pelajar dalam tajuk perimeter dan luas. Kebanyakan
pelajar kumpulan sasaran dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara
keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan amalan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap
tajuk perimeter dan luas.
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan

Penghargaan

Abstrak

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 1

2.0 Fokus Kajian 1

3.0 Objektif Kajian


2

3.1 Objektif Am 2

3.2 Objektif Khusus 2

4.0 Kumpulan Sasaran 3

5.0 Pelaksanaan Kajian 3

5.1 Tinjauan Masalah 3

5.1.1 Pemerhatian 3

5.1.2 Temu Bual 3

5.1.3 Soal Selidik 3

5.1.4 Ujian Pra 4

5.2 Analisa Tinjauan Masalah 4

5.2.1 Pemerhatian 4

5.2.2 Temu Bual 4

5.2.3 Soal Selidik 5

5.2.4 Ujian Pra 6

5.3 Tindakan Yang Dijalankan 6

5.3.1 Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan


6

5.3.1.1 Aktiviti 1 7

5.3.1.2 Aktiviti 2 7
5.3.1.3 Aktiviti 3 7

5.3.1.4 Aktiviti 4 8

5.3.2 Bahan-Bahan Yang Digunakan Dalam Kajian 8

5.3.3 Instrumen Dan Langkah-Langkah Pemerhatian 8

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian 9

5.4.1 Aktiviti 1
9

5.4.2 Aktiviti 2
11

5.4.3 Aktiviti 3
12

5.4.4 Aktiviti 4
15

5.5 Refleksi Kajian 18

5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Melalui Ujian Pos 18

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti Yang Dijalankan 20

5.5.3 Refleksi Keseluruhan 21

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 22

Bibilografi

Lampiran

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Guru terlibat telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah tradisional iaitu ‘chalk and talk’ selepas itu ujian pra dijalankan ke atas pelajar yang
terlibat. Penyelidik mendapati jawapan yang diberikan pelajar sangat mengecewakan kerana
mereka tidak dapat membezakan di antara konsep perimeter dan luas. Kebanyakan pelajar
yang menjawab soalan konsep perimeter dan luas yang diberikan dengan pengiraan dan
konsep yang salah. Berdasarkan temu bual secara tidak formal dengan pelajar yang
bermasalah terhadap konsep ini, penyelidik mendapati mereka memberi alasan bahawa
mereka hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep dan berasa bosan dengan kaedah
pengajaran yang dijalankan selama ini iaitu kaedah pengajaran tradisional. Pelajar-pelajar
bermasalah dalam membezakan antara konsep perimeter dan luas yang berpunca daripada
penghafalan rumus semata-mata tanpa memahami konsep maka penyelidik mengambil
inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian bagi membantu pelajar-pelajar menguasai konsep
perimeter dan luas dan menarik minat mereka dalam mempelajari tajuk ini melalui
penggunaan ICT. Penyelidik berharap kajian ini akan mengubah cara atau strategi pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada
pelajar-pelajar serta merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian ini ialah pelajar kelas Tingkatan 1 Maju, Sekolah Menengah
Kebangsaan Chepir di daerah Sik, Kedah. Berdasarkan kepada ujian pra dan temubual tidak
formal yang telah dijalankan, pelajar tidak dapat membezakan antara konsep perimeter dan
luas dan mereka hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep. Penyelidik menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam kajian ini terhadap
pelajar-pelajar terlibat.

Kemahiran konsep perimeter dan luas adalah sangat penting dalam mata pelajaran
Matematik malah berguna untuk kehidupan seharian. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat
dikuasai oleh pelajar dengan baik, maka pelajar akan menghadapi kekeliruan untuk
menjawab soalan-soalan berkaitan perimeter dan luas.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan pemahaman dan


pengetahuan para pelajar dalam topik perimeter dan luas dengan penggunaan ICT.
Penggunaan ICT ini akan diselang-selikan dengan penyampaian guru sebagai penunjuk ajar
menggunakan laman web yang dipilih sebagai bahan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini
juga secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar-pelajar dengan gambarajah-
gambarajah yang berwarna warni dan menarik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan konsep tajuk perimeter


dan luas melalui penggunaan ICT dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1
Maju

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengira luas dan perimeter di kalangan 30 pelajar


Tingkatan 1

Maju di Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah

3.2.2 Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan


kemahiran

mengira luas dan perimeter

3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok, mencabar dan

berbentuk penerokaan
3.2.4 Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan pelajar

3.2.5 Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi pelajar

3.2.6 Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar yang mempunyai
pelbagai kebolehan dan kecerdasan

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 1 Maju Sekolah Menengah
Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah yang didapati mempunyai masalah pemahaman dan tidak
dapat membezakan konsep perimeter dan luas. Pelajar-pelajar ini adalah dalam kalangan
pelajar-pelajar yang berkebolehan sederhana.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian

Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini

dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

5.1.2 Temu Bual

Temu bual dilakukan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran.
Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar pelajar tidak
dapat menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas dan juga tidak dapat
membezakan antara konsep perimeter dan luas. Pelajar hanya menghafal rumus bagi
tajuk perimeter dan luas ini tanpa memahami konsep.

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk


mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
pemahaman pelajar mengenai konsep perimeter dan luas. Borang ini diisi oleh
pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.1.4 Ujian Pra

Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian atau pemahaman
pelajar-pelajar dalam tajuk ‘Peimeter dan Luas’. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan atau tidakan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 4 soalan subjektif
dan pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian.
Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,


didapati pelajar-pelajar mempunyai masalah dalam kemahiran pengiraan perimeter
dan luas. Mereka keliru atau tidak dapat membezakan antara konsep perimeter dan
luas. Kebanyakan pelajar menjawab soalan perimeter menggunakan rumus luas dan
soalan luas pula dengan menggunakan rumus perimeter. Pengkaji mendapati pelajar-
pelajar hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep perimeter dan luas sebaik-
baiknya. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, guru dan penyelidik mengambil
inisiatif untuk menyampaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar belajar dalam tajuk yang terpilih ini melalui penggunaan ICT.

5.2.2 Temu Bual

Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, pengkaji mendapati semua (100%) 30
pelajar meminati mata pelajaran Matematik. 15 orang (50%) meminati tajuk
‘Perimeter dan Luas’. 24 pelajar (80%) mengatakan mereka tidak berupaya
membezakan antara perimeter dan luas dengan alasan mereka keliru, susah untuk
memahami konsep perimeter dan luas, dan mereka hanya menghafal rumus sahaja
bagi kedua-dua tajuk tersebut.

5.2.3 Soal Selidik

Jadual 1 : Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Pengiraan


Perimeter dan Luas

TIDAK
Bil PERKARA SETUJU SETUJU

BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik. 30 100 0 0

2 Minat Tajuk 'Perimeter dan Luas' 15 50 15 50

3 Berupaya membezakan antara perimeter dan luas 6 20 24 80

4 Memahami konsep 'Perimeter dan Luas' 6 20 24 80

5 Minat cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan 3 10 27 90

6 Menghafal rumus 'Perimeter dan Luas' 30 100 0 0

Jadual 1 menunjukkan 24 orang (80%) pelajar tidak berupaya untuk membezakan


antara konsep perimeter dan luas. Begitu juga, 24 orang (80%) pelajar tidak
memahami konsep perimeter dan luas. Kesemua pelajar (100%) dapat menghafal
rumus perimeter dan luas namun hanya 3 orang (10%) yang berminat kaedah
pengajaran secara tradisional dijalankan dan seramai 27 orang (90%) tidak berminat
terhadap cara pengajaran guru yang hanya menggunakan papan hitam sebagai
perantara untuk melukis bentuk bagi pengiraan perimeter dan luas.

5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2 : Pencapaian Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Dalam Ujian Pra

UJIAN PRA
GRED
BILANGAN %

A 0 0

B 6 20

C 12 40

D 12 40

E 0 0

JUMLAH
PELAJAR 30 100

Jadual 2 menunjukkan 12 orang pelajar mendapat gred C dan 12 orang juga mendapat
gred D. Namun begitu, hanya 6 orang pelajar yang mendapat gred B iaitu peratusan
yang agak kecil berbanding mendapat gred C dan D. Pelajar-pelajar ini dikenalpasti
tidak berupaya membezakan antara konsep perimeter dan luas. Majoriti pelajar tidak
memahami konsep perimeter dan luas dan boleh menjadi masalah yang serius jika
tiada tindakan diambil. Pemahaman konsep luas dan perimeter ini penting bagi pelajar
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka dan bukan sahaja untuk lulus
cemerlang di dalam peperiksaan.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Pengkaji mendapatkan kerjasama daripada guru Matematik yang mengajar pelajar-


pelajar Tingkatan 1 Maju yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Sebanyak
empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan pemahaman dan
kemahiran mengira perimeter dan luas dalam kalangan pelajar-pelajar kumpulan
sasaran. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

5.3.1.1 AKTIVITI 1 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran melalui laman web


http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/ind
ex.html)

1) Pelajar-pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan akan


diberi

tempat duduk yang berdekatan di dalam makmal komputer dengan ahli kumpulan
yang

lain.

2) Guru akan memainkan peranan dengan menerangkan kandungan yang terdapat di

dalam laman web. Guru mengajar dengan menggunakan laman web serta
menerangkan

konsep perimeter dan luas manakala pelajar menumpukan perhatian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan ICT sebagai perantara.

5.3.1.2 AKTIVITI 2 (Penerokaan konsep perimeter dan luas melalui laman web
http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/ind
ex.html)
1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan penerokaan konsep

perimeter dan luas melalui laman web terpilih.

2) Aktiviti ini dilaksanakan mengikut konsep perimeter dan luas dan semua ahli

kumpulan perlu memahami setiap konsep yang tertera di laman web kemudian

akan berbincang sesama ahli kumpulan bagi memantapkan pemahaman mereka.

3) Guru akan memantau setiap kumpulan supaya semua pelajar mengambil bahagian

dalam aktiviti tersebut.

4) Selepas menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan diberi aktiviti berbentuk

individu.

5.3.1.3 AKTIVITI 3 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Perimeter – 5 minit)

1) Aktiviti ini merupakan aktiviti menjawab soalan perimeter di laman web. Pelajar-

pelajar akan diberi masa untuk menjawab soalan yang tertera di laman web secara

berkumpulan kemudian guru akan memilih salah seorang daripada pelajar di dalam

kumpulan tersebut untuk menaip jawapan.

2) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.

3) Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Luas – 5 minit)

1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 3 cuma tajuk yang berbeza. Aktiviti ini merupakan

aktiviti menjawab soalan luas di laman web. Pelajar-pelajar akan diberi masa untuk

menjawab soalan yang tertera di laman web secara berkumpulan kemudian guru

akan memilih salah seorang daripada pelajar di dalam kumpulan tersebut untuk
menaip jawapan.

2) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.

3) Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan atau kemudahan yang digunakan dalam kajian ini adalah :

a) Komputer

b) Projektor

c) Internet

d) Skrin

e) Borang analisa pencapaian kumpulan

f) Jam

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 2 April 2012 hingga 26
April

2012.

b) Penyelidik memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin
hingga

Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

c) Penyelidik mendapatkan kerjasama guru mata pelajaran Matematik Tingkatan 1


Maju

untuk melaksanakan tindakan

d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.

Pemerhatian dijalankan oleh penyelidik dan guru terlibat semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, melalui ujian pra.

e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan pelajar sasaran ini. Tujuan

menjalankan sesi soal selidik ini ialah agar pelajar lebih bebas dan berani
menjawab

berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

f) Temubual dijalankan terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran sebanyak dua kali


iaitu

sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon pelajar


terhadap

mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

g) Ujian Pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada akhir

tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan pelajar sasaran. Keputusan
ujian

pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi pelajar disamping

melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui

penggunaan ICT.

h) Ujian Pra mengandungi empat soalan yang melibatkan satu soalan berkaitan
konsep

perimeter dan tiga lagi soalan berkaitan konsep luas. Soalan ujian pra adalah sama

dengan soalan ujian pos.

i) Aktiviti 1, 2, 3, 4 dan 5 diulangi bagi setiap sesi bimbingan Cuma yang berbeza
ialah

soalan bagi Ujian Cepat dan Tepat Kira.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN


5.4.1 AKTIVITI 1 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran melalui laman web
http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/ind
ex.html)

Pelajar-pelajar akan diberi bimbingan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran


menggunakan ICT iaitu laman web terpilih. Mereka diberi pendedahan kaedah ini
selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama
satu jam setiap hari bermula 2 April 2012 hingga 26 April 2012. Guru memainkan
peranan sebagai penunjuk ajar bagi pelajar melayari laman web tersebut. Guru akan
memulakan sesi pengajaran kepada kumpulan sasaran berbantukan laman web
terpilih.

Rajah 1 : Contoh gambarajah melalui laman web

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut :

1) Guru membuka laman web yang terpilih sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran
bagi tajuk perimeter dan luas.

2) Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan iaitu satu kumpulan seramai 3 orang
dan

setiap kumpulan akan berkongsi sebuah komputer.

3) Guru meminta pelajar membuka laman web tersebut.

4) Guru akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan laman web
yang

terdapat gambarajah yang berwarna-warni dan menarik.

5) Setiap pelajar perlu fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut dan

mereka boleh melihat paparan laman web tersebut melalui komputer ataupun
melalui

skrin di hadapan mereka.

6) Guru akan menerangkan konsep perimeter dan luas berbantukan laman web selama
20

minit.

7) Apabila tamat sesi pengajaran dan pembelajaran guru akan memberi peluang
kepada

pelajar-pelajar untuk bertanya sekiranya masih terdapat kekeliruan atau sekiranya

terdapat soalan yang ingin ditanya kepada guru.

i) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini mula menunjukkan
minat kerana mereka belajar berbantukan komputer dan internet iaitu laman web yang
terpilih sebagai bahan pembelajaran. Gambarajah-gambarajah yang berwarna-warni
sangat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Mereka sangat teruja dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet dan melihat lukisan
menarik di laman web berbanding proses pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional iaitu guru hanya melukis di papan hitam atau manila kad sebagai bahan
bantu mengajar untuk tajuk perimeter dan luas. Ini dapat dilihat melaui reaksi muka
para pelajar yang ceria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ii) Refleksi

Guru dan penyelidikberpendapat bahawa pendekatan belajar melalui kaedah


penggunaan ICT ini berjaya merangsang minat pelajar-pelajar untuk mempelajari
topik perimeter dan luas. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu
ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada pelajar-pelajar. Perubahan ini
begitu menggembirakan guru dan pengkaji.

5.4.2 AKTIVITI 2 (Penerokaan konsep perimeter dan luas melalui laman web
http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_a
rea/index.html)

Selepas menjalankan Aktiviti 1, guru menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah


langkah-langkah bagi aktiviti 2:

1) Guru memberi masa selama 10 minit kepada pelajar-pelajar untuk meneroka atau

mengeksplorasi laman web.

2) Pelajar-pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan bagi konsep


perimeter

dan luas untuk memantapkan pemahaman mereka dalam konsep ini.

3) Di dalam aktiviti ini pelajar-pelajar diberikan kebebasan untuk meneroka laman


web
tersebut mengikut keutamaan kumpulan pelajar masing-masing.

4) Semasa aktiviti ini berjalan guru akan memantau setiap ahli kumpulan supaya

mengambil bahagian secara aktif.

5) Kemudian, selepas perbincangan kumpulan dibuat, aktiviti berbentuk individu pula

dijalankan dengan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk meneroka laman
web

tersebut secara individu bagi meningkatkan pemahaman individu tentang konsep

perimeter dan luas.

i) Pemerhatian

Aktiviti meneroka laman web ini dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan.
Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan dan juga meningkatkan
pemahaman pelajar dalam konsep perimeter dan luas. Setiap kumpulan dilihat
memberi sepenuh komitmen bagi menjalankan aktiviti ini. Daripada pemantauan
guru, didapati setiap pelajar mengambil bahagian secara aktif. Tiada pelajar yang
menunjukkan respon yang negatif terhadap aktiviti ini.

ii) Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan respon positif yang ditunjukkan oleh setiap
pelajar kumpulan sasaran. Lebih membanggakan kesemua ahli kumpulan dilihat
begitu bersemangat semasa proses perbincangan dilakukan.

5.4.3 AKTIVITI 3 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Perimeter – 5 minit)

i) Pelajar-pelajar perlu memilih salah satu peringkat atau ‘Level’ sama ada ‘Level1’,
‘Level 2’ atau ‘Level 3’ daripada tajuk perimeter di laman web dengan

tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar.

ii) Guru akan menerangkan cara-cara menjawab.

iii) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab setiap peringkat atau ‘Level’ yang dipilih

dalam tempoh masa 5 minit.

iv) Kemudian guru menyemak jawapan bersama pelajar.

Rajah 2 : Contoh gambarajah melalui laman web

Rajah 3 : Contoh gambarajah melalui laman web


Rajah 4 : Contoh gambarajah melalui laman web

i) Pemerhatian
Ujian Cepat dan Tepat Kira Perimeter dijalankan setiap kali selepas aktiviti 2
dijalankan. Ini bertujuan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang
konsep perimeter yang telah dipelajari melalui sesi bimbingan bersama guru melalui
laman web. Daripada pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini dapat
menjawab kesemua soalan mengikut ‘Level’ dalam tempoh masa yang ditetapkan
dengan semua jawapan ialah betul. Pelajar dapat menjawab dengan lebih tenang dan
dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 3 : Pencapaian Kumpulan Pelajar Dalam Ujian Cepat dan Tepat Kira
Tajuk Perimeter (5 minit)

Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas


bagi semua jawapan betul.

(minit : saat)

Kumpulan 1 3 : 12

Kumpulan 2 4: 15

Kumpulan 3 3 : 13

Kumpulan 4 3 : 16

Kumpulan 5 4 : 21

Kumpulan 6 4 : 30

Kumpulan 7 3 : 25

Kumpulan 8 4 : 05

Kumpulan 9 3 : 19

Kumpulan 10 4 : 27

ii) Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini berbanding
sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan ketara iaitu mereka mampu
menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih
membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut.
5.4.4 AKTIVITI 4 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Luas – 5 minit)

Aktiviti ini juga dijalankan seperti aktiviti 3 cuma tajuk yang berbeza.

i) Pelajar-pelajar perlu memilih salah satu peringkat atau ‘Level’ sama ada
‘Level1’,
‘Level 2’ atau ‘Level 3’ daripada tajuk luas di laman web dengan tahap
pengetahuan dan pemahaman pelajar.

ii) Guru akan menerangkan cara-cara menjawab.

iii) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab setiap peringkat atau ‘Level’ yang


dipilih

dalam tempoh masa 5 minit.

iv) Kemudian guru menyemak jawapan bersama pelajar.

Rajah 5 : Contoh gambarajah melalui laman web

Rajah 6 : Contoh gambarajah melalui laman web


i) Pemerhatian

Ujian Cepat dan Tepat Kira Luas dijalankan setiap kali selepas aktiviti 3 dijalankan.
Ini bertujuan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang konsep luas
yang telah dipelajari melalui sesi bimbingan bersama guru melalui laman web.
Daripada pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini dapat menjawab
kesemua soalan mengikut ‘Level’ dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua
jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat
menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 4 : Pencapaian Kumpulan Pelajar Dalam Ujian Cepat dan Tepat Kira
Tajuk Luas (5 minit)
Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas
bagi semua jawapan betul.

(minit : saat)

Kumpulan 1 4 : 08

Kumpulan 2 3: 32

Kumpulan 3 3 : 21

Kumpulan 4 3 : 45

Kumpulan 5 4 : 16

Kumpulan 6 4 : 12

Kumpulan 7 4 : 06

Kumpulan 8 3 : 08

Kumpulan 9 3 : 25

Kumpulan 10 4 : 23

ii) Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini berbanding
sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan ketara iaitu mereka mampu
menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih
membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut.
Penyelidik juga turut berasa gembira kerana pelajar-pelajar dapat menguasai
kemahiran mengira perimeter dan luas dan pada masa yang sama memahami konsep
kedua-dua tajuk ini tanpa ada kekeliruan lagi seperti sebelum sesi bimbingan
dijalankan. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang
positif terhadap pembelajaran pelajar disamping laman web yang mempunyai
gambarajah berwarna warni serta menarik yang membantu pelajar-pelajar dalam
memahami konsep perimeter dan luas.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar melalui Ujian Pos.


Setelah tamat sesi bimbingan antara guru dan pelajar-pelajar kumpulan sasaran
melalui laman web selama empat minggu ujian pos yang sama dengan soalan ujian
pra akan diberikan pada setiap pelajar bagi melihat pencapaian pelajar. Berdasarkan
maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah
memberikan impak yang cukup baik dalam membantu pelajar-pelajar meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman tentang konsep perimeter dan luas disamping
menangani kekeliruan kumpulan sasaran yang tidak dapat membezakan konsep
perimeter dan luas. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan
peningkatan pelajar-pelajar dalam ujian pos.

Jadual 5 : Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS


GRED
BILANGAN % BILANGAN %

A 0 0 30 100

B 6 20 0 0

C 12 40 0 0

D 12 40 0 0

E 0 0 0 0

JUMLAH
PELAJAR 30 100 30 100

Jadual 5 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Tiga puluh orang (100%)
pelajar kumpulan sasaran telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred B, C dan D
dalam ujian pra yang telah dijalankan.

Kami juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan


maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.

Graf 1 : Perbandingan Pelajar-pelajar Secara Individu


Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Graf 2 : Perbandingan Pelajar-pelajar Secara Individu

Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Graf 1 dan 2 menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar secara individu melalui


ujian pos yang telah dijalankan. Tiga puluh orang (100%) pelajar telah menunjukkan
pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai gred A dengan
menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Jadual 6 : Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian

BIL. ITEM SEBELUM SELEPAS


YA TIDAK YA TIDAK

BIL % BIL % BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik 30 100 0 0 30 100 0 0

2 Minat tajuk 'Perimeter dan Luas' 15 50 15 50 30 100 0 0

Berupaya membezakan antara Perimeter dan


3 Luas 6 20 24 80 30 100 0 0

4 Memahami konsep 'Perimeter dan Luas' 6 20 24 80 30 100 0 0

5 Seronok belajar melalui kaedah pengajaran 30 100 0 0

dan pembelajaran menggunakan ICT

Jadual 6 menunjukkan 30 orang (100%) pelajar berupaya membezakan antara konsep


Perimeter dan Luas selepas sesi bimbingan dengan penggunaan ICT. Mereka (100%)
memahami konsep Perimeter dan Luas berbanding sebelum kajian dijalankan dan
mereka berasa seronok belajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ICT. Keadaan ini dapat membuktikan bahawa penggunaan ICT semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat pelajar untuk belajar
topik perimeter dan luas dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata
pelajaran Matematik.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan


mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Mereka
bukan sahaja dapat belajar dengan menggunakan ICT malah dapat menjalani suasana
pembelajaran dalam suasana yang terkawal.
Aktiviti 1 dan 2 mendorong minat pelajar-pelajar terhadap topik perimeter dan
luas dan dapat memahami konsep kedua-dua tajuk dengan baik. Hal demikian kerana
menurut Adrian Oldknow (2002), penggunaan ICT dapat memotivasikan pelajar dan
dapat menarik perhatian mereka untuk belajar.

Kesemua pelajar memberi respon yang positif terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan ICT dalam topik perimeter dan luas ini. Ini dapat dilihat
melalui penglibatan mereka secara aktif bagi keempat-empat aktiviti yang dijalankan.

Apabila pelajar dapat memahami konsep perimeter dan luas, secara tidak
langsung mereka telah menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas. Pelajar-
pelajar kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua soalan ujian pos dengan betul
dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan

Guru yang terlibat dan pengkaji rasa bersyukur dan sangat berpuas hati kerana kajian
tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan konsep perimeter dan luas. Selain itu, kajian tindakan
ini berjaya membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran mengira perimeter dan
luas melalui penggunaan ICT. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina
keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar-pelajar. Secara tidak langsung aktiviti-
aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran
Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa ‘Mathematics is fun
and easy’.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat
pelajar-pelajar, maka penyelidik bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini
kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah ini untuk membantu meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan konsep perimeter dan luas.

BIBLIOGRAFI

Adrian Oldknow, Ron Taylor (2002). Teaching Mathematics with ICT. British Library

Cataloguing-in-Publication Data,Continuum, London.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 1,

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/index.html
SOAL SELIDIK: MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAAN PELAJAR DALAM
TAJUK PERIMETER DAN LUAS MELALUI PENGGUNAAN ICT

Bagi setiap pernyataan di bawah, sila bulatkan pendirian anda dengan menggunakan skala
berikut:
1 Setuju (S)
2 Tidak Setuju (TS)

BIL. ITEM SETUJU TIDAK


(S) SETUJU
(TS)
1 Minat mata pelajaran Matematik 1 2
2 Minat Tajuk ‘Perimeter dan Luas’ 1 2
3 Berupaya membezakan antara perimeter dan luas 1 2
4 Memahami konsep ‘Perimeter dan Luas’ 1 2
5 Minat cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan 1 2
6 Menghafal rumus ‘Perimeter dan Luas’ 1 2

LAMPIRAN

UJIAN PRA
UJIAN POS
NAMA:__________________________
ARAHAN : jawab semua soalan di ruang yang disediakan.

1) Kirakan PERIMETER bagi rajah di bawah

2) Kirakan LUAS bagi rajah di bawah

a) Trapezium

b) Segi empat sama

6 cm

12 cm

c) Segi tiga

8 cm

2cm

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR


08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN
SENARAI PELAJAR TINGKATAN 1 MAJU DAN
PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI UJIAN PRA DAN UJIAN POS

BIL. NAMA UJIAN PRA UJIAN POS


1 MOHD. HAIMAN SYAHMI BIN MOHAMAD RASHID 71 100
2 MOHAMAD AMIRUL FITRI B. ABDUL JALIL 56 100
3 MOHAMAD AMINUDDIN B. MAT DESA 54 100
4 MOHAMAD ADIB ASYRAF BIN ZULKAFLEE 52 100
5 MUHAMMAD ISMAR ZHAFRAN B. ISHAK 45 100
6 MUHAMMAD ALIF HAKIM B. ZAKARYA 56 100
7 MUHAMMAD MUZAIMIN BIN HASHIM 41 100
8 MUHAMMAD SYUKRI BIN ABU HASSAN 69 100
9 MOHAMAD RAFIZI BIN ALI 42 100
10 MOHD. THOHA B. ABD. KODIR 50 100
11 MOHAMAD SAIFUL NIZAM B. SABRI 52 100
12 NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH 59 100
13 NOOR HIDAYAH BT. ROSDI 57 100
14 SITI KHATIJAH BT. ZOLKAFLI 67 100
15 WARDAH SYAMIMI BT. MOHD. RADZI 65 100
16 NORIZZATI AMIRAH BT. ZAKARIA 46 100
17 JAMALIAH BT. ABDUL WAHAB 49 100
18 CHE WAN MARLIAYANA BT. CHE WAN AZHAR 58 100
19 NUR ANIS AMIRA BT. SOPIAN 54 100
20 NORAISYAHDURRATULAIN BT. NORDIN 45 100
21 MOHD. FATHI BIN MOHD. FADZIL 46 100
22 AIMAN ATHMAR BIN JAMALUDIN 72 100
23 MAZLINA BT. MASID 48 100
24 FATIN NUR SYASYA BT. MARDZUKI 49 100
25 SITI NASUHA BT. SABBRY 53 100
26 MUHAMMAD TAUFIK NAZRI B. ABDUL RAHMAN 73 100
27 MOHAMAD FARIS BIN TALMIZI 42 100
28 SITI NURKHANIDA BINTI NORDIN 51 100
29 NORHAFIZAH BT. MOHD. TARMIZI 43 100
30 NORABIATUN ADAWIYAH BT. MAD RIDZWAN 48 100

You might also like